Wednesday, September 16, 2015

Pelancaran Parti Amanah Hari Ini. Lihat Lambang & Kepimpinan.


RIBUAN berpakaian warna jingga menghadiri pelancaran perdana Parti Amanah Negara (Amanah) di Shah Alam, hari ini.  

Dimulakan dengan ucapan daripada setiausaha agungnya, Anuar Tahir. Anuar dalam ucapannya berkata, parti yang baharu berusia 16 hari ini kini berjaya menarik lebih 30,000 ahli. 
Barisan Kepimpinan Parti Amanah.

Katanya, Amanah yang sudah mempunyai 105 cawangan menyasarkan 100,000 ahli sehingga hujung tahun ini. 

"Negeri penyertaan tertinggi ialah Kelantan, diikuti Johor dan Selangor. "Dalam tempoh 15 hari secara kilat menubuhkan 105 kawasan di seluruh Malaysia. Parti ini hanya wujud di peringkat nasional tanpa cawangan. 
"Setakat semakan semalam, 30,018 ahli baharu. Atas arahan presiden kita menyasarkan 100,000 ahli pada 31 Disember ini," katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Amanah merujuk kepada Mohamad Sabu. 

Turut hadir ialah Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang, Ahli Parlimen Kluang daripada DAP Liew Chin Tong dan Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail. (IH)

14 comments:

Anonymous said...

BAGUS.....HARAPAN ada harapan ganti PAChai.....Pas Berkechai...

lanlah said...

Jangan tinggal HARAPAN sudah. Apa pun tahniah.

lanlah said...

Jangan tinggal HARAPAN sudah. Apa pun tahniah.

Anonymous said...

Agak mengejutkan. Keahlian tertinggi adlh dr Kelantan kubu PAS

mansor said...

ini menunjukkan undi kemenangan PAS adalah kerana rasa tidak puashati warga Kelantan kepada BN bukan lantaran percaya kepada kemampuan PAS memerintah atau merealisasikan janji. Kini warga Kelantan mula mengubah pendirian kepada Amanah. PAS harus bimbang kerana warga Kelantan mempunyai trend mengundi yang radikal dan mereka tidak teragak2 mengundi calon yang datang dari negeri lain asal saja calon tersebut berjaya menjadi `oghe kito`.

Anonymous said...

PAS jngan dgn parti nyamuk ni...Pascai masih kuat dgn snjata baiah/wala'. Kabarnya ada tokoh2 trtinggi Pas pun dah mula lembut/neutral dgn parti baru ni & Adun/MP Pas ambil sikap 'wait & see' ..Ya baiah ya hana na Ya wala' wala'unn

Anonymous said...

SOKONG.......saya anak kel. Ahli UMNO tp dlm 3 PRU undi PR bukan niat nk undi PAS.... Pasti PRU14 KOMITED DGN PR

Anonymous said...

Bagaimana PAN yang mendakwa dirinya parti Islam tetapi PAN bersekutu dengan DAP yang menentang hukum Allah secara terbuka dan terang-terangan? Bukankah ini satu bentuk kemunafikan? Nabi Muhammad s.a.w. tidak akan bersekutu dengan musuh Islam !

Anonymous said...

Hahaha selamat maju jaya sehingga PRU 14 lepas tu bungkus la dia. Pesan untuk orang beriman Berpegang teguhlah kamu kepada Alquran dan Sunnah Rasul kamu tidak akan sesat selamanya. dan bagi orang Islam belum tentu beriman jika nak jadi orang beriman mesti teguh kepada Allah dan Rasul.

Unknown said...

Ya benar ...saudara. senario mbenci pascai di sini sudah melata. Tak sabar menunggu masa. Pas bkelebihan 2 kerusi pada 2004 itupun aura arwah tok guru masih ada. Inikan pula pascai terbentuk dengan kemarahan ramai kpd mat yaacob dan nik amar .

Unknown said...

Ya benar ...saudara. senario mbenci pascai di sini sudah melata. Tak sabar menunggu masa. Pas bkelebihan 2 kerusi pada 2004 itupun aura arwah tok guru masih ada. Inikan pula pascai terbentuk dengan kemarahan ramai kpd mat yaacob dan nik amar .

Anonymous said...

Sebuah parti baru mahu menjadi parti Islam tetapi ia bekerjasama dengan syaitan yang menentang hukum Allah.

Dari Angin said...

👍

deannmamat said...

syiah memang bersekutu dengan yahudi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails