Sunday, March 05, 2017

Daftar Undi Automatik, M'sia Boleh, Tetapi Mengapa Masih Tak Boleh Mula?


Hadir Mengundi
Para pengundi yang hadir menunaikan tanggungjawab untuk membuang undi.- Foto Bernama

SHAH ALAM – Kerajaan boleh mengambil pendekatan dengan membuat pendaftaran mengundi secara automatik terhadap setiap remaja yang menginjak usia 21 tahun.

Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berpendapat, Malaysia sudah ada kemampuan untuk ke arah itu dan mengikut jejak beberapa negara yang sudah melakukannya.

Menurutnya, dengan cara ini ia dapat mengurangkan angka golongan muda yang masih tidak mendaftar sebagai pengundi.

“Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) boleh merealisasikan perkara ini.
“Kita tahu, mengundi adalah tanggungjawab semua, namun jika kita hanya menunggu, dikhuatiri akan lebih ramai tidak mahu mendaftar memandangkan ada beberapa faktor yang saya kira mengapa golongan muda ini tidak mahu mendaftar,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata, sungguhpun ia mungkin dianggap satu perubahan drastik, namun ia boleh dijadikan percubaan untuk ke arah lebih baik.

“Sudah pasti akan ada pro dan kontranya. Tetapi, jika kita tidak mulakan dari sekarang, bila lagi?
“Jumlah 4.1 juta yang masih belum berdaftar dan majoriti adalah golongan muda, ia tidak boleh dipandang ringan.
“Antara faktor yang menyebabkan mereka tidak mahu mendaftar adalah kurang sikap ingin mengambil tahu kepentingan mengundi serta tiada pendedahan khusus mengenai tanggungjawab sebagai pengundi,” katanya.

Katanya lagi,  ada juga segelintir golongan muda ini merasakan, mendaftar atau tidak, ia tidak akan membawa apa-apa perubahan terhadap sistem yang ada sekarang.

“Pandangan itu silap. Dengan kefahaman yang betul, jumlah ini akan dapat dikurangkan dan lebih ramai golongan muda akan mula mendaftar.
“Tetapi, tugas untuk memberi kefahaman bukan terletak kepada SPR dan parti politik sahaja. Ia perlu dilakukan oleh semua pihak termasuk keluarga sendiri,” katanya.

Jelasnya, keengganan golongan muda mendaftar sebagai pengundi memberi kebimbangan kerana merekalah nadi masa depan negara.

Lebih banyak pendedahan perlu dilakukan untuk menyuntik semula semangat dan mengembalikan keyakinan kepada golongan ini untuk mendaftar. 

Lapor Sinar Harian.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Soalnya mengapa Malaysia dalam hal ini tidak canggih? Mengapa Malaysia masih takut-takut? Elok juga dibuat kajian, apa kesannya kepada pemerintah Barisan Nasional yang ada sekarang, boleh jatuhkah?

Hasil carian imej untuk dacing senget
Imej yang berkaitan
Hasil carian imej untuk dacing senget

PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

1 comment:

Anonymous said...

Sebab termakan.dengan dakyah Mike Sabu yg selfie d.amoy langgar dada waktu bershit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails