Monday, February 15, 2016

Ini, 'Budaya Baru' Wujud, Bila Pekerja Asing Bertambah?

KUALA LUMPUR – Keputusan kerajaan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh menerusi mekanisme Kerajaan Kepada Kerajaan Plus (G-To-G Plus) mengundang rasa tidak senang banyak pihak, meskipun langkah itu bertujuan memenuhi permintaan industri dan majikan.


Bermacam-macam pendapat dinyatakan melalui media arus perdana dan laman sosial terutamanya ‘kebimbangan’ akan implikasi dan risiko berikutan pertambahan jumlah pekerja asing yang begitu ramai, lebih sejuta orang.
Pertubuhan bukan kerajaan dan kesatuan sekerja memberikan pelbagai reaksi, dan tidak kurang juga yang mempersoalkan rasional kemasukan pekerja Bangladesh menerusi mekanisme G-To-G Plus itu. Laporan berita pada 9 Feb memetik Setiausaha Kabinet Bangladesh, Mohammad Shafiul Alam bahawa kerajaan Bangladesh telah meluluskan draf penjanjian persefahaman (Mou) G-To-G Plus berhubung penghantaran 1.5 juta rakyatnya untuk bekerja di Malaysia.
Pada 11 Feb, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengeluarkan kenyataan yang menjelaskan bahawa angka 1.5 juta pekerja Bangladesh yang mendapat liputan meluas pihak media sebenarnya merupakan jumlah warga Bangladesh yang berdaftar dengan kerajaan negara itu untuk tujuan pekerjaan.
KDN menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan dalam lima sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan semasa permohonan dibuat. Pengambilan tidak akan dibuat secara serentak, sebaliknya dilaksanakan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
KUALITI BUKAN KUANTITI
Apa jua keadaannya, pelbagai kemungkinan implikasi daripada kemasukan pekerja asing tetap menjadi persoalan dan menimbulkan kebimbangan banyak pihak terutamanya berhubung kesan sosial terhadap rakyat negara ini.
Ketua Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia (UPM) Prof Madya Dr Mohamad Fazli Sabri berkata kerajaan harus memperhalusi keputusan itu bagi melihat kesan jangka panjang yang boleh mendatangkan risiko kepada warga tempatan.
Beliau berkata proses saringan adalah perkara wajib terhadap setiap warga asing yang ingin bekerja di Malaysia bagi memastikan mereka benar-benar berkelayakan.
“Sememangnya kerajaan akan melakukan proses saringan tetapi saya harap proses itu dijalankan dengan lebih teliti dan terperinci kerana kita tidak mahu mereka (pekerja asing) yang datang ke sini nanti mempunyai masalah-masalah yang boleh menjejaskan aspek keselamatan dan kesihatan rakyat tempatan.
“Kita tidak mencari kuantiti tetapi kualiti. Apa yang penting adalah kredibiliti dan keupayaan mereka untuk bekerja dengan produktif serta efisien kerana terbukti bahawa banyak masalah sosial berpunca daripada warga asing telah berlaku,” katanya kepada Bernama.
Selain itu, Mohamad Fazli berkata faktor tertentu perlu diambil kira sebelum melaksanakan proses pengambilan pekerja asing, antaranya adalah cabaran ekonomi semasa dan aliran keluar mata wang negara.
SOSIO-BUDAYA
Sementara itu, pakar Psikologi Kaunseling Univeriti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Prof Datuk Dr Mohamed Fadzil Che Din berpendapat kebanjiran pekerja asing memberi kesan sosial kepada kehidupan rakyat tempatan.
Beliau berkata meskipun ada warga asing yang berpendidikan tinggi, cara hidup mereka yang berbeza boleh mengganggu corak kehidupan tempatan dan masyarakat tempatan berhadapan risiko interaksi sosial yang boleh memudaratkan pemikiran generasi akan datang.
Lebih menggusarkan, Mohamed Fadzil berkata apabila rakyat tempatan terpaksa menerima dan mempelajari budaya yang dibawa pekerja asing, sekali gus mempengaruhi sistem sosial dan budaya rakyat tempatan.
“Kemasukan lebih ramai pekerja asing dalam negara seolah-olah memberi ‘pengiktirafan’ kepada budaya mereka. Walaupun kemasukan mereka (warga asing) membawa kebaikan kepada pembangunan negara namun terdapat sesetengah pekerja asing membawa budaya buruk seperti isu kebersihan dan masalah perkahwinan campur yang boleh mewujudkan konflik.
“Tidak menghairankan jika kemungkinan pada satu masa nanti kita terpaksa menerima budaya ‘baharu’ sedangkan hakikatnya mereka (warga asing) sepatutnya menghormati budaya dan adat rakyat Malaysia,” kata Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UPNM itu.
Beliau berkata kemasukan pekerja asing yang membawa budaya ‘baharu’ ke negara ini boleh mencetuskan kekeliruan kerana negara kini dalam proses mengenali pendidikan asas silang budaya, yang dicadangkan Timbalan Perdana Menteri sebelum ini.
Pada 6 Feb lepas, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mencadangkan pendidikan asas silang budaya diberi penekanan dalam sukatan pelajaran bermula daripada peringkat prasekolah ataupun tadika.
PENGUATKUASAAN
Mengupas daripada sudut keselamatan, penganalisis jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penguatkuasaan dan pemantauan undang-undang lebih tegas harus dilakukan kepada pekerja asing untuk mengelakkan perkara-perkara tidak diingini terutamanya melibatkan aspek keselamatan negara.
Beliau menegaskan kerajaan perlu meneliti rekod peribadi pekerja-pekerja asing agar mereka tidak terlibat dengan kegiatan jenayah yang boleh mengancam keamanan dan keharmonian negara.
“Kajian secara holistik harus dilakukan untuk mencari penyelesaian bagi mengenal pasti mengapa kita amat memerlukan pekerja asing sedangkan kita mempunyai tenaga buruh tempatan yang ramai. Kita tidak tahu jika ada dalam kalangan mereka (warga asing) yang mungkin mempunyai niat lain dan bukan sekadar untuk mencari pekerjaan,” katanya.
Berdasarkan pemerhatiannya, Akhbar berkata masalah jenayah dan gejala sosial membabitkan warga asing bukan satu perkara baharu malah mereka berupaya membina kawasan penempatan sendiri menyebabkan rakyat tempatan berasa terasing.
“Majikan seharusnya memberi peluang kepada pekerja tempatan untuk berkhidmat di sektor mereka kerana jika warga tempatan tidak mempunyai pekerjaan, ia menyebabkan pengangguran dan timbul pula masalah jenayah. Kalau majikan kita tidak membantu dan menyokong rakyat tempatan, siapa lagi? Di manakah nilai patriotisme sebagai rakyat Malaysia (untuk mengutamakan warga senegara),” soal beliau. – BERNAMA

5 comments:

Anonymous said...

Mujur ada PAS yg perihatin dalam isu pekerjaan anak bangsa dan warga asing. Bukan macam PAN Imayam, hari bermati-matian menegakkan DAP yg anti Islam itu.

Syukur Alhamdulillah

Anonymous said...

Bila dah jadi macam ni hanya PAS bersuara untuk keadilan mendapat Pekerjaan.

Nak harap Mike Sabu al Selfie Amoy dan partinya PAN Cable TV kirim salam la.

Campak mikrofon konon. Setengah warga Penang dihalau, diroboh, dihina dan dinista persis rakyat Palaestin di Gaza ada Mat Sabu peduli? Ada Mujahid Peduli ? Dosa mereka ini adalah mereka berketurunan melayu berugama Islam Mazhab Sunnah Wal Jamaah. Di mata PAN Imayam yg suci hanya DAP sahaja


https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/12/gerai-siapa-pula-bakal-jadi-mangsa-kerakusan-guan-eng-selepas-ini/

Gerai Siapa Pula Bakal Jadi Mangsa Kerakusan Guan Eng Selepas Ini

AIDCNews- 12/2/16 – Gerai siapa pula bakal menjadi mangsa kerakusan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, soal Persatuan Mukabuku Pulau Pinang.

Ia merujuk kepada insiden perobohon gerai Adam Tomyam dan gerai Afiq Bawal Goreng di hadapan Kuaters Polis Lebuhraya Thean Teik, Air Itam, Pulau Pinang.

“Makin hari makin menjadi !

“Gerai siapa pula yang bakal menjadi mangsa selepas ini ?, “soalnya.

Menurut Penang kini, kedua-dua gerai peniaga kecil Melayu itu dirobohkan pagi semalam.

“Kami menerima maklumat pemilik kedai Bawal Goreng menangis hiba melihat gerai diruntuhkan dan barangan kedainya dirampas. Kesian melihat depa sukar nak cari rezeki.

“Kalau penguatkuasa ada hati perut dan ruang diplomasi, barangan di kedai seperti TV LCD, peti ais, kipas angin dan barangan memasak tak payah la angkut naik trak.

“Cukuplah mungkin sekadar kerusi, meja dan dapur sahaja kalau nak rampas pun,”lapornya.

Sementara itu, Penang Kini turut melaporkan sebahagian struktur bangunan warisan yang dikenali sebagai Hotel Runnymede, iaitu bangunan kolonial berusia 208 tahun itu turut dirobohkan dipercayai bagi memberi laluan kepada pembinaan hotel bertaraf lima bintang di situ.


“Ini baru betul-betul UBAH !

“Runnymede sebelum dan selepas Tahun Baru Cina 2016,” lapornya sambil membandingkan dua keping gambar (di atas) sebelum sebahagian struktur bangunan warisan itu diroboh dan selepas diruntuhkan.

Hmetro.com turut melaporkan tiada sebarang papan tanda pemberitahuan diletakkan.

Jurucakap Persatuan Warisan Pulau Pinang (PHT) berkata, pihaknya menerima maklumat kerja perobohan bangunan warisan itu dijalankan pada Isnin lalu iaitu ketika sambutan Tahun Baru Cina.

“Kami mahu penjelasan daripada kerajaan negeri, mengapa kerja perobohon dijalankan pada hari cuti umum, seolah-olah mereka mahu menutup sesuatu,” katanya.

Bangunan warisan itu terletak di atas tanah seluas 0.8 hektar berhampiran pesisiran pantai, sekali gus menjadikan ia antara hartanah yang paling bernilai di Pulau Pinang.

Hotel Runnymede pernah didiami Sir Stamford Raffles pada 1805 ketika Raffles bertugas sebagai Penolong Setiausaha kepada Gabenor Pulau Pinang, Robert Townsend Farquhar.

Selepas itu, Hotel Runnymede mengalami banyak perubahan termasuk pernah dijadikan sebagai hospital tentera British ketika zaman Perang Dunia Kedua.

Sementara itu, EXCO Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu lintas, dan Tebatan Banjir negeri Chow Kon Yeow berkata, pihaknya sudah mengeluarkan Pelan Kebenaran Merancang (PKM) kepada pemaju terbabit.

Anonymous said...

https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/10/ubah-projek-penghapusan-etnik-sedang-giat-dijalankan-di-pulau-pinang/

UBAH : Projek Penghapusan Etnik Sedang Giat Dijalankan Di Pulau Pinang


AIDCNews- 10/2/16 – Usaha kerajaan tempatan (PBT) Pulau Pinang merobohkan gerai-gerai peniaga kecil Melayu dan India merupakan sebahagian daripada projek jangka panjang untuk menjayakan misi UBAH penghapusan etnik yang dirancang di negeri itu, lapor Anti Senju Uderan Kes.

“Untuk memastikan imej sebagai Pulau Cina … usaha dilakukan agar tidak ada lagi peniaga Melayu dan India di lokasi strategik .

“Peringkat pertama semua kedai di Tenggiri telah dirobohkan . Setakat post ini 18 gerai makan , dua car wash diruntuhkan .

“Selepas (itu) MPSP akan sekat pemberian lesen dengan mengunakan alasan kesihatan .

“Penghapusan etnik ini dilakukan untuk memastikan kaum Melayu dan India Pulau Pinang kekal sebagai kuli Cina,”dedahnya.

Selain itu, Kerajaan DAP Pulau Pinang pimpinan Lim Guan Eng didakwa hanya menumpukan perhatian kepada projek-projek mega yang bakal dihuni oleh golongan berpendapatan tinggi dan mengabaikan flat-flat murah yang sedia ada yang dihuni oleh golongan berpendapatan rendah.

“Lebih menderita lagi flat-flat di Seberang Jaya tidak diselanggara. Paip air najis kumbahan sudah lama dan berkarat . Penduduk flat ini hidup dalam bau busuk. Perkara ini bukan jadi isu kepada DAP ,”dedahnya lagi.

Sementara itu, Tan Khai Beng pula mendedahkan Guan Eng yang merupakan ahli politik terbuang dari Melaka sedang melakukan kerosakan besar-besaran di Pulau Pinang termasuk memusnahkan warisan bersejarah di negeri itu.

“Orang yang tidak bermoral dari Melaka itu sedang memusnahkan Bangunan Warisan Pulau Pinang. Bermula dari bangunan Khaw Sim Bee di Pykett Avenue ke rumah 128 Macalister Road .

“Dan sekarang ini ..Tiba masanya kita melakukan sesuatu mengenainya,” dedahny

Anonymous said...

DI mana Wan Azizah, Di mana Mat Sabu, DI mana Mujahid. Mujahid dan Mat Sabu adalah kelahiran Penang. Wan Azizah MP Penang.

warga Penang dihalau, diroboh, dihina dan dinista persis rakyat Palaestin di Gaza ada Mat Sabu peduli? Ada Mujahid Peduli ? Dosa mereka ini adalah mereka berketurunan melayu berugama Islam Mazhab Sunnah Wal Jamaah. Di mata PAN Imayam yg suci hanya DAP sahaja


https://aidcnews.wordpress.com/2016/02/06/teknik-terbaru-dap-halau-orang-melayu-islam/

Teknik Terbaru DAP Halau Orang Melayu-Islam

bicara.news – Melihat pada situasi sekarang begitu banyak kemusnahan penempatan dan pengugatan perniagaan kaum Melayu, ini lah caranya halus yang digunakan oleh pihak pembangkang untuk memusnahkan penempatan Melayu.

Mereka akan menerima dan mengunakan pendatang asing terutama dari Bangladesh dan mereka dibenarkan memiliki lesen dan premis perniagaan dalam masa yang sama mereka merobohkan gerai atau premis perniagaan orang Melayu.

Ini lah tektik yang mereka gunakan, apabila kerajaan mahu menaikkan levi baru yang tinggi kepada pekerja asing menyebabkan mereka mengkritik Kementerian Dalam Negeri (KDN).

Kritikan mereka terhadap kenaikkan levi tersebut jelas membuktikan motif mereka yang terbeban dengan levi baru tersebut, kerana ia akan membebankan kewangan mereka untuk mengimport seramai mungkin pekerja asing dan melakukan ‘etchnic cleansing’.

Dari sudut lain mereka di lihat seolah-olah membantah kemasukkan pendatang asing kononnya boleh menimbulkan pelbagai masalah, tetapi bila kerajaan membuat sekatan dan mengenakan syarat-syarat tertentu mereka juga yang mengkritik kerajaan.

Jelaslah ktitikkan pembangkang bukan untuk kepentingan negara tetapi lebih kepada kepentingan politik untuk menguasai dan berkuasa.

Anonymous said...

Mana pergi tuang penasihat kaki ponteng 25% ketua penyamun Najib?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails