Tuesday, February 16, 2016

Jual Tanah PP, Mana Pi Berbilion Ringgit Tu!

bnbbc.my – Kerakusan DAP Pulau Pinang menjual hartanah kepada pelabur dalam dan luar negara mengakibatkan keluasan tanah kerajaan negeri semakin mengecil dan dikatakan kurang 8 peratus sahaja.
Untuk rekod, kerajaan DAP mentadbir negeri itu pada 2008 dan baki tanah milik kerajaan ketika itu adalah kira-kira 18 peratus lagi.
Sebelum ini TV PRU14 ada melaporkan bahawa penjualan tanah kerajaan bermula pada 2011 membabitkan sebidang tanah berkeluasan 102 ekar kepada Ivory Properties dengan nilai RM 1.07 bilion.
Ia diikuti penjualan 110 ekar tanah kepada Consortium Zenith dengan nilai RM6.3 bilion pada 2013.
Pada tahun yang sama juga, kerajaan DAP Pulau Pinang telah menjual sebidang tanah seluas 40 ekar bernilai RM600 juta kepada P.E Land.
Pada 2014, rakyat Pulau Pinang menyaksikan penjualan hartanah secara besar-besaran dengan empat transaksi jual beli yang dilakukan oleh kerajaan negeri.
Sebidang tanah seluas 245 ekar dengan anggaran nilai RM 2.4 bilion telah dijual kepada Aspen Vission.
Selepas itu, 30 ekar tanah lagi dijula dengan anggaran nilai RM 57 juta kepada Paramount Group.
Kerakusan kerajaan negeri pimpinan DAP berterusan apabila pada tahun sama, sebidang lagi tanah berkeluasan 470 ekar yang dianggarkan berjumlah RM1.02 bilion dijual kepada Eco World serta penjualan 103 ekar tanah dengan harga RM1.09 bilion kepada Temasik Holding.
Daripada jumlah keseluruhan penjualan tanah tersebut, dianggarkan lebih 1,100 ekar telah dijual oleh kerajaan negeri dengan jumlah hasil jualan mencecah RM12.5 bilion.
Persoalannya, kemana wang tersebut dibelanjakan?
Rata-rata hartanah yang dijual itu telah dibangunkan unit-unit kondominium mewah sehingga mencecah RM4 juta seunit.
Ia disahkan sendiri daripada tinjauan BNBBC.my ke Pulau Pinang, dimana kondominium mewah The Penthouse dibina bersebelahan dengan penempatan orang Melayu yang akan dirobohkan iaitu di Kampung Tokong.
Di bahagian belakang kampung itu juga, terdapat kondominium mewah yang sedang dibangunkan iaitu The Brezza dimana setiap unitnya bernilai RM850 ribu.
Selain itu, terdapat juga lot-lot banglo yang dijual dengan harga RM700 ribu dan keatas, malah pembinaan hotel-hotel mewah kini giat dijalankan di negeri tersebut sehingga menjangkau berbilion-bilion ringgit setahun.
Daripada penjualan tanah oleh kerajaan negeri , ia tidak memberikan sebarang manfaat kepada rakyat di Pulau Pinang khususnya bangsa Melayu.
Ini kerana rakyat kelas pertengahan dan rendah tidak mampu membeli rumah tersebut kerana jumlah yang mampu dimilki hanyalah sekitar RM70 ribu sahaja, namun rumah yang berharga serendah itu tidak wujud di Pulau Pinang.
Ia berikutan kerajaan negeri DAP hanya mewujudkan rumah mampu milik yang bermula daripada harga RM120 ribu dan keatas sahaja.
Kesan daripada itu, kini telah ramai orang Melayu yang keluar daripada negeri tersebut secara terpaksa dengan apa dilakukan oleh DAP.
Adakah ini yang dikatakan kebajikan untuk rakyat yang Ketua Menteri Lim Guan Eng telah berikan kepada mereka?
Apa yang jelas orang Melayu di Pulau Mutiara terus tersepit dalam menunggu janji-janji ketika DAP mahu memenangi pilihan raya umum sebelum ini.

6 comments:

Anonymous said...

Sewaktu benda ini terjadi, kaum melayu Islam bagaikan pelarian Palestine di Pulau Pinang.
Mat Sabu dan Mujahid dari PAN Imayam, apa diorang peduli pasal nasib kaum melayu Islam. Mungkin dalam hati mereka, kebih baik melayu Islam Penang makan pasir asalkan DAP yg anti Islam Happy.

Flashback kaum melayu Islam dihalau oleh Regime Penang

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/29/kampung-mutiara-batu-ferringhi-penduduk-berkumpul-halang-tuan-tanah-robohkan-rumah-kediaman-mereka/

Penduduk Berkumpul Halang Rumah Kediaman Kampung Mutiara Batu Ferringhi Diroboh

AIDCNews – 29/12/15 –Dari semalam penduduk Kampung Mutiara, Batu Ferringhi Pulau Pinang bersekang mata membuat persiapan menghalang tuan tanah yang mahu merobohkan rumah kediaman mereka.

Mereka bersiap siaga mengawal kampung untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang dilakukan tuan tanah pada pagi ini.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2015/12/03/menyesal-diperalat-bersekongkol-dengan-lim-tarik-diri-sertai-dap-masuk-pas-semula/

Menyesal Diperalat Bersekongkol Dengan Lim, Tarik Diri Sertai DAP, Masuk PAS Semula

AIDCNews – 3/12/15 – Sekumpulan ahli PAS melahirkan kekesalan telah bersekongkol dengan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mengumumkan penarikan diri daripada menyertai DAP dan memasuki PAS semula.

“Untuk makluman semua pada 25 Nov. 2015 (Khamis) jam 9.00 malam, bertempat di Hotel Seri Malaysia Kepala Batas, kami telah menghadiri satu majlis anjuran DAP Kepala Batas yang turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Pulau Pinang, Tuan Lim Guan Eng.

“Dalam majlis tersebut, kami telah menyerahkan borang permohonan untuk menjadi ahli DAP.
“Kami ingin menarik balik permohonan menjadi ahli DAP setelah sedar itu merupakan satu kesilapan dan yakin bahawa perjuangan yang dibawa oleh PAS sahaja yang mampu membawa kami ke jalan yang benar.

“Oleh itu, kami memohon untuk menjadi ahli PAS atas keyakinan itu.

“Selain itu ditegaskan bahawa kami tidak lagi terlibat dengan penubuhan DAP Cawangan Permatang Janggus dan Kota Aur,”kenyataan Yusri Awang mewakili rakan-rakannya dipetik.

Anonymous said...

Woiiiiiii PAN-Kuih-TaRT. PAN bersengkongkol dengan DAP menzalimi rakyat marhaen melayu Islam di Pulau Pinang. Bagaimana PAN bersengkongkol? dengan mendiamkan diri dan merestui Regime DAP

Anonymous said...

sumber pun dr BN...ibnu hasyim ni blogger pas ke blogger umno?
BNBBC tu portal majlis ahli parlimen BN...ibnu hasyim ni dah tukar parti masuk tong najis (umno)kot. hahahahaha...

Anonymous said...

MELAYU asyik nak subsidi dan asyik nak beli murah sahaja. Lepas tu salahkan DAP.
Nak melayu ramai di Penang, pi beli la hartanah kat sana. Tak ada duit buat tak ada duit jangan nak emas tapi modal daun keladi.
Apa kaum lain tu pelik sangat ka, sama makan nasi tapi apasal dia kaya. Nak kata korup semua kaum korup bro.
Labai pas cakap saja pandai, cari rezeki SLOW >>> alih alih komplen saja tau. Kerja kuat la cari duit beli rumah kat penang. Lain kaum makan nasi juga.

Lebai lebai- semua salah Cina tapi sendiri malas selow cari rezeki

Anonymous said...

PAS sehingga sekarang masih gagal melaksanakan Hudud di Kelantan. Padahal tidak ada seorang ADUN DAP pun di Kelantan. Malah DAP pun boleh dikatakan tidak dirasai kewujudannya di Kelantan. Apakah DAP menjadi punca kegagalan melaksanakan Hudud di Kelantan? Pastinya tidak. Jadi apa punca sebenarnya? Kenapa mahu salahkan DAP di atas kelemahan sendiri?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails