Tuesday, March 07, 2017

RUU355: DAP Minta Menteri B/Islam Letak Jawatan. Nik Amar Jawab Isu..


Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP meminta anggota Kabinet bukan Islam meletak jawatan jika Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang bertujuan memperkasakan fungsi Mahkamah Syariah diluluskan di Parlimen.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, Menteri bukan beragama Islam wajar meletakkan jawatan bagi menunjukkan bantahan mereka jika usul yang dibentangkan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu diluluskan.
“Jika 15 Menteri bukan daripada UMNO (bukan Islam) meletakkan jawatan maka krisis Perlembagaan boleh berlaku,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
RUU355 dibentangkan oleh Presiden PAS bertujuan meminda Akta 355 sekali gus mempertingkatkan hukuman yang boleh dikenakan ke atas pesalah syariah di negara ini termasuk mereka yang berzina dan minum arak.
Usaha PAS itu bagaimanapun ditentang hebat oleh DAP, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Amanah Negara (PAN).
DAP mendakwa RUU355 taktik halus PAS untuk melaksanakan hukum hudud yang bersifat kuno, zalim, menindas dan bias, manakala PKR dan PAN mendakwa RUU355 menimbulkan kebimbangan bukan Islam.
Mufti Perlis, Prof. Madya Datuk Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dilaporkan turut membantah usaha PAS tersebut kerana mendakwa Islam melarang menangkap dan menghukum mereka yang berzina jika mereka melakukan perbuatan itu secara sembunyi atau dalam rumah yang berkunci. 
HARAP-PGU 3.5 - YB Dato' Haji Mohd Amar Abdullah

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails