Friday, February 03, 2017

Bayar Tadika, Lebih Mahal Dari Universiti ..


















 Tadika swasta menetapkan yuran yang mahal disebabkan kos operasi semakin meningkat.

KUALA LUMPUR – Yuran tadika swasta yang semakin mahal di bandar-bandar telah menyebabkan ibu bapa terpaksa mengeluarkan perbelanjaan secara purata lebih RM5,000 setahun untuk seorang anak.
Tinjauan Kosmo! di beberapa tadika swasta sekitar ibu negara mendapati rata-rata ibu bapa membayar sekurang-kurangnya RM2,000 untuk bayaran pendaftaran selain yuran bulanan sekitar RM300 hingga RM600 sebulan.
Jika dikira jumlah keseluruhan bayaran tadika itu, ia lebih mahal daripada yuran pengajian pelajar universiti yang mengikuti pengajian peringkat diploma dan ijazah.
Sebagai perbandingan, sebuah universiti tempatan hanya mengenakan yuran sebanyak RM1,376 untuk pengajian peringkat diploma manakala pelajar ijazah sarjana muda pula perlu membayar RM2,228 untuk pengajian semester pertama.
Walaupun terdapat tadika swasta dan prasekolah milik kerajaan yang mengenakan caj lebih rendah, bilangan pusat bimbingan kanak-kanak itu tidak mencukupi untuk menampung permintaan yang terlalu tinggi terutama di bandar-bandar besar.
Seorang guru, Nurhasliza Ramli, 31, berkata, dia dan suaminya yang me­rupakan kakitangan kerajaan terpaksa menyimpan wang sepanjang tahun bagi membayar yuran pendaftaran tadika berjumlah lebih RM1,700 untuk seorang anak mereka.
“Walaupun pendapatan serta suami me­lebihi RM7,000 sebulan, banyak per­belanjaan lain perlu diberi keutamaan seperti pinjaman perumahan, kenderaan serta bil utiliti melibatkan jumlah keseluruhan melebihi RM3,000 sebulan.
“Yuran pendaftaran sahaja hampir mencecah RM2,000, belum lagi yuran bulanan sebanyak RM350 yang perlu dibayar. Jika dihitung, dalam tempoh setahun, saya perlu membayar hampir RM5,000 untuk seorang anak ke tadika,” katanya ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.
Tadika swasta menetapkan yuran yang mahal disebabkan kos operasi semakin meningkat. (Kosmo!)

PERHATIAN:

Tawaran peluang kerja di Korea Selatan, 
Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails