Friday, March 10, 2017

PH-PPBM Sukar Tumbangkan Melayu-UMNO Jika Masih Berpendirian Islam. -Kit Siang.


Lim Kit Siang

KUALA LUMPUR – DAP beranggapan adalah sukar untuk Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO jika ada parti pembangkang masih berpegang kepada pendirian Islam.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang berkata, parti politik yang berpegang kepada dasar Islam akan berpandangan perihal jawatan Perdana Menteri Malaysia perlu disandang oleh seorang muslim jauh lebih penting daripada isu yang dibangkitkan oleh Pakatan Harapan.
“Saya bersetuju adalah sangat sukar untuk menyingkirkan UMNO dan Kerajaan Persekutuan Barisan Nasional (BN) dari Putrajaya.
“Ini terutama apabila Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata isu Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) seorang muslim kekal sebagai Perdana Menteri jauh lebih penting berbanding isu lain dalam Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.
Bagaimanapun, kata Kit Siang, UMNO dan kerajaan BN akan dapat ditumbangkan jika setiap rakyat Malaysia memberi sokongan kepada Pakatan Harapan dan PPBM dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).
“Saya menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang patriotik tanpa mengira kaum, agama atau politik untuk bersatu dalam PRU14 untuk mencipta sejarah,” katanya.
Pakatan Harapan yang turut disertai Parti Amanah Negara (PAN) ditubuhkan oleh DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dua tahun lalu bagi menyingkirkan PAS daripada pakatan pembangkang.
PAS disingkirkan kerana enggan tunduk kepada desakan DAP dan PKR dalam beberapa isu akidah Islam yang dianggap menyusahkan pembangkang.
Pakatan Harapan kemudian dipelawa oleh PPBM yang diketuai Tun Dr. Mahathir Mohamad untuk bekerjasama menumbangkang UMNO dan kerajaan BN.
Mahathir mewujudkan PPBM selepas meletak jawatan sebagai ahli UMNO kerana kecewa hasrat beliau mengangkat Tan Sri Muhyiddin Yassin dan anaknya, Datuk Seri Mukhriz masing-masing sebagai Presiden dan Timbalan Presiden UMNO ditolak parti itu. 

Lapor MYNEWSHUB.CC

Komen Weblogg Ibnu HasyimDAP beranggapan adalah sukar untuk Pakatan Harapan dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO jika ada parti pembangkang masih berpegang kepada pendirian Islam.

Ertinya, pembangkang yang ingin merampas Putrajaya mestilah dikosongkan dari pendirian Islam. DAP ingin menghapuskan Islam di kalangan pemimpin-pemimpin Malaysia pada masa akan datang. Selagi umat Islam di Malaysia berpegang kepada Islam, selagi itulah DAP dan kuncu-kuncunya tidak akan mampu menawan Putrajaya.

Sama seperti pendirian pemimpin Cina Kristian Jakarta Indonesia, selagi bangsa Indonesia masih berpegang kepada Al-Quran Surah Al-Maidah (jamgan melantik kafir sebagai pemimpin) selagi itulah Indonesia tidak akan mampu menyaingi kemajuan di dunia.

Sama juga seperti kata Syeikh Yahya Muhd Ilyas di dalam bukunya Al Qhazwul Fikri (الغزو الفكرى) menceritakan, ketika Raja Perancis, King Lois ke 9 dibebaskan dari penjara Mansurah, Mesir, beliau pulang ke Perancis dan berucap di hadapan rakyatnya.. katanya..

“Untuk mengalahkan umat Islam, kalian tidak boleh menggunakan pedang. Kerana terbukti kita telah tewas sejak ratusan tahun ketika kita berhadapan dengan umat Islam di dalam peperangan bersenjata. Tetapi untuk mengalahkan mereka, perangilah mereka di sudut aqidah Islam mereka, kerana di situlah terletaknya punca kekuatan Umat Islam.”

Sama juga seperti kata Gleed Stones, mantan perdana menteri British (1886, 1892-1894) mengatakan hal yang sama..

"Percuma memerangi umat Islam, kita tidak akan mampu menguasainya selama di dada pemuda-pemuda Islam Al-Qur'an masih bergelora. Tugas kita kini adalah mencabut Al-Qur'an hati mereka, baru kita akan menang dan menguasai mereka.” 

Al-Qur'an mengatakan, ertinya, "Sesungguhnya syaitan bagi kamu merupakan musuh, maka perlakukanlah ia sebagai musuh. Sesungguhnya syaitan itu mengajak hizb (golongan)nya agar mereka menjadi penghuni neraka."   (QS.Faathir : 6). 


Justeru, apa akan jadi jika pemimpin negara umat Islam Malaysia tidak lagi berpegang prinsip Islam? Na'auzubillahi minzalik.

(IH)

7 comments:

Anonymous said...

Terbaiklah DAP! We'll always loyal to you.

Yang ikhlas,
Khadam

Anonymous said...

Terbuka tujuan sebenar dap dan jelas pan adalah parti libral yang menolak pemerintahan islam.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/ops-aurat-melayu-dap-tunjuk-pandai-bidas-jabatan-agama-islam-kelantan/

Ops Aurat: Melayu DAP Tunjuk Pandai Bidas Jabatan Agama Islam Kelantan

BANGI, Selasa – Anak muda Melayu yang menyertai parti rasis dan cauvinis DAP, Edry Faizal membidas penguatkuasaan Ops Ramadan dan Aurat anjuran Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK) yang didakwa tidak syumul dan berat sebelah.

Edry yang merupakan ahli jawatankuasa Sosial Muda DAP (DAPSY) berkata, Islam bersifat syumul dalam setiap aspek dan tidak terhad dalam bulan tertentu khususnya Ramadan.

“Penguatkuasaan sekarang seolah-olah berat sebelah, sebab hanya menjurus kepada golongan wanita. Tidak pernah kita dengar golongan lelaki dikuatkuasakan menundukkan pandangan,” katanya kepada portal rasmi parti rasis dan cauvinis itu.

Minggu lepas, JAHEAIK melancarkan operasi puasa dan aurat bertujuan mendidik masyarakat supaya menghormati bulan Ramadan.

Ketika pelancaran, slogan “Aurat Ku Maruah Ku” dan “Aurat dijaga maruah terpelihara, jom kita menutup aurat” diperkenalkan.

Ramai pihak menyambut baik usaha murni ini kerana ia adalah satu langkah mendisiplinkan masyarakat dengan ajaran agama.

Pengarah JAHEIK, Datuk Che Mohd Rahim Jusoh dalam kenyataannya sebelum ini berkata operasi itu diadakan bagi memberi kesedaran kepada masyarakat di negeri ini mengenai kewajipan menutup aurat mengikut Syariat Islam.

“Untuk permulaan Ramadan, fasa pertama bagi operasi cegah aurat serta perbuatan tidak sopan adalah peringkat didikan serta nasihat manakala untuk operasi puasa, kita lebih ke arah fasa penguatkuasaan,” katanya.

Beliau juga berkata, operasi itu akan berterusan pada bulan Ramadan serta waktu operasi adalah pada waktu 11 pagi sehingga 5 petang serta akan bertindak pada waktu malam jika mendapat sebarang maklumat.

Katanya, mengikut Enakmen Kanun Jenayah Syariah Negeri Kelantan berkaitan Seksyen 5 (1) iaitu perbuatan tidak sopan yang membawa hukuman denda RM1,000 atau penjara enam bulan manakala bagi Seksyen 26 iaitu tidak berpuasa di bulan Ramadan akan dikenakan denda RM500 serta penjara tiga bulan atau RM1,000.

“Seramai 89 anggota di seluruh negeri ini akan dikerahkan dan kita mendapat kerjasama daripada Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) serta pihak Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dalam memastikan operasi ini berjalan lancar,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP Mahu Orang Islam Hormati Hak Orang Murtad Amal Agama Baharu

KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/02/ridhuan-tee-bawa-hujah-dap-anti-islam/

Ridhuan Tee Bawa Hujah DAP Anti-Islam

BANGI, 15 Jamadilawal 1438H, Ahad – Boleh dikatakan apa sahaja perkara berkaitan cara hidup Islam akan dilawan parti rasis dan cauvinis DAP, kata pendakwah bebas, Prof Mohd Ridhuan Tee Abdullah.

Meskipun parti itu berkali-kali menafikan tuduhan anti-Islam yang diberikan kepadanya, malah sehingga bertegas mahu mengambil tindakan mahkamah, bagaimanapun Ridhuan Tee berkata, tindak-tanduk parti tersebut tidak seiring dengan penafian mereka.

Felo Utama Institut Penyelidikan Produk dan Ketamadunan Islam (Inspire), Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) itu turut mengimbau kembali sejarah ketika Pengisytiharan Negara Islam oleh UMNO yang dibuat oleh Dr. Mahathir Mohamad pada 29 September 2001.

Tidak senang dengan pengisytiharan itu, DAP lantang menentang kerana padanya, Malaysia mesti kekal sebagai sebuah negara sekular.

“Ini dibuktikan melalui penentangan yang berterusan oleh DAP terhadap konsep Negara Islam yang dibawa oleh UMNO mahupun pembangkang PAS.

“DAP yang majoriti partinya diwakili oleh orang Cina bukan sahaja tidak bersetuju telah membawa perkara ini ke mahkamah.

“Bagi DAP, Malaysia harus kekal sebagai sebuah negara sekular. DAP memetik kata-kata Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj pada 1983 sebagai hujah utama untuk menolak sebarang perkataan Negara Islam ke atas Malaysia. “Don’t turn Malaysia into an Islamic State.”

“Itulah kempen yang terus-menerus digunakan sebagai senjata dalam kempennya kepada masyarakat Cina. DAP melancarkan kempen, No to 911, No to 929, Yes to 1957 sebagai membantah keras sebarang usaha menubuhkan negara Islam,” katanya dalam artikel bertajuk “Benarkah DAP suka Islam?” yang disiarkan di Utusan Online, semalam.

Selain itu, DAP malah turut membuat andaian, sekiranya Tunku Abdul Rahman, Tun Hussein Onn, Tun Fuad Donald Stephens dan Datuk G.S. Sundang masih hidup, mereka juga akan turut menyokong kempen tersebut dan menentang konsep negara Islam.

“Hebat DAP, seperti PAN juga boleh membaca pemikiran orang yang telah tiada.

Anonymous said...

Nampaknya PAN sudah bersedia untuk dikafirkan oleh DAP

Anonymous said...

Parti DA-Pig telah menunjukkan sifat sebenar DA-Pig iaitu parti DA-Ping amat memusuhi agama Islam dan umat Islam. Hanya parti politik munafik sahaja yang sanggup menjadi pelacur dan hamba abdi parti DA-Pig !

Manusia yang paling hina ialah manusia yang bersekutu dengan parti kafir harbi menentang agama Islam dan umat Islam. Mereka adalah lebih hina dari najis babi dan anjing !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails