Saturday, February 04, 2017

Perogol Boleh Saman Mangsa, Undang-undang Baru AS.


Imej yang berkaitan

NEW YORK: Satu undang-undang kontroversi diluluskan di sebuah negeri di Amerika Syarikat yang membenarkan perogol untuk mengemukakan saman terhadap mangsanya.

Undang-undang baharu tersebut yang dikuatkuasakan di Arkansas membolehkan perogol menyaman mangsa yang cuba menggugurkan kandungan.

Berdasarkan peraturan itu yang akan bermula pertengahan tahun ini, keluarga perogol boleh mengekang mangsa menggugurkan kandungan dengan mengemukakan saman.

Dan yang lebih membimbangkan, undang-undang ini juga membolehkan suami menyaman isteri yang mahu melakukan perkara sama terhadap kandungan mereka.

Wakil Arkansas, Andy Mayberry yang menandatangani Akta Arkansas 45, berkata, walaupun perogol boleh menghalang mangsa menggugurkan bayi tetapi mereka tidak boleh menuntut ganti rugi atas kes rogol tersebut.

Mengikut akta tersebut, wanita yang didapati menggugurkan kandungan yang berusia lebih 14 minggu, boleh dikenakan denda sebanyak AS$10,000 (RM44,000) atau penjara enam tahun.

Undang-undang itu ternyata mendapat bantahan banyak pihak terutamanya golongan wanita yang menyifatkan hak mereka dinafikan.

Akan menggelupurkah talibarut-talibarut undang AS untuk melaksanakannya di negara ini tanpa mengkaji menurut Islam?  (IH)


PERHATIAN:
Tawaran peluang kerja di Korea Selatan. Persiapan kewangan perlu hanya RM3,000 sahaja termasuk khidmat dan tiket pesawat.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails