Thursday, March 09, 2017

Berpelukan Di Kelab Malam. DAP Rosakkan Melayu Atau Melayu Rosak Masuk DAP?


AIDCNews – 07/03/17 –Satu rakaman seorang pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari sedang berpelukan dengan wanita yang dipercayai dirakam di sebuah kelab malam sedang tular di media sosial.
“Tular di media sosia sejak semalam video berdurasi 0.15 saat di mana aksi Pemimpin DAP Pulau Pinang, Zairil Khir Johari berpelukan sambil goyang-goyang bersama seorang wanita.
“Zairil juga merupakan Ahli Parlimen Bukit Bendera dan juga merupakan Ketua DAP Melayu Pulau Pinang.
“Tahniah sekali lagi diucapkan DAP Pulau Pinang kerana berjaya melahirkan pemimpin yang kononnya Melayu beragama Islam dan diletakkan dalam saf kepimpinan DAP bagi meraih undi bangsa Melayu,” lapor Penangkini.
Kalau video tular ini betul, adakah DAP rosakkan Melayu atau Melayu yang rosak baru masuk DAP? Ertinya kalau dalam DAP, tidak ikut Islam atau lawan Islam pun takpa. Sebab itu pemimpin DAP begitu celupar menghina Islam?

8 comments:

Anti Fitnah said...

Persoalan yang ditimbulkan oleh tuan sendiri bahawa kalaulah video itu benar, ... ini bermakna tuan sendiri tidak pasti. Kalau dah tuan tak pasti, kenapa tuan sebarkan video dan buat fitnah pulak? Inikah sifat seorang penyokong PAS? Buat malu Islam sahaja.

ramli ali said...

Biarkan anjing DAP itu menyalak, membela tuannya.
Itulah teknik perang saraf, dalam PRU.
Biar dia marah lagi, bongkar lagi tuan..

Anonymous said...

kalau tak sungguh pun ..... kau orang juga selalu cop mereka "kafir"... itulah pun kerja mereka.......tapi kenapa tak bising pula bila orang PAS asyik tenguk blue kat Jerman..?...atau pendirian kamu memang gitu...orang kafir "berpelukan dgn perempuan" satu kesalahan besar....orang tak kafir tenguk filem blue tak salah ye..??????

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP Akan Sambut Kemenangan PAN Dengan Arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/10/oktoberfest-khalid-samad-tidak-ghirah-ketuanan-islam-dicabar/

Oktoberfest: Khalid Samad Tidak Ghirah Ketuanan Islam Dicabar

BANGI, 2 Okt – Timbalan Mufti Perak, Ustaz Zamri Hashim berkata, kenyataan Khalid Samad berhubung penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ menggambarkan beliau seorang individu yang tidak ghirah (cemburu) dengan Islam.

“Khalid tidak melihat dengan penuh rasa cemburu perkembangan yang mencabar ketuanan Islam di tanah air ini.

“Walaupun rakyat negara ini negara majmuk, tetapi secara perlembagaan dan sejarahnya, ianya masih negara Islam,” tegasnya.

Beliau berkata demikian sebagai memberi respon kepada kenyataan Khalid Samad bahawa penganjuran pesta arak ‘Oktoberfest’ anjuran Carlsberg Malaysia tidak boleh dihalang ekoran Malaysia merupakan sebuah negara majmuk.

Khalid juga berkata, sekalipun, arak difahami sebagai ibu segala maksiat bagi umat Islam dan pesta arak bercanggah dalam Islam, namun penganjuran pesta oleh Carlsberg itu tidak boleh dihalang kerana ia dianjurkan untuk orang bukan Islam.

Ustaz Zamri yang juga merupakan Yang Dipertua ISMA Ipoh berkata, para ulama’ telah memberikan garis panduan bagaimana mengendalikan hak -hak rakyat yang bukan Islam di dalam sebuah negara Islam dalam keadaan hak mereka dipenuhi dan dalam masa yang sama identiti keislaman terjaga dan berdaulat.

“Bagi memenuhi hak beragama orang bukan Islam maka dibenarkan dibina rumah ibadat mereka bahkan tidak boleh dimusnahkan ketika perang.

“Namun sebagai menjaga kedaulatan dan identiti negara Islam, orang bukan Islam dilarang menzahirkan syiar- syiar kesyirikan.

“Mereka juga dilarang mengisytiharkan ritual agama dan sesuatu yang haram di sisi Islam walaupun halal di sisi mereka di tengah-tengah negara Islam seperti meminum arak dan memakan babi,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Anonymous said...

https://www.google.com/amp/s/aidcnews.wordpress.com/2015/08/31/gambar-berselfie-dengan-amoi-cina-jadi-liabiliti-mat-sabu-pimpin-ghb/amp/

Gambar Berselfie Dengan Amoi Cina Jadi Liabiliti Mat Sabu Pimpin GHB

AIDCNews – 31/8/15 – Gambar Mohamad Sabu atau lebih dikenali Mat Sabu berselfie dengan amoi Cina semasa perhimpunan BERSIH 4 menjadi liabiliti terhadapnya untuk terus menjadi ketua Gerakan Harapan Baru (GHB).

Perkara ini diakui sendiri oleh ketua pengiring Amal Relief Malaysia (Arif) Mat Sabu, Aris Awang.

“Setelah insiden selfie dengan awek-awk Cina di BERSIH 4.0, Mat Sabu akan letak jawatan Presiden GHB. Husam akan memimpin GHB.

“Aris Awang dah payah susah dengan geng Arif untuk jaga Mat Sabu,”ulas Norani AbgMarzuki BangiKuching.

Aris Awang dalam kenyataan medianya semalam memohon maaf kerana beliau gagal melaksanakan tugas sepenuhnya dalam mengawal Mat Sabu.

Anonymous said...

http://novandri.blogspot.com/2014/02/hancur-kerajaan-dap-halalkan-pesta.html?m=1

Friday, February 14, 2014
HANCUR ! KERAJAAN DAP HALALKAN PESTA MUZIK LUCAH !!!
Sebelum ini, PAS Pulau Pinang pernah membodek Lim Guan Eng DAP dengan menganggap Setiausaha Agung DAP itu seperti Khalifah Umar Abdul Aziz. Berduyun-duyunlah segala pujian dan bodekkan oleh kepimpinan PAS.

Dan inilah hasilnya 'Khalifah Umar Aziz' bodekkan parti PAS. Satu pesta muzik berbikini dihalalkan di negeri Pulau Pinang!




Jawapan kerajaan DAP Pulau Pinang :
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Gantian Tetap Kesihatan Awam dan Perlesenan Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP), Ong Ah Teong berkata, pesta muzik berbikini yang dijangka akan berlangsung pada hujung minggu ini boleh dijalankan jika ia berada di dalam premis.
“Sekiranya premis berkenaan sudahpun berlesen, jadi tidak ada masalah sekiranya mereka ingin adakan aktiviti dalam premis berkenaan, namun jika di luar mungkin ia menjadi kesalahan,” katanya.
Beliau berkata, bagaimana pun dari segi moral dan perlakuan sepanjang program berkenaan adalah bawah tanggungjawab polis.
"Tidak kiralah mereka berbikini atau sebagainya, kami tidak boleh mengambil tindakan atas apa perbuatan yang dilakukan melainkan pihak polis sahaja,” katanya.
Kerajaan DAP Pulau Pinang 'tidak boleh mengambil tindakan' dan pihak polis pula yang ditunding !

Come on la DAP..... jangan perbodohkan rakyat Pulau Pinang. Satu lagi adegan cuci tangan DAP yang semakin memualkan kita semua!

MiM cuba untuk mencari syarat-syarat yang dikenakan oleh pihak berkuasa kepada premis-premis hiburan di Pulau Pinang tetapi tidak ada. Tetapi kita percaya syarat-syaratnya sama dengan negeri-negeri lain di negara ini.

Jika benar, syarat pertunjukan hiburan begitu jelas melarang berpakaian tidak senonoh terutamanya berbikini seperti di bawah :




Dan adegan cuci tangan kerajaan DAP ni sungguh memalukan kerana mereka yang meluluskan pertunjukan di premis pusat hiburan tersebut dan pemantauan adalah tanggungjawab pihak kerajaan DAP Pulau Pinang.

Yang lebih memalukan, PAS Pulau Pinang hanya termampu untuk menegur sahaja walau pun negeri ini di bawah Pakatan Rakyat! Memang sangat memalukan dan menyerlahkan sikap hipokrit parti PAS.

Dan jika kerajaan DAP sendiri menghalalkan pesta muzik berbikini asalkan di dalam premis, maka selepas ini mungkin akan bercambah lagi pusat-pusat hiburan yang berbikini di Pulau Pinang ini!

Hancur!

Dr Novandri Hasan Basri

Anonymous said...

parti kafir sambut kemenangan dengan arak dan tarian bogel parti yang ramai mengaku islam sambut kemenangan dengan perabis harta negara dan menghalalkan cara parti islam menyambut kemenangan dengan menonton film prono dan bermegah menayangkan kekayaan dan jumlah bini

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails