Wednesday, March 08, 2017

Pelajar Solat Makin Meningkat, Jerman Larang..

solat Pelajar dilarang menunaikan solat di sekolah dengan alasan ia bersifat provokatif.

WUPPERTAL - JERMAN. Sebuah sekolah tinggi di sini mengharamkan pelajar Islam daripada menunaikan solat di khalayak ramai dan mendakwa ia bersifat provokatif untuk para pelajar lain, akhbar tempatan, Der westen melaporkan. 

Terdapat nota mengarahkan guru-guru untuk melaporkan sebarang kes jika ada pelajar yang menunaikan solat di dalam kawasan sekolah tersebut serta meminta agar tenaga pengajar itu menerangkan mengenai 'larangan' tersebut secara baik.

"Beberapa minggu kebelakangan ini, jumlah pelajar menunaikan solat di dalam kawasan sekolah semakin meningkat.
"Beberapa ritual seperti membasuh kaki, menunaikan solat menggunakan sejadah adalah tidak dibenarkan," tulis nota tersebut.

Larangan tersebut bagaimanapun mencetuskan perdebatan sama ada ia melanggar kebebasan beragama dan pihak berkuasa tempatan menyetujui tindakan sekolah berkenaan dengan alasan terdapat segelintir guru dan pelajar yang tertekan dengan tingkah laku itu.

Jurucakap Majlis Daerah tempatan, Dagmar Gross berkata kepada Deutsche Well mengenai tindakan ahli majlis menyokong tindakan pihak sekolah tersebut.

"Larangan solat di sekolah tersebut bertujuan menjaga keharmonian dan keamanan di sekolah tersebut," katanya.


PERHATIAN:

Info, Rakyat Indonesia Bisa Kerja Di Korea Selatan, Gaji Hampir 1 Juta Rp Sehari.

1 comment:

Anonymous said...

Puak kafir harbi dan liberal di Barat, Timur, Selatan dan Utara adalah bapa segala munafik di Barat, Timur, Selatan dan Utara kerana mereka mendabik dada kononnya merekalah pejuang hak asasi manusia dan hak kebebasan beragama tetapi pada masa yang sama mereka menindas dan menafikan umat Islam untuk melaksanakan ajaran Islam.

Puak kafir harbi dan liberal adalah lebih hina dari najis !!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails