Friday, September 18, 2015

Status Parti AMANAH Di Mata PAS. Menurut Abdul Hadi

APA status Parti Amanah Negara di mata PAS? Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang hari ini menegaskan parti itu tidak akan menjalinkan tahaluf siyasi atau kerjasama politik dengan 'pihak yang melakukan khianat'.

Walaupun, tidak disebutkan nama parti itu, seperti dilaporkan Malaysiakini hari ini, tetapi dipercayai merujuk kepada Parti Amanat  Negara (AMANAH). Malah Abdul Hadi juga menyifatkan perbuatan mengkhianati perjuangan PAS itu "lebih teruk" daripada parti musuh.

Ahli Parlimen Marang itu berkata, mengikut "perjuangan Islam" PAS tidak boleh berkerjasama dengan mana-mana pihak yang memiliki rekod mengkhianati perjuangan.

"Tidak boleh sama sekali." katanya dalam satu klip video yang dimuat naik di akaun Facebook PAS semalam.

PAS berdepan penghijrahan sebahagian daripada pemimpin dan ahlinya ekoran 'pembersihan' kumpulan progresif dari parti itu dalam muktamar mereka Jun lalu. Kata Abdul Hadi, orang yang mengkhianati perjuangan parti itu hanya berdepan dua pilihan - "balik" (kembali kepada PAS) atau "dihapuskan".

Namun tidak dapat dipastikan maksud sebenar ungkapan "dihapuskan" itu. 
Rakaman video tersebut merupakan sedutan sesi soal jawab antara Abdul Hadi dengan peserta program Mukhayyam Tarbawi PAS kawasan Marang di Rusila, Terengganu pada 3 September lalu. (IH)

16 comments:

Anonymous said...

Mu gilo hadi..

Tengganu negeri mu pong tunggang langgang tak terambil2...apa barang

Anonymous said...

TEMBERANG LA PRESIDEN PAS NI.
TU YANG PKR CURI MP PAS TU TAK KE KHIANAT TAPI....
MASIH NAK BERSAMA PKR. APA LAGI MUFARAKAH LAH DGN PKR
CAKAP TAK SERUPA BIKIN

HURUF BESAR bermaksud bengkek ckp x selupa beykin

Anonymous said...

Kah3...
degar tu...
Wahai...walaun2 pas
hj hadi kata apa???
Takkan akan bekerjasama dgn parti yg khianat dgn pas...

Kita tengok dan lihat....

Ha3

Anonymous said...

Sayang tuan guru... jgn berkawan dgn org khianat dan dilaknat nnti kena bala.. tuan president PAN bergambar dgn cucu.. kah kah kah lucu-lucu

PokAmid said...

Berjuanglah bersendirian kerana hangpa kuat!!!
RUU Persendirian Hudud macamana tuan haji?
Tolong update sikit kepada rakyat!!

PokAmid said...
This comment has been removed by the author.
PokAmid said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

PAS dah kuat sebab otak org2 pas simpan dilutut. PAS dikenali PARTI AMAT SERAM. Ingat camana akhlak Rasulullah saw, ada pernah baginda memaki atau menghina org lain (muslim atau kafir) ? Ya Allah, engkau kembalikan akhlak islam pada pemimpin & ulama pas.

Unknown said...

Mu yang khianat , bila PR nak menang mu panggil Ku Li utk jadi PM, bukankah tu khianat.

Anonymous said...

Tendang ja hj hadi ni....
ngarut betoi la dia ni..
tengok...cakap Tuan Man sendiri dia cantas..
mmg ego la hj hadi ni

ramboo-t said...

Alhamdulillah.. Pengkhianat parti perlu bertaubat, pan tunduk pd dap bbdg takutkan allah..kami sapot ulamak demi menuju akhirat.

Anonymous said...

Aamiiin..ya rab..

Anonymous said...

PAN kena buang dulu tuan president kamu tu.. loser
Kepada pak amid.. dh tua2 pun sokong president amoi kamu tu ke??? Kah kah kah
Lihat dgn iman bukan dgn mata shj

Anonymous said...

Nakhoda hadi awang dah mabuk. Pas kena ganti dia dgn nik amar. Haha. Baru kelantan boleh dipertahan drp serangan umno. Haha

Anonymous said...

Mat yakob mb kelatan dah tk larat nk pimpin kelatan. No idea. No money. Mangsa banjir ramai lg dok dlm kemah. Nk serah kpd stopa jd mb pulak. Stopa byk pitih bole mintak dgn tok jib tuya. Stopa jd mb nk hiway 2 lapis pun bole. Haha

Anonymous said...

Tak ada ke macai pas nk komen 2 post diatas? Gwa rasa sengal otak. Pls bangkit ulamak pas yg hebat tu. Go pas go

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails