Tuesday, February 16, 2016

PRN S'wak: PAS Checkmate DAP -Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa



KUALA LUMPUR - Langkah Pas meletakkan calon bukan Islam dari Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak pada April ini dipercayai untuk membuat checkmate terhadap usaha DAP yang mula menurunkan calon Melayu sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 lalu.

Ketua Kluster Politik, Keselamatan dan Hal Ehwal Antarabangsa, Majlis Profesor Negara (MPN), Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, percubaan kedua Pas itu dilihat sebagai satu peringatan kepada DAP bahawa parti Islam itu mampu mencabar musuh ketatnya walaupun bersendirian.

“Apabila DAP meletakkan calon-calon Melayu untuk berlawan dengan Pas ataupun Umno, ia akan memberi kesan kepada kedua-dua parti itu jika bertanding. Bila DAP meletakkan calon Melayu, Pas juga sebenarnya bersedia untuk meletakkan calon Cina.

“Kita lihat bahawa pertelagahan antara Pas dengan DAP ini masih belum selesai dan pilihan raya kali ini akan menjadi medan di mana masing-masing beradu kekuatan dan strategi iaitu untuk memastikan lawan mereka kalah atau menang,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengumumkan bahawa parti Islam itu akan bertanding di 11 kerusi Dun Sarawak dan mengetegahkan calon bukan Islam untuk bertanding dalam pilihan raya negeri itu.

Mengulas lanjut, Mohamed Mustafa juga berkata, strategi Pas itu dijangka memecahkan undi kepada pembangkang jika parti Islam itu meletakkan calonnya di kawasan luar bandar sekaligus memberi kelebihan kepada BN.

“Kalau Pas meletakkan calonnya di kawasan DAP, sudah pasti ia akan memberikan satu kelebihan kepada BN, sebab undi akan pecah di kalangan mereka yang mengundi pembangkang, kerana mungkin ada yang mengundi Pas.
“Kalau Pas bertanding, Pas akan mengambil undi pembangkang, undi yang biasanya diberikan kepada parti-parti pembangkang, kerana BN Sarawak sangat kuat, di mana mempunyai penyokong setia yang kuat,” ujarnya.

Ditanya mengenai keberkesanan strategi Pas mengetengahkan calon bukan Islam, beliau bagaimanapun berkata ia bergantung kepada kawasan mana yang ditandingi Pas.

“Kalau benar Pas ingin bertanding di kawasan yang majoritinya Melayu, sudah tentu undi Cina itu akan pergi kepada DAP, kalau pergi pada dia pun tak semua, sebab Pas meletakkan calon bukan Melayu, bermakna pengundi ada pilihan.
“Peluang Pas tidak begitu tinggi di Sarawak, sebenarnya memang tipis, adakah motifnya meletakkan calon hanya untuk memecahkan undi dan siapa yang akan menerima kesan buruk dan siapa yang akan dapat faedah, itu kita tak tahu,” katanya lagi. (SH)

5 comments:

Anonymous said...

Bukti2 DAP adalah Racist

https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/05/dap-minta-tukar-nama-perkampungan-melayu-kepada-nama-cina/

DAP Minta Tukar Nama Perkampungan Melayu Kepada Nama Cina

SHAH ALAM: DAP Selangor mempersoalkan kelewatan kerajaan negeri menukar nama perkampungan Bagan Nakhoda Omar kepada nama Cina.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata selain mengambil kira penghuninya yang terdiri 100 peratus penduduk Cina, penukaran itu dibuat bagi mengelak mereka memperingati Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Seri Noh Omar.

“Omar tak payah, sebab kita akan ingat Noh Omar. Macam Nakhoda Noh Omar. Tak elok. Itu pemimpin politik yang rakyat tidak suka. Jadi, Bagan Nakhoda Omar kita tukarkan Nakhoda Chong. Itu lebih baiklah,” katanya sambil berseloroh di Sidang Dewan Undangan Negeri.

Sementara itu, Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, kerajaan negeri akan melakukan semakan sebelum melakukan sebarang tindakan.

“Kita boleh laksanakan soal tanah rizab Melayu seperti sedia maklum kita boleh batalkan dan mengantikan tapak lain,” katanya –FMT

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/06/teknik-terbaru-dap-halau-orang-melayu-islam/

Teknik Terbaru DAP Halau Orang Melayu-Islam

bicara.news – Melihat pada situasi sekarang begitu banyak kemusnahan penempatan dan pengugatan perniagaan kaum Melayu, ini lah caranya halus yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan penempatan Melayu.

Mereka akan menerima dan mengunakan pendatang asing terutama dari Bangladesh dan mereka dibenarkan memiliki lesen dan premis perniagaan dalam masa yang sama mereka merobohkan gerai atau premis perniagaan orang Melayu.

Ini lah tektik yang mereka gunakan, apabila kerajaan mahu menaikkan levi baru yang tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kritikan mereka terhadap kenaikkan levi tersebut jelas membuktikan motif mereka yang terbeban dengan levi baru tersebut, kerana ia akan membebankan kewangan mereka untuk mengimport seramai mungkin pekerja asing dan melakukan ‘etchnic cleansing’.

Dari sudut lain mereka di lihat seolah-olah membantah kemasukkan pendatang asing kononnya boleh menimbulkan pelbagai masalah, tetapi bila kerajaan membuat sekatan dan mengenakan syarat-syarat tertentu mereka juga yang mengkritik kerajaan.

Jelaslah ktitikkan pembangkang bukan untuk kepentingan negara tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk menguasai dan berkuasa.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/06/pemerintahan-rasis-lim-guan-eng-punca-peniaga-kecil-melayu-naik-berang/

Pemerintahan Rasis Lim Guan Eng Punca Peniaga Kecil Melayu Naik Berang

AIDCNews- 06/2/16 – Pemerintahan rasis Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menggunakan dua agensi kerajaan tempatan meroboh gerai-gerai Melayu menyebabkan peniaga kecil mula naik berang

Dua agensi kerajaan tempatan di bawah kawalan Lim yang dimaksudkan itu adalah Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

“Bagitahu kat dia (Lim Guan Eng), kalau betul (dia) berani, pergi pecah sekarang juga (gerai-gerai) dekat Sunway Hotel. Kamu boleh tutup jalan, kamu bagi semua orang Cina berniaga.

“Pasal apa apabila orang Melayu (berniaga), kamu pecah lagu ni.

“Kalau ada ‘telor’ (jantan) suruh dia bagi pecah (gerai-gerai dekat Sunway Hotel). Saya respek kat dia kalau dia suruh bagi pecah..”kata seorang peniaga kecil Melayu yang menjadi viral di internet hari ini

mat yeh said...

subhanaAllah! adakah ajaran dan kuliah TGNA tidak menyerap dalam hati orang PAS.
PAS telah dijadi lidah kepada UMNO.

Anonymous said...

Bila kejahatan DAP dibuka, PAN sebagai talibarut akan tangkas bangun membela DAP

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails