Wednesday, December 27, 2017

Luar Biasa! Markaz Umno Diberi Tuan rumah Jadi Markaz PAS..


Petanda Terengganu InsyaAllah bakal menjadi milik PAS....Markaz Umno pun diberi oleh Tuan rumah menjadi Markaz PAS....AllahuAkbar...




(TKO)

2 comments:

Anonymous said...

TAPI YG GILA BABI ADALAH PAN DAN MANDUR MEREKA YAKNI HUSAM. ADA GILA DIA CLAIM PEJABAT PAS OPIS PAN PADAHAL BUKAN HUSAM PUNYA.

https://www.bharian.com.my/berita/kes/2017/11/351466/injunksi-husam-ditolak

Injunksi Husam ditolak

KOTA BHARU: Mahkamah Tinggi di sini, hari ini menolak permohonan injunksi dikemukakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Salor, Datuk Husam Musa, terhadap pemilik tanah yang menempatkan bangunan Wisma Tok Guru.

Keputusan itu dibuat Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Ahmad Bache, selepas mengambil kira keterangan Husam selaku plaintif dan defendan yang juga Setiausaha Kerja PAS Kelantan, Mohd Yasin Yusoff, melalui peguam masing-masing.

Mahkamah dengan itu membenarkan Program Solat Hajat diadakan malam ini.

Ahmad berkata, mahkamah turut mendapati plaintif tidak mempunyai locus standi atau hak di sisi undang-undang untuk membenarkan injunksi diterima kerana bukan pemilik tanah terbabit.

"Mahkamah membuat keputusan ini dengan mengambil kira fakta paling penting iaitu defendan adalah pemilik tanah yang sah melalui Kanun Tanah Negara 1965.

"Oleh itu, permohonan injunksi ditolak dengan kos RM7,000 yang dibayar oleh plaintif," katanya dalam penghakiman, hari ini.

Terdahulu, pihak defendan memohon kos RM30,000 dibayar plaintif dengan mengambil kira keperluan guaman sepanjang perbicaraan kes terbabit.

Sebelum ini, PAS menegaskan notis supaya Husam keluar daripada premis berkenaan tamat pada 12 November lalu dan parti akan mengadakan majlis kesyukuran serta solat hajat malam ini sebagai meraikan kejayaan mendapatkan semula tanah terbabit.

Peguam defendan, Datuk Takiyuddin Hassan, ketika ditemui di luar mahkamah berkata, keputusan itu bermakna defendan boleh membenarkan sesiapa saja menggunakan tanahnya untuk sebarang aktiviti tanpa mengusik bangunan memandangkan perbicaraan hak milik premis belum selesai.

"Mahkamah juga mengambil pertimbangan program malam ini mendapat permit polis mengikut Akta Perhimpunan Aman selain pihak memberi jaminan tiada kekacauan atau provokasi akan ditimbulkan," katanya.

Peguam plaintif diketuai Zaidan Ali akan mengemukakan rayuan keputusan mahkamah berkenaan.

Anonymous said...

InsyaAllah parti Islam akan memenangi banyak kerusi DUN dan parlimen dalam PRU14 kerana umat Islam telah menyedari pemimpin-pemimpin parti sekular, liberal dan kafir harbi menentang ajaran Islam dan menafikan hak umat Islam. Besar kemungkinan PAS akan membentuk kerajaan campuran selepas PRU14 untuk memerintah negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails