Tuesday, January 31, 2017

Ah Long, Anak Hutang Bapa Ditikam. Tiada Kaedah Selesaikan Masalah Ini?


Hasil carian imej untuk ah long

TANGKAK - Tindakan seorang bapa yang cuba berunding dengan anggota kumpulan ceti haram selepas kediaman mereka diserang menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada individu ahli kumpulan terbabit.  
         
Menurut Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan Mohad Idris Samsuri berkata, mangsa berusia 46 tahun yang bekerja sebagai mekanik mesin jahit telah ditikam oleh salah seorang daripada suspek menggunakan senjata tajam dipercayai pisau sejurus keluar daripada rumahnya.

“Dalam kejadian kira-kira jam 7.30 pagi pada sambutan Tahun Baru Cina, tiga suspek telah menyerang rumah mangsa bagi menuntut sejumlah hutang yang dipinjam oleh anak lelakinya.

“Bagaimanapun, ketiga-tiga ahli kumpulan terbabit turut menimbulkan kekecohan dengan membakar motosikal mangsa sebelum mangsa bertindak keluar rumah bagi melihat keadaan motosikalnya.

“Bagaimanapun tindakan berani mangsa akhirnya menemui padah apabila dia ditikam oleh salah seorang daripada suspek berkenaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sini, hari ini.

Menurut beliau, keadaan mangsa kini dilaporkan stabil selepas mendapat rawatan di Hospital Tangkak.

Mohad Idris berkata, cubaan menjejaki ketiga-tiga suspek kini giat dijalankan dan dua daripada mereka telah dikenal pasti identiti iaitu Ker Chian Hau berusia 25 tahun dan Vincent Jauy Joo Sen, 24 tahun. (SH)
Padah pinjam ah long, bapa ditikam depan mata Mohad Idris (kanan) menunjukkan kedua-dua wajah suspek yang kini giat dikesan. - Foto Sinar Harian
Hasil carian imej untuk ah long

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Apakah tiada kaedah yang berkesan untuk menyelesaikan masalah ah long? Cuba pilih sistem perundangan Islam mengenai jenayah?

PERHATIAN


Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

2 comments:

Anonymous said...

heran jugak kenapa ahlong- ahlong ni masih terus berleluasa kat negara kita, sedangkan kita dapat melihat bagaimana tindakan yang dilakukan setiap kali berurusan dengan diorang. Kesian bila tengok kejadian seperti ini berlaku tak kisah lah siapa pun mangsanya. Orang miskin dan lemah yang sering menjadi mangsa kezaliman mereka. Bukan kah lebih baik jangan sekali-kali berurusan dengan puak-puak ahlong ni ?

Anonymous said...

kalau negara di perintah penyamun ,macam ini lah jadinya,semua makan rasuah dan tutup mata. pernah dengar ah long di kenakan tindakan undang -undang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails