Tuesday, March 07, 2017

Yang di-Pertua Agung Dukacita Masih Berlaku Penyelewengan, Ketirisan Rasuah Dan..


 Sultan MUHAMMAD V berkenan bertitah pada Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Ke-13 di Bangunan Parlimen, Kuala Lumpur semalam.

KUALA LUMPUR – Yang di-Pertuan Agong, Sultan Muhammad V mahu semua pihak termasuk penjawat awam dan bekas penjawat awam yang terlibat dengan gejala ra­suah dan penyelewengan dihadapkan ke muka pengadilan.
Seri Paduka bertitah, perbuatan itu walaupun dilakukan oleh segelintir pihak, namun ia telah menghakis kepercayaan rakyat kepada kerajaan.
“Beta dukacita kerana masih berlaku penyelewengan, ketirisan dan rasuah serta kebocoran maklumat kerajaan termasuk oleh penjawat awam dan bekas penjawat awam.
“Justeru, beta mengalu-alukan tindakan ke atas mereka yang terlibat ke muka pengadilan.
“Rakyat juga perlu memberi sokongan dengan tidak terlibat sebagai pemberi rasuah atau memiliki dokumen terperingkat tanpa kebenaran,” titah Sultan Muhammad V.
Seri Paduka bertitah demikian ketika merasmikan istiadat pembukaan Penggal Kelima Parlimen ke-13 di Dewan Rakyat di sini semalam. 
Lapor Kosmo!.
Al-hamdulillah, Itulah Yang di-Pertua Agung saya.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails