Wednesday, February 01, 2017

Keji Sungguh! Laki Bini Leftenan Komander Rasuah.



IPOH – Perbuatan keji sepasang suami isteri berpangkat Leftenan Komander Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang menerima rasuah sebanyak RM420,852 pada tahun 2014 dan 2015 berbalas apabila mereka dihukum denda dan penjara oleh Mahkamah Sesyen di sini semalam.
Tertuduh, Rizalman Ghazali, 38, dan isterinya, Rozlin Mustafa, 35, membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim S. Indra Nehru.
Rizalman mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan pilihan dan dijatuhi hukuman penjara sembilan bulan dan denda berjumlah RM80,000 serentak bermula semalam.
Rozlin pula mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan pilihan sebelum dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda berjumlah RM20,000 serentak bermula semalam.
Indra Nehru turut menetapkan hukuman penjara tambahan selama tiga bulan terhadap kedua-dua tertuduh sekiranya gagal membayar denda tersebut. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails