Wednesday, December 20, 2017

PAS S'gor Sedia Tanding 3 Penjuru PRU 14. -Zamri Zainuldin.


AIDCNews -19/12/17 –PAS Selangor bersedia bertanding tiga penjuru atau lebih pada PRU 14, tegas Timbalan Pesuruhjaya III PAS negeri, Ustaz Zamri Zainuldin.
Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ustaz Zamri Mantop’ berkata PAS hanya bekerjasama dengan DAP dan PKR dalam Kerajaan Negeri Selangor sekarang ini disebabkan menghormati mandat rakyat pada PRU 12 dan PRU 13.
“PAS walaupun masih bersama dengan kerajaan (Selangor) Pakatan Rakyat..bukan Pakatan Harapan..sebab mandat rakyat pada 2008 (PRU 12 dan PRU 13) atas nama tiga entiti parti iaitu PAS, DAP dan PKR.
“Kita (PAS) terus bekerjasama dengan kerajaan (Selangor) selagi mana tidak bubar parlimen.
“Dalam masa sama, kita membuat persiapan awal PRU 14 secara teguh di peringkat parti Islam Se-Malaysia menetapkan bahawa kami bersedia untuk bertanding tiga penjuru ataupun lebih dan jentera (PAS) seluruhnya bersedia ke arah perkara tersebut,”tegasnya.
Lihat sebelum ini..


1 comment:

Anonymous said...

Walaupun pertandingan 3 penjuru, insya Allah parti Islam akan menang dalam PRU14 kerana rakyat telah melihat keburukan dan penyelewengan Beban Negara dan Pakatan Hantu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails