Sunday, February 14, 2016

Bazir Wang Rakyat Untuk Papan Tanda Mega Anwar Yang Sudah Tidak Relevan?

bilboard

Warga Selangor Setuju Wang Rakyat Dibazir Untuk Papan Tanda Mega Anwar?

AIDCNews- 13/2/16 – Adakah warga Selangor bersetuju wang rakyat dibazir untuk memasang papan tanda-papan tanda mega berkenaan Anwar Ibrahim di seluruh negeri itu, soal My Nation News.
“Adakah rakyat Selangor merestui wang mereka dibelanjakan untuk memenuhi nafsu politik sebuah parti yang perjuangan utamanya adalah mengenai Anwar?
“Atas arahan siapa wang ini dibelanjakan untuk mewujudkan papan tanda sebegini bersentimenkan politik?,” soalnya.
Sementara itu, blogger Omak Kau dalam tulisan terbaharu hari ini mempertikaikan kerelevanan Anwar dalam arus politik perdana hari ini :
MASIH RELEVANKAH ANWAR IBRAHIM MENJADI CALON PM PAKATAN HARAPAN?
Selasa lalu 9hb Februari 2016 genaplah setahun Datuk Seri Anwar Ibrahim merengkuk dalam Penjara Sungai Buloh.
Beliau telah dihukum penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat bekas pembantunya, Saiful Bukhari Azlan.
Bagi memperingati ulang tahun pertama pemenjaraan Anwar telah diadakan perhimpunan #Bebas Anwar sambil menyalakan lilin di luar pintu masuk utama penjara.
Khabarnya kira-kira 1,000 orang dilaporkan hadir untuk memberi sokongan termasuk pemimpin utama PKR dan PAN serta beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang kait rapat dengan PKR.
Namun kelibat pemimpin PAS tidak kelihatan kerana menurut Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, penganjur tidak menjemput parti itu.
Begitu juga dengan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali kerana mengerjakan umrah. Beliau menghantar pesanan kepada Anwar dan ahli keluarganya menerusi rakaman video yang disiarkan di perhimpunan itu.
Di perhimpunan itu juga berlaku peristiwa yang kononnya digelar revolusi mikrofon apabila Presiden PAN, Mohamad Sabu membaling mikrofon kerana kecewa pembangkang masih gagal menarik sokongan rakyat negara ini selain melabelkan para penyokong pembangkang sebagai lahir jantan tetapi memiliki hati betina.
Tindakan Mat Sabu yang kini menerima nama jolokan baru Mike Sabu itu tidak pula mengujakan sebaliknya menjadi bahan lawak jenaka dan bidasan keras apabila rakaman video kejadian itu diviralkan di media sosial.
Itulah Mat Sabu dari dulu sampai sekarang masih dengan gimik dan retorik politik murahan.
Kita lupakan cerita Mike Sabu itu seketika kerana setakat baling mikrofon kedinding tak membantu pun kenaikan harga getah atau memulihkan nilai ringgit.
Perkara yang lebih mengejutkan apabila Pakatan Harapan masih menamakan Anwar Ibrahim sebagai calon Perdana Menteri.
Kesian dan simpati kepada rakyat Malaysia kerana kita masih dimomok dengan keagungan dan kehebatan luar biasa Anwar sedangkan hakikatnya aura beliau semakin pudar dan luntur. Karier politiknya sudah sampai di penghujung.
Tidak sedarkah mereka yang zaman kegemilangan Anwar sudah berlalu dan namanya semakin tidak relevan terutama dalam kalangan anak-anak muda.
Rasanya sudah cukup untuk menjaja nama Anwar untuk tagih simpati dan sokongan rakyat. Tolonglah beri harapan baru dan semangat baru kepada rakyat untuk meneruskan hidup di zaman penuh kegilaan ini.
Adakah pembangkang tiada calon lain yang boleh diangkat? Kalau nak juga jaja nama Anwar, angkat sajalah Nurul Izzah sebagai calon Perdana Menteri.
Bagaimana pula dengan Rafizi Ramli? Beliau anak didik kesayangan Anwar dan pemilik idea Langkah Kajang yang berakhirnya dengan Pakatan Rakyat kecundang. Tak layakkah Rafizi menjadi calon Perdana Menteri?
Dan bagaimana pula dengan Azmin yang kini dianggap paling berkuasa dalam PKR sebagai calon Perdana Menteri?
Azmin bukan calang-calang kerana beliau pemimpin licik yang bijak mencekup peluang. Lihat saja bagaimana beliau dipilih menjadi Menteri Besar Selangor. Ketika para ADUN PKR/DAP dan dua PAS bersolidariti dengan akuan bersumpah bersama-sama dengan Kak Wan akhirnya jawatan berprestij itu dimiliki Azmin Ali.
Rakyat mahukan satu harapan yang menjanjikan perubahan walaupun ia belum pasti dapat dilaksanakan. Bukankan salah satu seni politik itu menjaja sebuah harapan kepada rakyat?
Tiada makna menukar nama Pakatan Rakyat kepada Pakatan Harapan jika harapan lama juga yang menjadi kata-kata janji dan sandaran.
Sebilangan besar rakyat Malaysia telah mulai menerima hakikat bahawa Anwar adalah tahanan jenayah bukan tahanan politik. Oleh sebab itulah perjuangan NGO-NGO untuk meletakkan Anwar sebagai tahanan dalam rumah tidak mendapat sambutan dan diberikan pertimbangan yang serius.
Anwar didapati bersalah oleh sembilan hakim daripada pelbagai peringkat mahkamah dan telah melalui proses perbicaraan yang agak panjang iaitu selama tujuh tahun.
NGO-NGO berkaitan sewajarnya mengambil posisi hentikan mengelirukan rakyat kononnya Anwar adalah tahanan politik sama seperti yang berlaku kepada Nelson Mandela dan Aung San Suu Kyi.
Tak pernah pula media melaporkan Mandela dan Aung San Suu Kyi pernah dipenjara kerana kesalahan meliwat.
Akhir kata, terimalah hakikat Anwar sudah mulai tidak relevan dipersada politik arus perdana negara. Dan juga tidak lagi membawa harapan besar untuk membawa perubahan kepada rakyat Malaysia. 





Genap 3 Tahun Pencerobohan Pengganas Di Lahad Datu Sabah


11 comments:

Anonymous said...

TAKKAN MAT SABU TAKDE DUIT NAK BAYAR SAMAN!!!

Alamak ai!!! Takkan RM 200 ribu pun Si Mat Sabu tu tak boleh bayar? Mustahil Si Mat Sabu takde duit sebanyak itu? Bukan ke dia makan komisyen dengan puak - puak DAPigs tu?

Kata dia baik sangat dengan Si Tokong DAPigs tu. Kenapa dia tak mintak tolong dengan Si Tokong DAPigs tu? Mustahil juga kalau Si Tokong DAPigs tu tak nak tolong 'Abang' dia, ye tak.

Tapi, walaupun Si Mat Sabu tu dapat bayar duit pampasan tu, dia tetap jugak tak boleh nak nafikan satu hakikat yang perlu diketahui oleh orang ramai. Si Mat Sabu tu juga seorang KAKI FITNAH.

Jika hari ini, Si Mat Sabu tu didapati menabur fitnah terhadap Bekas Timbalan Pesuruhjaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang didakwa terlibat dalam isu 'Projek Ic' di Sabah sebelum ini.

Maka sebab itulah Si Mat Sabu tu telah didapati bersalah oleh pihak mahkamah dan dia perlu membayar pampasan sebanyak RM 200 ribu kepada Bekas Timbalan Pesuruhjaya SPR tu.
Menurut peguam Wan Ahmad, Noor Hazira Abu Haiyan, notis kebankrapan telah pun disampaikan kepada Mat Sabu pada 3 Febuari lalu, tetapi pemimpin pembangkang itu tidak mematuhinya.
Berikutan itu, beliau terpaksa memfailkan petisyen pemiutang terhadap Mat Sabu, untuk mendapatkan sebanyak RM200,000 yang diputuskan pihak mahkamah sebelum ini.
Dalam penyataan tuntutan, Wan Ahmad mendakwa defendan mengeluarkan perkataan fitnah bahawa beliau tidak boleh dipercayai kononnya kerana terbabit dengan pengeluaran kad pengenalan biru dalam ‘Projek IC’ di Sabah.
Tapi, itu bukan la kali pertama Si Mat Sabu tu bertindak sedemikian. Bahkan sebelum ini pun dia pernah juga bertindak tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dibuat secara terbuka.

Pada tahun 1997, Si Mat Sabu bersama - sama dengan pemimpin DAPigs dok sibuk menjaja cerita kononnya Si Ketua Penipu tu seorang Peliwat dan mendesak Si Ketua Penipu tu letak jawatan.

Pada ketika itu, Si Mat Sabu juga turut menggelarkan Si Ketua Penipu tu dengan nama jolokan 'Al-Juburi' dan melabelkan dia sebagai 'Kaki Pungkoq' sewaktu dalam sidang Parlimen.

Tapi IRONIKnya hari ini, Si Mat Sabu tu bukan sahaja enggan menjelaskan dakwaan yang dilemparkan. Sebaliknya, dia boleh pulak menyokong Si Ketua Penipu tu untuk menjadi Perdana Menteri

Itu la HIPOKRITnya perangai Haramjadah pemimpin yang bernama Mat Sabu ni. Dia bukan sahaja mempamerkan sifat yang tidak bertanggungjawab terhadap dakwaan yang dibuat. Malah dia juga seorang pemimpin yang MUNAFIK secara terang - terangan!!!

Anonymous said...

Ya betul
mat sabu kaki fitnah
masa tu mat sabu dalam PAS
dan harakah mengeluarkan ertikel tu

so....PAS ni kaki fitnah juga ke?
atau
pas sedang menepuk air di dulang

dalam isu ic di sabah
seluruh ahli pembangkang percaya bahawa ianya benar2 berlaku
namun
selepas semakin segak sedondon bersma
lupa pada perjuangan asal
dan
meredhai kezaliman bn

pas dan ahli dah macam amfabian
duduk dua alam
tapi tak jelas mana satu hendak menetap


Anonymous said...

Kalakar walaunt ni

mat sabu tu bekas timbalan presiden pas
kenapa ahli pas memilih munafik sebagai orang nombor 2?

akhlak walaunta
orang dah jatuh, lagi lanyak dengan kereta, kasi hempuk dengan pasu bunga
psdahal itulah dulu ketua

dah jadi mcm akhlak umno
oh ya....kini dah bersama..

hihihihihi

sesia kematian ibrahim libya di memali

Anonymous said...

Ibnu hasyim yg tak relevannyer umno,ibnu hasyim dan omakkau.

Anonymous said...

lain kali kita letak papan tanda hadi dan harun din besar2. baru puas geng pascai ni.. oh lupa pula, gambar dua ulama besar pascai ni bergandingan dgn amirul mukminin syeikh najib alrosmah.

Anonymous said...


Tq Ibnu Hasyim

Biarkaan geng JJlge meroyan lg. (JJ=Jilat Juboq)

Anonymous said...

UMNO JUAL MELAYU. PAS JUAL ISLAM.

Anonymous said...

UMNO + PAS = PORNO

KAH KAH KAH!!!

Unknown said...

Ingat PAN, ingat DAP..

Anonymous said...

ingat pas, ingat umno. bukan gitu. nauzubillah

Anonymous said...

jk anwar tak relevan dia tak duduk dlm penjara skrg. siapa omakkau yg nak persoal? just a stupid b*tch

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails