Friday, October 16, 2015

Datuk Saifuddin, Kenapa Pilih PKR, Bukan Amanah?


SHAH ALAM - Secara logiknya bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah (gambar) perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu. Tetapi beliau bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, tidak perlu masuk poiltik. Katanya.

Bekas Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Saifuddin Abdullah yang menyertai PKR semalam  berkata, parti itu menjadi pilihannya kerana parti itu lebih 'menjadi' berbanding parti-parti pembangkang lain.

Mengulas lanjut mengenai maksud 'menjadi' itu Saifuddin berkata, ia menjadi dari segi kesepaduan pelbagai kaum didalam parti tersebut.

‎"Secara logiknya saya perlu menyertai Parti Amanah sebab ia masih baharu. Tetapi saya bukan memilih jalan yang senang. Jika hendak jalan yang senang, kita tidak perlu masuk poiltik. Tetapi saya memilih yang bersesuaian. Dari dahulu saya percaya terhadap parti berasaskan semua kaum.

"Saya masuk Umno pada tahun 1986 kerana saya ingin masuk BN tetapi tiada sistem yang terus boleh jadi ahli BN. Jadi saya perlu masuk salah satu parti komponen dahulu. Sebab itu, saya dah beberapa kali menyuarakan seseorang itu boleh jadi ahli BN dan bukan parti komponen. Tetapi Umno tetap berkeras mahu memakai sistem lama.

"Ya Parti Amanah juga ingin menjadi multiracial, Pas juga ingin menjadi begitu. Tetapi yang lebih menjadi ialah PKR. Sekurangnya pada peringkat tertinggi pusat," katanya kepada Sinar Online di Shah Alam semalam.
 
Mengulas lanjut, Saifuddin berkata, perubahan politik sedang berlaku dan beliau kini mengikut jalan tersebut.

"Hari ini politik tawar menawar contohnya seperti Umno jaga Melayu, MCA jaga Cina dan MIC jaga India.

"Konfigurasi politik tersebut hanya sesuai pada masa tertentu.Tetapi masa sudah berubah. Mereka mahu politik yang lebih multiracial. Dalam konteks ini ada parti dalam BN cuba tetapi tidak berjaya," katanya. (IH)

10 comments:

Anonymous said...

Kenaoa tak pilihPAS

Anonymous said...

Otak sekular mana minat pada islam.. hidup kt dunia ni kita tk boleh guna logik akal semata2.. dlm islam bnyk benda yg tk logik dek akal.. sbb tu dlm islam kita kena beriman kalau tidak sesat tk jmpa jalan..

Anonymous said...

Beginilah tarbiah yg diterima walaupun Allah melarang jgn mengumpat & bersatu tapi adi pemimpin PAS maki ahli sendiri, selepas tu suruh keluar PAS kalau x setuju. Bagaimana nak perintah negara kalau pemimpin yg langgar syariat Allah masih lagi dipilih oleh ahli PAS. Malah dakwah kpd bkn Islam pun rosak dgn pemimpin PAS yg bersifat assobiyyah ni.

Anonymous said...

orang syiah mmg tk suka dgn kepimpinan ulama sunnah wal jamaah.. pilih la pemimpim syiah kamu tu dlm PAN.. mcm2 alasan diberi utk tidak menerima TGHH.. yg aku nampak kepimpinan PAN yang tidak amanah pada pemimpin dan rakyat.. lepas ni boleh masuk muzium parti PAN.. hahaha

Anonymous said...

Salam semua,

Jangan cepat menuduh yang orang otak sekular tak tentu pasal. Apa yang tak logik dalam Islam??? Adakah ini bermaksud Islam mengamalkan sihir atau percaya kepada semangat alam seprti paganisme???

Semasa tahun dukacita di mana Abu Talib dan Siti Khadijah meninggal dunia sementara orang Quraish kebanyakannya menolak Islam, Rasulullah S.A.W diangkat untuk melakukan Isra' dan Mikraj.

Semasa berdakwah ke Taif, Rasulullah pernah ditawarkan untuk sebuah bukit ditolak kepada penduduk Taif. Kedua-dua peristiwa itu adalah kepada Rasulullah. Tetapi kenapa dalam perang Badar dan Uhud beribu-ribu malaikat turun membantu, satu malaikat sahaja sudah mampu menolak bukit, tak pulak ditolaknya bukit Uhud kepada kafir quraish!!! Sunnahnya begitu. Islam itu logik!!!

Sama sahaja di Palestin, dah bermacam-macam doa dibaca di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, tempat yang paling mustajab,oleh imam-imam besar, kalau nak kira doa je dah mati habis yahudi zionis dah payah nak ada HAMAS dan sebagainya, kenapa nak kena berjuang dan sebagainya??? Islam itu logik!!!

Jangan nak kata Islam tu tak logik, siapa yang sesat tak jumpa jalan sekarang???

Yang jahil,

Nobody

Anonymous said...

Salam semua,

Siapa yang Syiah dalam PAN?? Beritahu sekarang kalau bukan pondan!!! Bagi bukti sekali. Saya janji saya sendiri akan report kepada Jabatan Agama kalau benar!!!

Dulu Ulama besar Indonesia HAMKA (Haji Abdul Malik Karim Amrullah) pernah berkata, kalaulah sebab aku memperjuangkan Hadis aku dituduh Wahabi aku rela. Sebab masa tu asal tak bersefahaman je Wahabi, fitnah orang sana sini sampai ulama besar pun kena sekali.

Di Malaysia pun sama, Dr Maza, dituduh Wahabi juga.

Ditanya sebab apa? Dr Maza belajar di Jordan. Dikatanya sebab mengikut Syekhul Islam Ibnu Taimiyah. Ibnu Taimiyah hidup beratus tahun lebih awal daripada Imam Wahab yang Wahabi tu, logik tak???

Di Arab Saudi, contohnya perempuan tak boleh memandu, tak boleh kerja kecuali dalam sektor perubatan dan pendidikan. Adakah Dr Maza menyarankan begitu??? Ulama pun kita berani fitnah!!!

Kita orang Islam buatlah cara Islam. Fitnah sana sini, ini amalan ahli sunnah wal jamaah ke???

Sekarang kalau tuduh orang syiah beri bukti, jangan jadi pondan!!!

Saya tunggu!!!

Yang jahil,

Nobody


Anonymous said...

kesian la ko nobody... gie ikut mat sabu baru ko tahu
ko bagi pendapat terserlah kebodohan ko.. logik ke nabi naik atas langit tanpa guna apa2 kenderaan? kalau logik dok akal ko mmg bodoh.. hanya org beriman je percaya.. cuba ko tnya org kapir ada ke dia percaya ??

Anonymous said...

Mat sabu sunnah waljamaah. Pas pula sumpah wal seranah. Oleh hadi awe. Dulu nik aziz pun dituduh syiah krn pi iran. Kesian paschai bodo. Kahkah

Anonymous said...

Paschai = Walaunchai

Anonymous said...

Erk...kumpulan taliban kot tuduh nik aziz syiah.. cuba cek betul2 beberapa pemimpin dlm PAN.. takut nnti dr parti PAN kpd parti syiah malaysia.. huhu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails