Tuesday, January 31, 2017

PAS: Satu Strategi Politik Yang Tepat Masanya. -Suhaimee Sahar


Suhaimee Sahar

KOTA BHARU - Tsunami politik kini dilihat makin reda apabila Pas membuat keputusan strategik dengan menghentikan kerjasama politik bersama parti pakatan.

Penganalisis Politik, Suhaimee Sahar berkata, hala tuju politik Pas dalam memastikan syiar Islam terus terpelihara dan tidak diancam melalui pakatan-pakatan sulit, licik dan halus merupakan satu strategi politik yang tepat pada masanya.

“Analisis daripada pilihan raya lepas dari segi kedudukan kerusi dan dominasi kuasa oleh parti politik pembangkang melihatkan bahawa Pas sememangnya sudah bersedia.

“Bersedia dalam konteks memastikan ideologi politik mereka kekal terpelihara daripada sebarang bentuk ancaman dalaman dan pengaruh individu tertentu yang menggunakan kekuatan Pas selama ini demi kepentingan politik mereka,” katanya kepada Sinar Harian.

Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang mahu Islam memerintah selain membayangkan sasarannya iaitu empat negeri melibatkan Kedah, Selangor, Terengganu, selain terus kekal kukuh di Kelantan.

Menurutnya,  kini realiti politik semakin berubah, mengikut perubahan landskap politik global dan juga serantau.

Beliau berkata, oleh sebab itu survival politik sesebuah parti tidak boleh lagi terjamin dengan kuasa dominasi, tetapi permuafakatan dan kerjasama antara politik diperlukan bagi memastikan pengundi dapat memilih.

“Pilihan itu pula melibatkan pemimpin dan parti yang benar-benar menjiwai dan memenuhi nilai-nilai politik mereka. Daripada dapatan kajian lepas, jelas menunjukkan pengundi memilih calon melalui nilai kepimpinan dan kredibiliti calon itu,” katanya.

Selain itu, Suhaimee yang juga Pensyarah Kanan, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu memberitahu, usaha DAP dalam memulihkan imej mereka di Pulau Pinang dan meraih semula sokongan perlu dinilai oleh masyarakat secara holistik dan telus.

“Manakala usaha-usaha yang ditunjukkan oleh Umno dan Pas sejak kebelakangan ini memberikan satu signal kepada parti pakatan bahawa gelombang politik baharu yang meletakkan agama, bangsa dan negara merupakan salah satu usaha saling melengkapi dan diterima oleh masyarakat hari ini.

“Walaupun kedengaran rasa bimbang dan khuatir, itulah merupakan strategi dari parti pembangkang untuk menimbulkan keresahan dan kebimbangan di kalangan pengundi,” katanya. (SH)

PERHATIAN


Peluang kerja kosong di Korea Selatan hanya dengan modal RM3,00 termasuk tambang dan khidmat..

1 comment:

Anonymous said...

Dia ni sama dengan haji hadi syok sendiri

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails