Wednesday, August 19, 2015

GHB, Tidak Ancam BN, PAS, Tetapi Sasar PKR. -Pengarah Strategik BN.

Bekas Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu, kini GHP.

Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN

Pengarah Komunikasi Strategik Barisan Nasional (BN) Datuk Abdul Rahman Dahlan yakin apa pun tindak-tanduk parti pembangkang termasuk harapan Penasihat DAP Lim Kit Siang agar wujud pakatan pembangkang baharu selepas pelancaran parti Gerakan Harapan Baharu (GHB), tidak akan memberi ancaman kepada BN.

Malah Rahman yang juga menteri kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan menjangka GHB yang dikatakan akan dilancar pada 31 Ogos ini akan terkubur seperti parti serpihan yang pernah wujud di negara ini, sebelum ini.

"Kita tidak akan terjejas dengan apa pun tindakan parti pembangkang. Sama ada pembangkang mahu mengambil semangat Semangat 46 dulu, Angkatan Perpaduan Ummah dan Pakatan Rakyat, tidak akan menyakitkan kepala kami dalam BN.
“Yang penting kepada BN ialah meneruskan tradisi berkhidmat kepada rakyat dan memastikan keselamatan dan kestabilan ekonomi dan perpaduan sebagai teras utama," katanya.

Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat khas bencana di Pejabat Daerah Kota Belud malam tadi.

Beliau berkata berdasarkan pengamatannya, GHB tidak akan mampu menarik ahli PAS dan Umno untuk menyertai perjuangan mereka kerana ahli kedua-dua parti berkenaan sangat berdisiplin dan berprinsip sebaliknya sasaran keahlian GHB adalah daripada PKR.

"Jadi PAS tidak akan terjejas, Umno juga tidak akan terjejas. Insya-Allah, GHB akan terkubur seperti mana harapan (parti-parti) lain sebelum ini,” katanya,

Menyentuh kenyataan Lim dalam sebuah portal berita yang meminta Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan beliau kerana menyebarkan berita palsu, Rahman berkata jika pembangkang boleh percaya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menukarkan penjawat awam bagi menyekat siasatan dalam pelbagai isu, maka mereka juga perlu percaya teori terdapat cubaan untuk mengaitkan Najib dengan jenayah.

Dalam temu bual Rahman dengan portal berita itu, beliau yang juga ahli Parlimen Kota Belud berkata beliau tidak menyentuh sama ada kertas pertuduhan itu wujud seperti yang didakwa Lim.

"Sama ada wujud kertas pertuduhan itu atau tidak, kami serahkan perkara itu kepada ketua polis negara untuk menyiasat dan menerangkannya. Saya tidak mempunyai maklumat mengenainya," katanya.

Rahman berkata mungkin usia Lim menyebabkan pemimpin DAP itu tidak memahami maksud sebenar artikel berkenaan. – Bernama

2 comments:

Anonymous said...

Rahman salah. GHB akan menarik ahli2 PAS yang moderate, Ahli2 Umno dan juga golongan Muslim muda. Malah Parti Amanah Rakyat akan mendapat sokongan bukan Muslim. Alhamdullihah.

cucu mamak kutty said...

pas akan berkubor,beratus ribu akan meninggalkan pas dan akan ramai lagi tinggalkan pas bila pas UG dgn umno,ibnu hashim akan jadi macai yg mcm cicak berak kapor

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails