Monday, December 25, 2017

152 Penduduk India Merbok Sertai DHPP.




ETIKA sibuk dakwaan ada wakil rakyat PAS mahu menyertai PKR di Selangor, sebaliknya di Merbok, Kedah seramai 152 penduduk India menyerah borang menyertai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP).
Yang Dipertua PAS Merbok, Ustaz Azizan Hamzah berkata, penyertaan masyarakat India dengan kerelaan hati mereka setelah yakin hala tuju dan matlamat perjuangan PAS.
"PAS tidak pernah mendikriminasi rakyat berdasar bangsa dan agama, malah kami melebarkan program kebajikan kepada semua rakyat," katanya di program berkenaan di Taman Bandar Baru, Sungai Lalang kelmarin.
Pada program itu wakil penduduk menyerah borang menyertai DHPP kepada Ketua Penerangan DHPP Pusat, Dr Balachandran.
Hadir sama Pesuruhjaya PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi dan ahli-ahli jawatankuasa PAS kawasan terbabit serta Majlis Tindakan Dun (MTD) Bukit Selambau.
Baru-baru ini sebuah laman berita yang ada hubung kait dengan Pakatan Harapan mendakwa 10 Adun PAS di Selangor dijangka menyertai PKR. – HARAKAHDAILY 25/12/2017


3 comments:

Anonymous said...

Gang2 losers pula tubuh parti baru dan jadi khadam DAP.

Anonymous said...

Situasi sekarang hanya Hindu Gila aje yang mahu sertai DHPP. Sudahlah.....taktik lama nak dikitar semula.

Anonymous said...

Komen 8:29pm ditulis oleh barua dedak yang sedang gila meroyan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails