Saturday, February 20, 2016

Guan Eng 'Pecat' 2 Adun PKR PP Dari GLC..

Dua wakil rakyat PKR yang berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno untuk menghentikan semua projek penambakan di Pulau Pinang sewaktu sidang Dewan Undangan Negeri November lalu, telah ditamatkan perkhidmatan mereka sebagai pengarah dalam syarikat berkaitan kerajaan negeri (GLC).

ADUN Bukit Tengah, Ong Chin Wen, telah ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah Penang Invest dan Island Golf Properties Bhd, sebuah anak syarikat Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang.

Sementara itu, ADUN Kebun Bunga, Cheah Kah Peng ditamatkan khidmatnya sebagai pengarah di Perbadanan Bukit Bendera.

Ong mengesahkan menerima surat penamatan khidmatnya itu tetapi enggan mengulas lanjut. Cheah masih belum mengulas mengenai perkara itu.


Ketika dihubungi, Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, jawatan itu dilantik di bawah syarikat-syarikat di mana beliau menjadi pengerusinya.

"Apabila anda hilang keyakinan terhadap seseorang yang bersetuju dengan anda dan kemudian memungkiri janji mereka, bagaimana mereka boleh berfungsi dengan berkesan dan secara profesional, terutamanya bila saya jadi pengerusi," kata Lim.

Lim menjelaskan bahawa kedua-duanya menimbulkan kemarahan rakan-rakan mereka dalam kerajaan negeri apabila mereka sebelum ini telah bersetuju untuk tidak menyokong usul Umno, yang dibentangkan oleh ADUN Pulau Betong, Muhammad Farid Saad November tahun lepas.

"Mereka kemudiannya menikam kami dari belakang apabila mereka berkecuali daripada mengundi menentang usul itu.

"Sekarang, kita tidak yakin mereka akan dapat berfungsi secara profesional dan berkesan dan jika saya, sebagai seorang pengerusi, tidak mempunyai keyakinan terhadap anda, maka anda perlu tahulah apa yang patut dibuat," kata Lim.

Lim berkata, tiga lagi wakil lain PKR - Lee Khai Loon (Machang Bubok), T Jayabalan (Batu Uban), dan Norlela Ariffin (Penanti), yang juga berkecuali daripada mengundi menentang usul Umno itu - tidak terjejas.

Ong, yang juga whip PKR di Dewan Undangan Negeri telah berkata kelima mereka "mengundi berdasarkan suara hati", manakala Cheah ketika berucap di konvensyen PKR di Selangor berkata "wakil PKR akan terus mempertahankan kepentingan awam".

Ditanya mengapa penamatan khidmat mereka dilakukan semasa Tahun Baru Cina, Lim berkata kedua-duanya telah dimaklumkan mengenai keputusan itu pada bulan Januari, dan ia juga telah dibangkit dan dibincangkan dalam mesyuarat exco kerajaan negeri.

"Ia merupakan satu perkara pentadbiran," kata setiausaha agung DAP itu berseloroh.

Ditanya jika ini akan menjejaskan hubungan DAP-PKR di Pulau Pinang, Lim berkata beliau tidak ada sebarang masalah dengan pemimpin PKR lain seperti Rashid, Timbalan Speaker DUN dan ADUN Sungai Bakap Maktar Shapee, atau Lee, yang masih memegang jawatan pengarah di salah satu GLC negeri. (BM)

4 comments:

bat8 said...

Salahnya dimana, Tuan Haji?

bat8 said...

Serupo nak pecat husam la. Bezanya tok lebai PAS xdok telo...tak berani nak pecat husam.lepas dok bising merata tempat...

Anonymous said...

Anon 1:29 talibaroot DAP


https://aidcnews.wordpress.com/2015/11/19/wakil-rakyat-pkr-menangis-di-dun-kerajaan-dap-pulau-pinang-tidak-peduli-rintihan-rakyat/

Wakil Rakyat PKR Menangis Di DUN, Kerajaan DAP Pulau Pinang Tidak Peduli Rintihan Rakyat

GEORGE TOWN – Seorang wakil rakyat daripada PKR hari ini tidak dapat membendung kesedihan semasa persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) apabila segala luahan yang dibawa untuk pembangunan rakyat di kawasannya tidak didengari kerajaan DAP Pulau Pinang.

Dr Norlela Ariffin (PKR-Penanti) berkata beliau sedih kerana luahan dan persoalannya berhubung pembangunan penduduk kawasan Penanti diabaikan.

“Saya buang masa hampir sejam menunggu jawapan, setiap hari saya tunggu jawapan, tetapi tak jawab, saya buang masa sejam…Seberang Jaya tak jawab, Batu Lanchang tak jawab.

“Kawasan saya kawasan kampung yang terpinggir, saya bawa suara orang kampung…yang mendengar suara saya Padang Kota saja,” luahnya sambil menangis.

Adun Seberang Jaya Dr Afif Bahardin daripada PKR adalah exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan manakala Adun Batu Lancang Danny Law Heng Kiang ialah exco Pembangunan Pelancongan dan Adun Padang Kota Chow Kon Yeow daripada DAP ialah exco Kerajaan Tempatan, Pengurusan Lalu Lintas dan Tebatan Banjir.

Dr Norlela berkata apa yang lebih menyedihkan ialah apakah yang perlu diberitahu kepada orang kampung setiap kali beliau pulang bertemu rakyat di kawasannya.

“Apa yang saya nak cakap dengan orang kampung bila balik, tanya pasal sungai jeti pun tak jawab,” katanya.

Rintihan Norlela itu turut mendapat simpati daripada wakil rakyat Barisan Nasional, Roslan Saidin (BN-Pinang Tunggal) yang menyatakan ia adalah realiti yang kini dilalui oleh rakyat di bawah pemerintahan kerajaan pimpinan DAP Pulau Pinang.

Tindakan Dr Norlela itu menyebabkan Pengerusi Hal Ehwal Agama Islam, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna negeri Datuk Abdul Malik Kassim bangun dan dengan nada tegas menyatakan tuduhan Dr Norlela tidak adil kerana Ketua Menteri Lim Guan Eng ada menyebut terdapat peruntukan disalur kepada Permatang Pauh.

Dewan Undangan Negeri Penanti adalah di bawah Parlimen Permatang Pauh.

Mendengar jawapan Abdul Malik, Timbalan Ketua Menteri 1 Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta Abdul Malik yang juga Adun Batu Maung itu bertenang.

Mohd Rashid berkata masalah yang dibangkitkan Dr Norlela perlu dibincang secara mendalam – BERNAMA

Anonymous said...

Sejak bila pula walaunta menyokong umnoBN dan bersetuju denvan tindakan mereka?

Ooooo sejak segak sedondon bersama


Lalu, halakan muncung senjata ke arah sana
Luakan kezaliman kawan baru
Ghanimah masih di .merata
Jom berbahagi, walau timbangan tak sama

Tentang peristiwa di memali
Terbunuh rakan terkorban ngeri
Biarkan mereka, mereka tetap diingati
Hidup di dunia, laba semua, poket perlu di isi

Tengok sahabat kami kini
Jawatan tinggi di glc
Takpun di kluster sana sini
Habuan penasihat pasti menanti

Yang bersemadi di memali
Semoga sejahtera, anda terus diingati
Sebab kami sekarang bz
Nasihat menasihati

Di saat mereka parah mengelut
Skandal dan isu me jerut
Di waktu terbaik tetiba kita kalut
Rupanya pangkat dan harta he dak direbut

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails