Sunday, September 13, 2015

Kren Tumbang: Ini, Jemaah Haji M'sia Disahkan Meninggal Dunia.


PETALING JAYA: Jemaah haji warga Malaysia, Rusiah Suar, 56, disahkan meninggal dunia selepas terlibat dalam kejadian runtuhan kren di Masjidil Haram, Makkah pada Jumaat lalu. 
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pengesahan itu dibuat oleh Lembaga Tabung Haji yang membuat proses pengecaman jenazah melalui 108 gambar berdasarkan pengencaman diri, buku rekod kesihatan dan pas serta gelang pengenalan diri jemaah dan ujian DNA sekiranya diperlukan.
"Hari ini (Ahad) satu jenazah jemaah haji Malaysia yang telahpun dikenal pasti iaitu Allahyarhamah Rusiah Suar, 56 tahun dari Sungkai, Perak," katanya pada sidang media tergempar di Kompleks Tabung Haji di Kelana Jaya di sini, malam Ahad.
Sebelum ini, jumlah jemaah Malaysia yang masih belum dapat ditemui meningkat kepada lapan, demikian menurut Tabung Haji. Lapan mereka tidak dapat dikesan susulan tragedi kren tumbang di Masjidil Haram, Makkah, pada Jumaat.
Kejadian yang dikaitkan dengan cuaca buruk di Tanah Suci itu dilapor mengorbankan sekurang-kurangnya 107 nyawa dan mencederakan 238 yang lain. Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata mereka sedang mencari bantuan daripada Muasassah Asia Tenggara untuk membantu dalam mencari jemaah yang hilang.
Beliau berkata, 10 rakyat Malaysia yang cedera berada dalam keadaan stabil. Tabung Haji mempunyai 251 orang pegawai kesihatan termasuk pakar untuk merawat  jemaah-jemaah haji yang cedera dan sakit. Beliau berkata, kejadian berlaku pada jam 5 petang waktu tempatan (10 malam waktu Malaysia) berikutan ribut pasir dan hujan lebat. Seramai 30 orang lagi kakitangan Tabung Haji dihantar serta-merta ke tempat kejadian.
Senarai nama lapan jemaah Malaysia yang masih belum dapat dikesan sebelum ini:
1. Siti Nurolshlizan Zolkifli,37 - Tanah Merah, Kelantan  2. Shahidan Saad, 52 - Kodiang, Kedah. 3. Rohana Ismail, 54 - Kuala Krai, Kelantan 4. Abdul Habib Lahman,68 - Sik, Kedah 5. Zainun Taha,69  - Ampang, Selangor 6. Munah Jusoh,73 - Cherang Ruku, Kelantan. 7. Abdul Muluk Ishak, 71 - Pantai Remis, Perak  8. Rusiah Suar, 56 - Sungkai, Perak (Kini disahkan meninggal dunia.)
Rusiah Suar, 56 - Sungkai, Perak, kini disahkan meninggal dunia. (IH)

7 comments:

Anonymous said...

PATUTNYE JAMIL YANG MAMPOS,NAJIB KE,ISMEE KE ATAU ANAK HINDU PARIA TU

Anonymous said...

Inna lillah wainna ilaihi raajiuun

Anonymous said...

Hadi bila nak jalan meninggalkan pas.
Biar tuan ibrahim naik. Barulah pas dihormati kembali. Baru sedap aku takbir.

Anonymous said...

Saya ni kaki bangkang juga tp tk la sampai mendoakan kematian org lain. Alfatiah pd semua mangsa tragedi di mekah

Anonymous said...

Maksudnya keluar meninggalkan pas.

Anonymous said...

Semak la aku tengok hadi dengan haron ni dakam pas.

Anonymous said...

Al Fatihah la. Tapi jangan ada pulak pandai2 keluar fatwa mati syahid. Mati syahid dgn mati azab lain. Tu nampak mcm mati sakit.
Ana tgk dlm CCTV budak tu terlompat2 dekat masjid. Sini petunjuk Allah bagi org pegi Mekah buat masjid dan rumah Dia mcm funfair, disneyland pusat tumpuan pelancong. Buat bisnes jual cincin, kayu koka, pakej2 hotel mewah dgn harga yg bukan2 tu tak kira lagi. Kalau mcm umat melayu ni bisnes tabung haji, niat nak tolong orang. Tapi bila dapat duit hasil haji tu dia labur dekat Bukit Bintang. Yg beramal pulak takde tertib. Ke hulu ke hilir, terpusing pusing pakai mcm sami hindu. Cuba tgk masa thaipusam sami hindu pakai ihram kuning jln kaki sampai batu caves. Sama la mcm diorang pakai ihram haji hari ni. Ciplak hindu punya pakaian.

Siapa boleh bagi nas ihram haji kena pakai mcm sami hindu?
Sapa boleh bagi bukti Allah Taala suruh tawaf Kaabah pusing sampai 7 kali?
Apa sebenar yg dimaksudkan ihram dalam Alquran?

Kalau ada ustaz, haji, ahlus sunnah ke nak bangkang soalan ana mempersoalkan hukum kitab2 diorang ni. Sila kemukakan dalil2 yg sahih.
Belum wukuf lagi dah kena azab.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails