Sunday, July 09, 2017

Memandu Dengan Sebelah Kaki Terjulur Di Tingkap, Apa Jadi?


BEIJING – Seorang pemandu di bandar ini disaman pihak berkuasa selepas dikesan memandu dengan sebelah kaki terjulur di tingkap.

Lapor portal Shanghaiist, polis mengambil tindakan itu selepas beberapa pengguna jalan raya merakam aksi lelaki berkenaan sebelum memuat naik gambar itu di media sosial.
Gambar itu menunjukkan lelaki berkenaan memandu sebuah kereta berwarna hitam dengan kaki kirinya terjulur di luar tingkap.
Selepas foto itu menjadi tular, polis berjaya mengesan individu berkenaan melalui nombor pendaftaran kereta yang jelas kelihatan.
Polis memberitahu, lelaki itu dikenakan saman berjumlah 200 yuan (RM126) dan dua mata penalti.
Lesen pemandu boleh digantung apabila dia memperoleh 12 mata penalti dalam setahun.
Tindakan lelaki itu juga menerima kecaman pengguna media sosial yang menganggapnya sebagai tidak bertanggungjawab.
“Terima kasih polis kerana mengambil tindakan segera terhadap lelaki yang tidak bertanggungjawab ini,” kata seorang pengguna.
Seorang lagi pengguna berkata, tindakan lelaki itu memandu terlalu santai boleh membahayakan pengguna yang lain. 
*Video sekadar hiasan…

2 comments:

Gedohom said...

tengok le nanti bila dia org dah ramai kat sini, perangai kurang ajar mcm mana pulak diaorg buat.

Anonymous said...

dah macam macam dah.
semua peringkat, dari koperat china hinggalah ke china doll...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails