Sunday, January 29, 2017

Anti-Islam: LKS Ancam Saman Presiden PAS. Samakah Ahok Dengan LKS?


Anti-Islam: LKS Ancam Saman Presiden PAS

KUALA LUMPUR – Penasihat DAP, Lim Kit Siang memaklumkan beliau telah meminta nasihat peguam untuk mengambil tindakan undang-undang ke atas Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Beliau mendakwa, barisan peguamnya sedang meneliti perkara itu berdasarkan kenyataan Presiden PAS baru-baru ini bahawa beliau seorang anti-Islam.
“Saya bukan anti-Islam malah menyokong inklusif, pencerahan, progresif dan bertoleransi wawasan Islam seperti yang dinyatakan dalam slogan “PAS untuk semua” sebelum ini,” dakwanya dalam satu kenyataan hari ini.
Semalam, Abdul Hadi menegaskan PAS sudah menutup pintu untuk berbaik semula dengan DAP.
Beliau dipetik berkata, PAS tidak dapat menerima kembali DAP atas beberapa alasan termasuk parti itu terbukti menentang pelaksanaan undang-undang Islam khususnya berkaitan Rang Undang-Undang (RUU) 355 yang dibentangkan PAS.
Selain itu, Abdul Hadi berkata, DAP juga didapati gagal menangani pelbagai masalah rakyat sejak parti itu memerintah Pulau Pinang sehingga sekarang.
Beberapa pemimpin Pakatan Harapan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) sejak akhir tahun lalu berusaha memujuk PAS kembali bersengkongkol dengan mereka bagi menumbangkan parti terbesar kaum Melayu UMNO dalam Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.
PAS yang disingkirkan daripada pakatan pembangkang dua tahun lalu oleh PKR dan DAP kerana enggan berkompromi dalam beberapa isu akidah Islam bagaimanapun menolak pujukan itu.
Pemimpin Pakatan Harapan terbabit kembali memujuk PAS selepas menyedari sokongan sebilangan umat Islam ke atas mereka mula berkurangan sejurus menyingkirkan PAS walaupun sebelum itu amat yakin penyingkiran PAS tidak membawa sebarang makna.
DAP pada mulanya membantah keras usaha memujuk PAS tersebut, namun berubah nada beberapa hari lalu dengan turut menawarkan kerjasama kepada PAS. – MYNEWSHUB.CC
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Adakah sama pemikiran mereka, di Indonesia ada Ahok di Malaysia ada Lim Kit Siang?

11 comments:

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/09/kata-pedang-bukti-bukti-dap-anti-islam-semakin-viral/

KATA PEDANG: Bukti-bukti DAP anti-Islam semakin viral

APABILA parti rasis dan cauvinis DAP mengancam akan menyaman Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP), beberapa bukti DAP menentang Islam sebagai tanda sokongan kepada JAIP menjadi semakin viral. Antara bukti-bukti yang diperkatakan:

Bukti 1: Dalam Perlembagaan parti DAP, disebutkan dasar perjuangannya adalah demokrasi sekular. Ini bercanggah dengan Perkara 3 Perlembagaan negara, Islam adalah agama Persekutuan dan makna Islam sendiri yang mencakupi keseluruhan cara hidup.

Bukti 2: Prinsip sosialis sekular yang mengundang kebebasan individu tanpa kawalan agama. Ini bercanggah dengan Perkara 3, yang memberikan hak beragama dan kebebasan beragama atas hak individu serta menghormati Yang DiPertuan Agong sebagai ketua agama.

BACA: Khutbah Aidiladha: Kita tak akan mohon maaf daripada DAP, kata Mufti Pahang

Bukti 3: Siri penentangan terbuka terhadap hak demokrasi majoriti rakyat Kelantan untuk melaksanakan Kanun Jenayah Syariah (Undang-undang Hudud), sekaligus menentang keputusan Sultan Kelantan dalam titah Baginda dalam sidang DUN Kelantan Mac 2015. Bab ini ramai saksi hidup yang sanggup tampil ke mahkamah jika berlaku saman, termasuk dalam taklimat tertutup, ramai pemimpin DAP bersuara terus terang tidak bersetuju dengan kanun itu.

Bukti 4: DAP bersikap tidak menghormati malah bertindak songsang dengan prinsip Perlembagaan negara tatkala cubaan private member bill untuk meminda Akta 355 bagi meminda kadar hukuman jenayah Islam agar selari dengan hukum Islam sebenar. DAP tegar menganggapnya bercanggah dengan Perlembagaan sedangkan Parlimen adalah satu proses perundangan berlandaskan Perlembagaan.

Bukti 5: Apabila Perdana Menteri ke-4 Tun Dr Mahathir Mohamed mengisytiharkan Malaysia sebagai sebuah negara Islam pada 29 September 2001. DAP berkeras bahawa Malaysia bukan sebuah negara Islam dengan memperkenalkan kempen menentang “Deklarasi 929” sekalipun Tun Dr Mahathir menerangkan tiada perubahan pada perlembagaan Malaysia. Malah, DAP menentang sebarang perlumbaan antara UMNO dan PAS untuk menjadi parti yang lebih Islamik pada sidang media 22 September 2002.

Bukti 6: DAP menolak pengenalan subjek TITAS (Islamic and Asian Civilisation Studies) di Institut Pengajian Tinggi Swasta.

Bukti 7: DAP menganggap amalan agama Islam seharusnya terhad untuk amalan peribadi sahaja sedangkan hakikat amalan Islam menjangkau bukan sahaja amalan peribadi tetapi mencakupi keseluruhan aspek kehidupan.

Bukti 8: DAP pada 22 Ogos 2012 mengatakan Hudud dan Negara Islam bukanlah polisi dalam Pakatan Rakyat lantas menolak sebarang usaha yang berkaitan dengan agenda Islam walaupun terhadap rakan pakatan mereka sendiri.

Bukti 9: DAP tegas mempertahankan pendirian mahu menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara sekular dan berusaha supaya syariat Islam seperti perundangan hudud tidak dilaksanakan di negara ini.

Bukti 10: Pimpinan DAP yang “islamophobic” seringkali menyindir dan campurtangan dalam isu-isu seperti kod etika berpakaian yang dituduh sebagai usaha islamisasi, isu sambutan Halloween dan Valentine bagi umat Islam, mengadakan pesta Oktoberfest dan konsert secara terbuka, isi khutbah Jumaat dan pelbagai lagi perkara sama ada di dalam status FB atau twitter yang mengundang kemarahan umat Islam.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/06/ahli-parlimen-dap-mahu-orang-islam-hormati-hak-orang-murtad-amal-agama-baharu/

Ahli Parlimen DAP mahu orang Islam hormati hak orang murtad amal agama baharu


KUALA LUMPUR, 11 Jun – Saranan Datuk Ngeh Koo Ham (DAP-Beruas) agar umat Islam menghormati hak saudara seagama mereka yang murtad untuk mengamalkan agama baharu, dilihat sebagai sesuatu yang tidak wajar dan boleh menjejaskan keharmonian kaum dan agama.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim berkata saranan itu dilihat amat menyentuh sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Dalam urusan beragama, selain Perlembagaan Persekutuan, kita ada peruntukan di bawah kerajaan negeri, serta hukum dibuat oleh Majlis Agama atau Majlis Fatwa.

“Dan perkara ini kita kena ambil kira. Dia bukan soal tengok satu perspektif sahaja,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

Razali, yang juga anggota Majlis Tertinggi Umno, berkata, adalah tidak adil sekiranya Ngeh hanya menggunakan Perkara 11 bagi menyokong hujah beliau, tanpa mengambil kira Perkara 3 iaitu Islam adalah Agama Persekutuan.

Terdahulu, Ngeh menyatakan perkara itu adalah berdasarkan peruntukan Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu.

“Saya berharap orang Islam boleh terima peruntukan 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama itu oleh orang perseorangan.

“Kalau seseorang itu hendak meninggalkan agama dan dia berusia lebih 18 tahun, kita mesti menghormati hak yang sudah diberikan kepada mereka yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan,” katanya pada sidang Dewan Rakyat hari ini.

Beliau berkata demikian ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan (2014) 2014.

Razali (BN-Muar), mengingatkan semua pihak agar tidak mengeluarkan sebarang kenyataan serta mempolitikkan isu sebegini bagi memastikan keharmonian kaum kekal terjaga.

Datuk Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) yang juga Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani pula berkata kenyataan itu sangat tidak wajar kerana mereka tidak faham hukum-hakam agama Islam.

“Para ulama, pemimpin, dan umat Islam sendiri yang menguruskan soal ini… Bagaimana hukum orang murtad, hukum orang yang melanggar undang-undang Islam. Itu orang yang mengetahui sahaja.

“Jadi kenapa dia nak masuk campur, kalau dia buat begitu, nanti timbulkan kemarahan umat Islam. Kita pun tak mahu masuk campur agama dia,” katanya.

Sementara itu, Ngeh, yang juga penasihat DAP Perak berkata, sebagaimana orang bukan Islam perlu menerima hakikat bahawa undang-undang boleh digubal untuk menyekat mereka yang menyebar agama, orang Islam juga wajar menerima peruntukan Perkara 11(1) yang memberi hak mutlak untuk mengamalkan sesuatu agama.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/dap-akan-sambut-kemenangan-pan-dengan-arak-carlsberg-tiger/

“DAP akan sambut kemenangan PAN dengan arak Carlsberg, Tiger”

BANGI, Khamis – Parti rasis dan cauvinis, DAP akan meraikan calon PAN, Azhar Abdul Shukur dengan arak sekiranya berjaya memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar.

Perkara itu dinyatakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Sekinchan, Ng Suee Lim dalam satu ceramah kempennya sebagai pujukan kepada pengundi Cina supaya mengundi calon PAN.

Joceline Tan dalam tulisannya bertajuk ‘Tough decisions in the rice bowl town of Sekinchan’ yang disiarkan di media liberal The Star hari ini, menyebut bahawa Ng telah berkata, jika PAN menang di Sungai Besar, kemenangan itu akan diraikan dengan Carlsberg, Tiger atau kau (black dog atau Guinness Stout).

Melihat kepada situasi itu Tan berkata, cara Ng berkempen itu, ia memberi gambaran seolah-olah Ng adalah calon yang bertanding.

Ini kerana beliau berpendapat, sebahagian besar yang dipertaruhkan DAP dalam PRK ini adalah PAN yang dianggap sebagai makhluk ciptaan DAP menggantikan PAS sebelum ini.

“Ia juga merupakan satu perjuangan proksi antara DAP dan PAS, yang mana PAN amat bergantung kepada undi Cina,” katanya.

Tan berkata, apa yang dilakukan DAP adalah semata-mata untuk menarik sokongan di kalangan pengundi Cina.

“Ketika dulu pemimpin DAP memujuk Cina untuk menyokong PAS dan kini mereka terpaksa meminta Cina untuk menyokong PAN pula.

“Bagaimanapun, ramai orang Cina di kawasan itu tidak mengetahui kewujudan PAN. Ustaz Azhar, calon PAN juga tidak terkenal walaupun bapanya pernah menjadi orang kuat UMNO di kawasan itu,” kata Tan lagi.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2014/12/tony-pua-semai-kebencian-terhadap-islam/

Tony Pua semai kebencian terhadap Islam

BANGI, 6 Dis – Ahli Parlimen DAP Tony Pua dilihat sedang menyemai kebencian terhadap agama Islam apabila mempertikai pendapat orang Islam mengenai agama mereka sendiri.

“Tindakan provokasi Tony Pua amat menjijikkan, mengulangi skrip tokoh sekular evangelis yang memperlekeh agama orang Barat pada kurun ke-17,” kata Setiausaha Biro Politik ISMA Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman dalam satu kenyataan.

Beliau merujuk entri terbaru di laman facebook Tony Pua yang mengutuk kenyataan seorang profesor berhubung hukum alat muzik menurut Islam.

“Yes, our tax-payers money is paying for this “Professor’s” salary,” tulis Tony Pua siang tadi.

Tambah Ustaz Hazizi, akibat perlekehan dan sindiran terhadap agama yang berterusan, akhirnya orang Barat meninggalkan agama dan rata-rata mereka menjadi atheis.

“Tujuan Tony Pua membuat kenyataan begitu untuk merangsangkan kebencian terhadap agama dan merosakkan keharmonian antara rakyat negara ini,” kata beliau lagi.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2015/01/eric-paulsen-biadap-terhadap-islam-dan-umatnya/

Eric Paulsen biadap terhadap Islam dan umatnya

BANGI, 12 Jan – Kenyataan Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty, Eric Paulsen yang mengaitkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan penyebaran fahaman ekstremis memperlihatkan kebiadabannya terhadap umat Islam dan pengamalannya di Malaysia.

Ahli Jawatankuasa Pusat ISMA, Profesor Madya Dr Zainur Rashid Zainuddin berkata, menuduh JAKIM mempromosikan agenda ekstrem melalui khutbah Jumaat pada setiap minggu ternyata membuktikan beliau seorang yang biadap.

“Dia perlu diajar selayaknya agar lebih beradab dan berbahasa.

“Isunya bukanlah untuk menyatakan kekebalan JAKIM atau institusi agama daripada kritikan yang membina.

“Tetapi apa yang lebih penting ialah institusi masjid dan khutbah Jumaat telah sebati dengan rakyat Malaysia sejak ratusan tahun yang lalu,” ujarnya kepada wartawan ISMAweb.

Beliau berkata demikian bagi mengilas tindakan Eric yang membuat tuduhan dengan mengaitkan Jakim menyebarkan fahaman ekstremis.

Eric dalam kenyataan Twitter miliknya, menuduh Jakim menyebarkan fahaman itu pada setiap Jumaat yang dipercayai merujuk kepada khutbah solat Jumaat kepada umat Islam.

Kata Dr. Zainur Rashid, apa yang Eric lakukan boleh dilihat sebagai serangan secara bersiri dan terancang oleh golongan yang mendokong agenda liberalisme tajaan Barat terhadap kedaulatan Islam di Malaysia.

Justeru, kerajaan mesti bertegas dengan tindakan provokasi yang dilakukan oleh mana-mana pihak seumpama ini dan bertindak segera sebelum ia terus merebak dan menimbulkan perbalahan di kalangan rakyat Malaysia

“Kepada semua umat Islam di Malaysia daripada apa jua latar belakang, kita haruslah menginsafi dengan agenda tajaan Barat ini.

“Kita perlu bersatu dan mendepaninya bersama.

“Kita mesti melihat segala permasalahan yang berlaku di Malaysia dengan jiwa yang besar dan bersedia untuk bersepakat bagi memertabatkan Islam dan masa depan umat,” ujarnya.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/06/haram-umat-islam-bersekongkol-dengan-dap-mufti-pahang/

Haram umat Islam bersekongkol dengan DAP: Mufti Pahang

KUALA LUMPUR, Jumaat – Mufti Pahang, Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman menegaskan bahawa adalah haram dan berdosa kepada mana-mana umat Islam yang menjalinkan kerjasama dan bersekongkol dengan parti rasis dan cauvinis DAP.

Ini kerana katanya, DAP dengan jelas menentang pelaksanaan hukum Islam dan berhasrat untuk menubuhkan sebuah negara sekular.

Jadi mereka dalam parti rasis itu adalah tergolong dalam kalangan kafir harbi yang wajib ditentang oleh umat Islam.

Beliau berkata, politik kebencian yang diamalkan oleh DAP jika dijalankan secara berterusan dibimbangi boleh menggugat keamanan dan keselamatan negara.

“Kita dapat lihat DAP begitu menentang pelaksanaan hukum hudud dan Rang Undang-undang Persendirian Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah (Pindaan) 2016. Prinsip mereka jelas membenci Islam dan berdosa besar bagi umat Islam bekerjasama d­ngan mereka.

“Rasulullah SAW menggalakkan umat Islam untuk berbaik-baik dengan golongan bukan Islam. Namun jika mereka yang mahu menentang Islam, kita wajib memeranginya,” katanya memetik Utusan.

Anonymous said...

http://www.ismaweb.net/2016/05/negara-islam-tolak-transgender-dap-pulau-pinang-pula-iktiraf/

Negara Islam tolak transgender, DAP Pulau Pinang pula iktiraf

BANGI, Sabtu – Tindakan kerajaan DAP Pulau Pinang menyokong golongan transgender, tatkala 51 negara Islam seluruh dunia menghalang kumpulan itu daripada menghadiri sidang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), terus dipertikai.

Kali ini, bekas Presiden Persatuan Islam Nasional (PEMBINA), Ustaz Ibrahim Mohd Hasan Al-Hafiz, menyifatkan penubuhan Jawatankuasa Transgender Pulau Pinang sebagai sesuatu yang amat malang dan menyedihkan.

Beliau berkata, tat kala 51 buah negara Islam menghalang penyertaan kumpulan ‘lesbian, gay, bisexual, and transgender’ (LGBT) ke PBB, sebuah negeri di Malaysia pula mewujudkan jawatankuasa bagi membela dan memperjuangkan hak mereka.

Kesal dengan tindakan pemimpin politik yang menyokong jawatankuasa itu, beliau berkata, apa yang mereka lakukan adalah seolah-olah mengiktiraf kewujudan transgender, malah memberikan segala hak dan kemudahan yang ada kepada golongan itu.

“Daripada melayani transgender, baik fikirkan pihak yang lebih memerlukan. Sudah cukup terbelakah anak-anak yatim dan golongan fakir miskin? Bagaimana pula dengan golongan ibu tunggal dan kurang penglihatan?,” katanya dalam satu kenyataan.

Baru-baru ini, kerajaan Pulau Pinang di bawah pimpinan parti rasis dan cauvinis DAP, meluluskan penubuhan Jawatankuasa Transgender bagi membela nasib golongan berkenaaan.

Adun Tanjung Bungah, Teh Yee Cheu yang mengetuai jawatankuasa itu berkata, beberapa program akan diadakan bagi membantu golongan berkenaan, termasuk kempen mengasingkan tandas bagi transgender.

Anonymous said...

Klu TGHH yakin dan percaya yg kata2nya itu jujur dan benar, beliau tak perlu takut. Biarkan LKS saman, berbicaralah di mahkamah.

Cuma, siapa yg pernah dirujuk sebagai pengfitnah oleh Hakim? Hmm...

Anonymous said...

Dap iktiraf transgender???

Wow esok jugak aku akan pergi register jadi ahli pan.

Tapi ingat!! klu aku kalah bertanding nak jadi bendahari cawangan pan nanti, aku akan keluar balik utk tubuh parti baru iaitu PAD (Parti Amanah Dap)

Kesetiaan pad kepada dap jauh lebih tinggi drpd kesetiaan pan kpd dap. Parti baru itu juga akan lebih 'slammic' dan lebih mulia tahap khadamnya kpd dap drpd pan kpd dap!! Otomatic budget dedak dap akan lebih tinggi kpd pad berbanding pan!!

Pad nanti akan curik pula abg mat drpd pan utk strategi yg lebih sempurna memenangi hati dap!!

Anonymous said...

si apek LKS tu memang xboleh percaya cakap dia..hari ni cakap lain..esok cakap lain...baik khadam cari tuan lain....tp kan khadam..nmpak gaya susah khadam nak cari tuan lain...sebab tulang2 yg apek bagi sedap2 kan khadam...makan lah puas2 khadam. Nnt kalau apek dah xsuka khadam..menyesal khadam..kempunan nk makan tulang lagi...apek tu dia peduli apa dengan org lain..khadam mesti xberani nk tegur apek tu....jaga lah apek elok2 khadam...jgn kau guris hati si apek tu...ikut segala apa katanya..walaupun terpaksa memfitnah ulamak..walaupun terpaksa menghina islam..yg penting mesti tarik perhatian apek...oh ye..disebabkan apek dah mula meracau..sebab ari ni cakap lain..esok lusa kang cakap lain..jgn lupa belikan panadol..jgn khadam bagi air ketum pulak..kang apek teringin nak jawatan Agong pulak..sudahh..satu hal lagi mau layan...

Anonymous said...

Woi walaun biol..skrg bkn mcm zaman memali..ko serta lebai2 munafik Pas senang2 nak menipu ahli parti dgn jual agama dan perkauman. Dah tak laku. Yg ada dlm Parti Ajaran Syiah skrg cuma walaun2 biol 1% IQ je.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails