Friday, February 03, 2017

Cadangan PP Jadi W/P: "Kami tidak akan menyerahkan.." -Guan Eng.


GEORGETOWN, 6 Jamadilawal 1438H, Jumaat – Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, beliau tidak bersetuju dengan sebarang cadangan untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Wilayah Persekutuan.
Beliau berkata, kenyataan berkaitan perkara itu oleh Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor adalah berunsur hasutan kerana ia bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan.
“Kami tidak bersetuju dengan cadangan seumpama itu. Pulau Pinang ialah sebuah negeri dalam Persekutuan dan beliau (Tengku Adnan) mahu menghilangkan kewujudan kami mengikut lunas undang-undang. Seperti yang saya katakan, saya tidak akan menjadi ketua menteri Pulau Pinang yang terakhir. Kami tidak akan menyerahkan Pulau Pinang.
“Kenyataan ini boleh disifatkan sebagai hasutan kerana ia mengancam integriti dan perpaduan Persekutuan Malaysia secara menyeluruh,” katanya pada sidang media di sini, semalam.
Lim berkata, beliau terkejut apabila mendapat tahu mengenai cadangan itu, terutama sekali kerana tiada sebarang perbincangan dibuat mengenainya.
“Ini langsung tidak masuk akal dan saya terkejut bahawa beliau membuat kenyataan seumpama itu, terutama sekali tanpa berunding terlebih dahulu dengan negeri-negeri yang terlibat,” katanya.
Dalam temu bual dengan stesen radio berteraskan kandungan perniagaan, BFM pada 1 Februari lalu, Tengku Adnan berkata, beliau mahu perluaskan Wilayah Persekutuan untuk memasukkan Pulau Pinang, Pulau Langkawi, Kedah dan sebahagian Melaka.
Negeri-negeri berkenaan akan terletak di bawah pentadbiran Putrajaya secara langsung dan Tengku Adnan mendakwa dengan pembabitan Kerajaan Persekutuan, negeri terbabit akan mendapat lebih peruntukan dan lebih perhatian.
Ketika ini di bawah Wilayah Persekutuan ialah Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan. – Bernama

PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

5 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/01/dap-akan-hilang-undi-melayu-jika-terus-anti-islam/

DAP akan hilang undi Melayu jika terus anti-Islam

SHAH ALAM, Isnin – Ketua Kluster Sejarah, Warisan dan Sosiobudaya, Majlis Profesor Negara, Prof Datuk Dr Teo Kok Seong meramalkan parti rasis dan cauvinis, DAP akan kehilangan pengundi Melayu sekiranya mereka terus menunjukkan imej anti-Islam.

Katanya, mereka bakal kehilangan undi pada PRU14 jika tidak berusaha untuk mengikis imej anti-Islam yang ditonjolkannya khususnya terhadap dasar-dasar Islam termasuk hudud yang dibawa oleh PAS.

“Walaupun DAP kata mereka tidak anti-Islam, tetapi tindakan dan kenyataan yang dikeluarkan itu boleh ditafsirkan sebagai anti-Islam.

“Kita tahu hudud itu sebahagian penting dalam Islam, kalau menentang hudud, maksudnya menentang Islam.

“Orang Islam mana kata hudud itu tidak baik, sebab dalam Islam, hudud itu perlu diterima sebagai sebahagian daripada agama dan ajaran Islam. Begitu juga MCA dan Gerakan, bila mereka menentang hudud itu, mahu atau tidak mereka juga kelihatan menentang Islam,” katanya kepada Sinar Online.

Beliau berkata demikian mengulas dilema yang dihadapi DAP dalam usaha mengekal dan meraih sokongan undi orang Melayu selepas mengisytiharkan PAS sebagai musuh politik.

Ia berlaku apabila DAP konsisten menentang dasar Islam yang dibawa parti itu khususnya untuk melaksanakan hukum hudud di negara ini.

Susulan itu Dr Kok Seong berkata, pemimpin DAP perlulah menggunakan bahasa dan tingkah laku yang mesra orang Islam jika tidak mahu kehilangan lebih sejuta undi Melayu dalam PAS.

“DAP jangan kelihatan sebagai anti-Islam. Tindakan DAP melalui kepimpinan tertingginya dalam hal hudud tidak disenangi oleh orang Melayu apatah lagi cara bahasa dan tindakan digunakan itu semua tidak berlapik.

“Sedangkan orang Melayu tidak suka bahasa yang secara langsung itu, harus berlapik, mereka tak akan kata curi, mereka kata tangan panjang, orang Melayu ini lebih sopan, menjaga perasaan pihak satu lagi, kias, bersifat konfrontasi bahasa itu,” katanya.

Mengulas lanjut beliau berkata, hukum hudud merupakan isu yang begitu dekat dengan hati orang Melayu Islam.

Jadi permusuhan DAP terhadap ajaran Islam dilihat tidak mengambil kira sensitiviti orang Melayu yang majoritinya beragama Islam dan dalam kalangan ahli tegar PAS.

“Kalau DAP jadi parti pelbagai kaum, terutamanya yang boleh disenangi orang Melayu, jadi cara kepimpinan DAP dalam menangani hal-hal Melayu terutamanya Islam itu perlu ada perubahan.

“Jangan begitu agresif hingga kelihatan anti-Islam. Ini sudah tentu merugikan DAP dari segi sokongan orang Melayu dalam Pakatan Harapan, kali ini mereka mengharapkan sokongan daripada PAN,” katanya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/06/umat-islam-tidak-perlu-gula-gula-dap-untuk-nafi-mereka-anti-islam/

Umat Islam tidak perlu ‘gula-gula’ DAP untuk nafi mereka anti-Islam

Ibrahim Mohd Hasan, Presiden PEMBINA
Oleh Siti Fatimah Ishak

BANGI, Jumaat – Presiden Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz mengingatkan kepada DAP untuk tidak menggula-gulakan umat Islam dengan wang ringgit.

Katanya, tindakan wakil rakyat DAP, Hannah Yeoh yang memberikan wang kepada masjid dan surau boleh dianggap biadab apabila menggunakan cara itu untuk menafikan yang mereka bukan anti-Islam.

“Adakah umat Islam boleh digula-gulakan dengan wang ringgit sehingga gula-gula tersebut menutup mulut kita?

“Adakah maruah umat Islam boleh dibeli dengan nilai seribu dua ribu ringgit sahaja?

“Sesungguhnya tindakan biadap menaburkan wang ringgit untuk mengatakan bahawa DAP bukan anti-Islam adalah satu penghinaan terhadap umat Islam,” tegasnya dalam status di Facebooknya.
Hannah bukan anti islam

Baru-baru ini Hannah melalui twitternya memberitahu bahawa setiap masjid menerima RM2000 dan surau menerima RM1000 daripada DAP. Dengan tindakan itu DAP kononnya mengisytiharkan mereka bukan anti-Islam.

Bidas Ustaz Ibrahim, adakah wang ringgit mampu untuk menafikan agenda memansuhkan hak bumiputera dan penentangan terhadap kedaulatan Islam dan syariah Islam.

“Bagaimana dengan promosi pesta arak Oktoberfest dan lain-lain selama ini?” soalnya.

Untuk rekod, pada tahun 2001 DAP telah melancarkan kempen “No to 929″ sebagai menolak pengisytiharan Malaysia sebagai negara Islam yang diumumkan oleh Perdana Menteri ketika itu Tun Dr Mahathir Mohamad.

Pada 1989 pula, DAP meluluskan 12 resolusi semasa konvensyen tahunannya. Antara resolusi itu ialah DAP tidak akan bertoleransi dengan mana-mana pihak untuk menjadikan Malaysia sebagai negara Islam atau menjayakan apa-apa usaha Islamisasi di Malaysia.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/01/kumpulan-anti-ruu355-mahu-bangkit-kebencian-terhadap-sistem-perundangan-syariah/

Kumpulan anti-RUU355 mahu bangkit kebencian terhadap sistem perundangan syariah

JITRA, 3 Jamadilawal 1438H, Selasa – Kewujudan kumpulan yang menentang Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau Akta 355 hanya bertujuan membangkitkan kebencian masyarakat kepada sistem perundangan syariah di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Institut Kajian Strategik Islam Malaysia (IKSIM) Datuk Prof Mahamad Naser Disa berkata, ini kerana kumpulan penentang itu berpendirian bahawa tiada tempat untuk perundangan syariah di sebuah negara sekular seperti Malaysia.

“Kita perlu betulkan fahaman ini, kerana kita bukan negara sekular seperti yang disebut mereka, sebab dalam perlembagaan tegas mengatakan Islam adalah agama persekutuan dan dalam perlembagaan tiada istilah sekular.

“Sebab itu kita mesti jelaskan kepada masyarakat bahawa agama Islam agama bagi persekutuan dengan sebab itu undang-undang syariah perlu disuburkan malah telah lama wujud sebelum undang-undang Inggeris dibawa masuk sekitar 200 tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjadi seorang panel Forum Penerangan RUU Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 dan Program Tranformasi Pemikiran Islam Malaysia (TRAPI) peringkat negeri Kedah di Dewan Wawasan di sini, hari ini.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang membawa usul RUU Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 bagi meminda Akta 355 di Dewan Rakyat pada 24 Nov tahun lepas.

Mahamad Naser berkata, kumpulan penentang itu juga ingin melihat berlakunya perkembangan pemikiran hak asasi manusia hingga mengatasi hukum-hakam beragama.

“Perkara yang dituntut mereka itu menyalahi hukum syarak seperti hak untuk murtad dan hak kebebasan beragama,” katanya.

Sehubungan itu, IKSIM akan terus mengadakan program penerangan dan penjelasan kepada masyarakat terutama guru-guru agama, wakil

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2017/01/kata-pedang-dap-lim-kit-siang-takkan-berani-saman-pas-kerana-memang-betul-dia-anti-islam/

KATA PEDANG: DAP, Lim Kit Siang takkan berani saman PAS kerana memang betul dia anti-Islam

PEDANG menyokong 200 peratus kenyataan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS, Datuk Khairuddin Aman Razali yang mencabar pemimpin veteran parti rasis dan cauvinis DAP menyaman Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

“Eloklah, saman sahajalah. Memang Lim Kit Siang anti-Islam.

“Kita cabar Lim Kit Siang bawa ke mahkamah. Sila saman. Nanti kita akan sebut banyak lagi tindakan DAP yang menentang Islam.

“Ini peluang kita untuk mendedahkan kepada orang Islam bahawa DAP dan Lim Kit Siang memang anti-Islam,” kata Khairuddin dalam satu kenyataan.

Nah, apa lagi DAP dan Lim Kit Siang tunggu?

Dia mengharapkan PAS cair dengan pujuk rayunya bagi menyertai pakatan harapan tapi sebaliknya yang dia dapat.

PAS tidak macam parti serpihannya PAN, tegas dan berpendirian. Kita harap begitulah sampai akhirnya.

PAN pula taat setia dan sanggup ikut apa sahaja arahan parti rasis dan cauvinis itu. Tapi sayang, DAP tak mempercayai kemampuannya membina kekuatan menumbangkan kerajaan BN.

PAN tak ada jentera sekuat jentera PAS. Sebab itu Lim Kit Siang dengan tebal muka sanggup menghulur salam perdamaian dengan musuhnya, PAS.

Isu DAP anti-Islam ini adalah isu yang benar, bukan rekaan.

DAP, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng boleh buat kenyataan bahawa mereka bukan anti-Islam.

Tapi, cakap, semua orang boleh cakap.

Orang menilai tindakan.

Terlalu banyak jika hendak disenaraikan. Sama seperti yang diberitahu oleh Datuk Khairuddin. Jika PAS disaman, inilah peluang untuk mendedahkan betapa anti-nya DAP dan Lim Kit Siang terhadap Islam.

Dan Pedang yakin, Lim Kit Siang tak akan berani menyaman PAS.

Dia bersama puak rasis dan cauvinis yang lain masih memerlukan undi orang Melayu dan jika tindakan saman dilakukan, ia akan menguatkan lagi sentimen Melayu anti-DAP.

Turut disertakan di bawah adalah artikel Kata Pedang mengenai DAP anti-Islam. Baca dan nilai sendiri.

Kata Pedang: Tengok, Pedang dah sebut DAP anti-Islam dengan disertakan bukti-bukti. Tapi belum lagi menerima surat cinta daripada peguam parti rasis dan cauvinis itu. Tak ada te*** barangkali.

Anonymous said...

Bagus gak cadangan nih. Idea menarik dan boleh diketengahkan!

Tapi dandantulah lge panik dan mula tersedar Malaysia ni ada perlembagaan rupanya... waktu dia campurtangan hal ehwal Islam tu tak hengat pulak ya. Itu belum lagi kalau agama anutan lge pula mula dicabar kan? Tapi jangan risau majoriti kaum Melayu dan kaum Cina masih berfikiran rasional dan tidak sebusuk hati dap untuk berbuat demikian. Cukuplah dengan cabaran utk jadikan pulau pinang sebagai wilayah dulu. Sarang tebuan jgn dijolok ye wahai dap. Jangan pikir kamu sorang je ada senjata, orang lain pun ada..

Khadam Pan!! apalagi sila bela cepat2 lge sebelum dedak kena potong ya hehehe..jom kita tunggu komen khadam dap tentang isu ni pulak. Mesti syok dengar

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails