Monday, January 30, 2017

PAS Bersama Misi Food Flotilla For Myanmar



ALOR SETAR: Sumbangan untuk membantu saudara seiman yang dizalimi musuh Islam adalah termasuk dalam perkara perjuangan menegakkan agama, kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Menurutnya, ia seperti menyalakan obor cahaya agama Allah kepada seluruh manusia, apatah lagi hubungan persaudaraan sesama Islam laksana anggota satu jasad.

"Bila satu jasad sakit, semua anggota terjaga dan merasa lemah. Juga persaudaraan Islam ini sebahagian iman. Tidak sempurna iman seseorang melainkan dia kasih kepada saudaranya," ujarnya.

Beliau menyatakan demikian selepas Majlis Taklimat Khas Presiden dan Dana Sumbangan Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut, di sini malam tadi.

Katanya, di akhir zaman orang Islam dimamah dan diratah oleh musuh-musuh Islam, maka menjadi kewajipan kepada saudara seiman yang hidup agak selesa membantu kesusahan saudaranya di mana mereka itu ditindas.

Oleh itu, beliau menyeru supaya semua pihak dapat memberikan sumbangan sebagai menyatakan kebersamaan menerusi delegasi PAS yang bersama dalam Misi Kemanusiaan Food Flotilla For Myanmar.

Beliau pada majlis itu juga memakaikan vest rasmi kepada Ketua Delegasi PAS, Muhammad Sanusi Md Nor sebagai simbolik serah tugas.

Sumbangan boleh diberikan melalui akan Maybank 564070611352 atas nama Tabung Kemanusiaan Antarabangsa PAS Pusat dan sebarang pertanyaan hubungi 0133845555 (Mohd Adram) atau 0139142305 (Abdul Malik). - HARAKAHDAILY 29/1/2017 

2 comments:

Richard C. Lambert said...

You completely match our expectation and the variety of our information.
Breakfast delivery white plains ny

Beautiful Places said...

I really appreciate the kind of topics you post here. Thanks for sharing us a great information that is actually helpful. Good day!Free Mockup

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails