Sunday, February 14, 2016

Exco Agama Kedah “Berkhalwat” Dalam Kereta, Gambar Ini Belum Boleh Jadi Bukti?


HARI ini kita dikejutkan dengan berita mengenai Exco Agama, Pelancongan Dan Masyarakat Siam Kedah yang dilantik semasa zaman kepimpinan mantan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir iaitu Datuk Mohd Rawi Hamid dikatakan berdua-duaan dengan seorang perempuan cantik dalam sebuah kereta.

Menurut sumber yang viral di media sosial, pendedahan tersebut dibuat dalam satu group facebook pro Mukhriz iaitu “Mukhriz Mahathir Fc (Official)” oleh sebuah akaun bernama “Meera Alyana”.

Namun begitu, pendedahan tersebut telah dikritik hebat oleh netizen yang berada dalam group Facebook berkenaan. Akaun Facebook Meera berkenaan turut memuatnaik status “Romantiknyerr YB niiii….cantik wife dia, muda lagi…”

Persoalannya, kenapa ia didedahkan dalam kumpulan Facebook yang difahamkan disertai oleh majoriti penyokong bekas MB Kedah berkenaan.

Adakah ia merupakan serangan yang bermotifkan politik daripada pihak-pihak tertentu untuk memburukkan imej para exco di zaman Mukhriz yang kini masih menggalas jawatan tersebut walaupun di bawah kepimpinan MB baharu?

Kita tidak boleh menyalahkan group Facebook berkenaan kerana sesiapa sahaja yang menjadi ahli di dalamnya bebas memuatnaik apa jua status.
Berikutan dengan pendedahan di facebook “Meera Alyana” ini maka kami berharap agar Exco yang dibabitkan tersebut muncul untuk menjernihkan keadaan agar perkara ini tidak berlarutan.– PRU14.tv

6 comments:

Anonymous said...

UMNO JUAL MELAYU. PAS JUAL ISLAM.

Anonymous said...

Umno jual Melayu, PAS jual Islam, PKR jual bontot...

Anonymous said...

UMNO PARTI PEROMPAK MELAYU.PAS PARTI AJARAN SESAT MELAYU.

Unknown said...

Ingat PAN, ingat DAP!!

Unknown said...

Ingat PAN, ingat DAP..

Unknown said...

Ingat PAN, ingat DAP..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails