Wednesday, August 19, 2015

Baiah PAS: Lihat 7 Perkara Ini, -Nik Muhammad Zawawi.

NIK MUHAMMAD ZAWAWI NIK SALLEH - Foto Sinar Harian oleh SHARIFUDIN ABDUL RAHIM

Nasihat untuk isteri YB Pas yang mahu lompat
ISU bai'ah yang berserta dengan taklik cerai talak tiga antara topik paling hangat dalam membicarakan keretakan terbesar dalam sejarah Pas.

Ini kerana calon-calon parti itu yang bertanding pada pilihan raya lalu dikatakan telah berbai'ah dengan 'mencagarkan' rumah tangga mereka iaitu jatuh talak tiga terhadap isteri masing-masing seandainya melompat parti atau meninggalkan Pas setelah menang pilihan raya.

Isunya, Pas kini berhadapan dengan perpecahan serius.

Beberapa wakil rakyat Pas kini difahamkan berkira-kira hendak melakukan lompatan terbesar dalam karier politik mereka, meninggalkan Pas untuk menyertai sebuah parti baharu yang masih dalam proses pendaftaran, Gerakan Harapan Baru.

Mereka bagaimanapun enggan melepaskan jawatan wakil rakyat seperti yang didesak oleh pemimpin-pemimpin parti itu. Untuk lebih jelas mengenai apa itu bai'ah dalam Pas, Sinar Harian diwakili Timbalan Pengarang Berita, MUHAMAD MAT YAKIM dan wartawan,MOHD HAFIZ ISMAIL juga jurufoto, SHARIFUDIN ABDUL RAHIM menemubual Setiausaha Majlis Syura Ulamak Pas, DATUK DR NIK MUHAMMAD ZAWAWI SALLEH.

Minta Ustaz terangkan mengenai bai’ah dalam Pas?

Bai’ah dalam Pas adalah sebagaimana yang terdapat dalam bai’ah dalam fiqh al Islam. Dalam sirah Nabi Muhammad SAW, Rasulullah menyatakan mengenai bai’ah antara bai’ahnya adalah Bai’ah An Nisa’, Bai’ah Ridhaaun, aai’ah aqabah dan banyak lagi bai’ah-bai’ah lain yang dilaksanakan oleh Rasulullah dengan tujuan supaya umat Islam terikat dengan dasar-dasar yang diperjuangkan oleh Islam dan umat Islam terikat dengan peraturan yang ditetapkan oleh Rasulullah walaupun peraturannya adalah sangat mencabar.

Jadi kita sebagai parti Islam mengambil semangat daripada sirah ini untuk dilaksanakan dalam parti. Pas sangat berpengalaman dalam dunia politik di negara ini dan berhadapan dengan bermacam-macam dugaan, jadi kita ambil kaedah bai’ah ini supaya kita tahan menghadapi ujian, sama ada ujian dalam bentuk dalaman dan luaran. Sebab itu, bai’ah yang kita perkenalkan ini adalah salah satu sunah yang diperkenalkan oleh Nabi Muhammad SAW.

Dalam konteks Pas, bai’ah ada dua, pertama bai’ah kepada ahli umum iaitu apabila mereka mengisi borang (keahlian) Pas. Bagaimanapun itu kita tidak kita namakan ia sebagai bai’ah (tetapi sebagai ahli) mereka telah mengaku untuk duduk dalam Pas menegakkan syariat ALLAH.

Bagi peringkat kepimpinan pula, dalam konteks politik negara kita yang cukup mencabar, maka kita perkenalkan bai’ah kepada calon yang akan bertanding pilihan raya. Isu beli calon, isu lompat parti, isu khianat kepada parti (jadi cabaran bagi kita), jadi kita dalam Pas mahu parti Islam berbeza dengan parti-parti lain, maka kita mengambil inti pati dalam sunah kemudian kita laksanakan dalam parti kita.

Kita buat bai’ah untuk ikat calon biar dia istiqamah dengan perjuangan Islam kerana metod perjuangan Islam adalah satu perjuangan yang sangat banyak ujian. Apabila kita ikat dengan bai’ah, dia ada ketahanan. Sebelum bertindak, dia akan ingat pada janji dia dengan parti atau janji dia dengan bai’ah yang dilafazkan sebelum masuk bertanding dalam pilihan raya.

Kandungan bai’ah itu bagaimana?

Untuk ahli, kita tidak namakan bai’ah pada umumnya tetapi apabila dia mengisi borang keahlian Pas, maka dia memahami janji dia dengan Pas untuk mentaati segala peraturan yang ada.

Kita kaitkan perkara ini dengan nama ALLAH SWT dan Nabi Muhammad SAW, maka apabila satu perjanjian dikaitkan dengan nama ALLAH dan rasul, maka perjanjian itu kita namakan sebagai bai’ah iaitu bai’ah antara manusia dengan ALLAH SWT.

Ada pun bai’ah membabitkan calon-calon yang bertanding perlu saya jelaskan bahawa, pertama kita beri pilihan kepada orang yang mahu bertanding atas tiket Pas.

Kalau dia mahu bertanding atas tiket Pas, kita  beritahu dalam Pas i ada bai’ah, jadi dia kena patuh. Tetapi kalau tidak mahu kepada bai’ah, maka dia tidak perlu bertanding atas tiket Pas.

Dia boleh bertanding atas tiket mana-mana parti lain. Jadi sebab itu, isu melanggar bai’ah adalah satu isu yang besar kerana bai’ah adalah pilihan untuk calon, bukan paksaan parti.

Apabila seseorang itu memilih untuk jadi calon dan berbai’ah, maka dia kena akur bahawa bai’ah adalah janji dia dengan ALLAH SWT yang paling besar, janji dia dengan Rasulullah, janji dengan para malaikat, janji dia dengan kepimpinan dalam parti dan seluruh pengikut yang ada dalam Pas.

Apakah ada panduan tetap bai’ah dalam Pas?

Dalam Pas, Majlis Syura Ulamak putuskan bahawa bai’ah adalah satu lafaz. Cuma kita dapati ada negeri yang menambahkan lafaz. Jadi bagi Majlis Syura Ulamak, kita tidak menghalang apa yang mahu ditambah kerana kalau kita lihat dalam bai’ah Rasulullah berbeza Bai’ah Aqabah dengan Bai’ah Ridhuan.

Apabila kita meletakkan sesuatu lafaz, maka lafaz itu diguna pakai oleh semua calon wakil rakyat dan hampir semua negeri kecuali saya difahamkan di Kelantan ditambah sedikit dalam lafaz bai’ah.

Kita dalam Majlis Syura Ulamak tidak menghalang tetapi lafaz yang diluluskan oleh Majlis Syura Ulamak adalah lafaz yang jelas.

Inti patinya supaya wakil-wakil rakyat tidak mengkhianati parti, amanah dan mengikat bai’ah dengan bersumpah atas nama ALLAH, Nabi Muhammad SAW, malaikat dan sekiranya ia dilanggar, maka mereka akan dilaknat oleh ALLAH, para malaikat dan sekalian makhluk yang boleh melaknat.

Bai’ah ini berbeza dengan qasam (bersumpah atas nama ALLAH) yang boleh kita kafarah. Adapun perkara yang membabitkan bai’ah iaitu janji kita dengan masyarakat umum, di mana mereka beri amanah kepada kita maka kita mengadakan bai’ah sebagaimana Rasulullah mahu melakukan sesuatu yang besar pembukaan Kota Suci Makkah, Rasulullah berbai’ah yang dipanggil Bai’ah Ridhuan dan ia berbeza dengan Bai’ah An Nisa’ dan Bai’ah Aqabah dan sebagainya. Sebab itu bai’ah itu berbeza dengan qasam.

Sejak bila bai’ah calon  Pas diperkenalkan?

Saya kurang ingat bila Pas mulakan bai’ah kepada calon wakil rakyat tetapi kalau ditelusuri perjuangan Pas,  kita dapat lihat perkembangan yang positif.

Masa mula Pas ditubuhkan, belum ada bai’ah kerana ujian ketika itu tidak besar dan orang yang bertanding atas tiket Pas waktu itu tidak bercakap tentang menang kerana tujuan bertanding hanya untuk tidak beri peluang kepada Umno menang percuma. (SH)


Video:

Bai’ah Pas: 7 Perkara Anda Perlu Tahu





4 comments:

Anonymous said...

Apakah perlu berbaiah jika pemimpin lihat ada perkara yg boleh merosakkan parti. Dan pemimpun tertinggi cuba memekakkan telinga.

Anonymous said...

Kalau zaman Rasulullah betul la konsep bai'ah tu. Tapi dalam konsep parti PAS sekarang, adakah kita boleh samakan bai'ah itu dengan bai'ah dalam parti PAS sekarang?

bat8 said...

Tuan Haji

Pada saya, kita kena melihat dulu siapa yang memberi pendapat. Pada saya ini penting dalam isu membabitkan hukum ugama. Kedua, Ustaz Nik Zawawi bercakap pasal baaiah secara umum yang tidak membantu menyelesaikan apa yang berlaku sekarang. Secara spesifik Nik Zawawi setelah memberi penerangan panjang lebar meng3nai baiah dan penggunaannya mendapat kebenaran MSU - Nik Zawawi perlu mengaitkan dengan isu sekarang apabila ada Adun dan Ahli Parlimen yang dikalahkan secara kotor oleh puak Nik Zawawi itu mahu meninggalkan parti bersama jawatan Adun dan AP yang disandang. Usaha menghapuskan golongan ini telah dibuat dgn cara penuh berhelah sejak pemilihan 2012 lagi.

Ini persoalan yang Nik Zawawi perlu jawab dengan jelas tanpa cuba berhelah. Jawapan Nim Zawawi ini adalah kesinambungan usaha yg dilakukan bagi menghapuskan puak mat sabu yang puaknya telah ssembelih dalam satu acara penyembelihan beramai-ramai secara terancang dalam pemilihan dulu.

Tak ke pelik...dulu mereka menggunakan pelbagai cara yang menjolok mata untuk menghapuskan puak ini dari PAS dan telah berjaya, sekarang apabila menyedari ada dikalangan puak yang mereka hendak hapuskan ini adalah Adun dan Ahli Parlimen - mereka mula berhelah menggunakan isu baiah untuk menghalang Adun dan Ahli Parlimen ini keluar dari PAS sekurang2nya sehingga PRU 14 nanti. Cantik sungguh helah ulamak UG dalam PAS. Ugama pun mereka guna bila mereka tersepit!

Kita tahu jawatan Adun dan AP PAS yang ada selepas PRU 13 adalah jawatan yang dimenangi diatas platform dan manefesto PR. Kesemua Adun dan AP PR walaupun menggunakan logo parti masing2 dalam PRU 13 lepas, hakikatnya mereka bertanding diatas platform dan manefesto PR. Bertanding diatas paltform dan manefesto PR dalam PRU 13 tetapi menggunakan logo parti masing2 perlu diperjelaskan.

PR telah lama cuba mendaftarkan PR sebagai satu gabungan seperti BN dimana mereka boleh menggunakan secara rasmi platform, manefesto dan logo khas sebagaimana BN. Atas helah dan muslihat BN, pendaftaran PR tidak diluluskan sampailah PR itu berkubur. Atas dasar inilah maka semua calon PR dalam PRU 13 menggunakan logo parti masing2 tetapi berkempen diatas platform dan manefesto PR. Penggunaan logo parti masing2 itu adalah helah PR yang disebabkan kekangan perundangan - pendaftaran PR xdiluluskan untuk memberi kelebihan kepada BN.

Nik Zawawi tak tahu ke hakikat ini? Tak tahukah alasan-alasan keputusan Majlis Presiden PR mengambil keputusan mengapa setiap calon PR kena menggunakan logo parti masing2 dalam PRU 13? Rasanya Nik Zawawi tahu kerana jawatan yang dipegang oleh Nik Zawawi dalam PAS adalah tinggi - SU DUPP, SU MSU.....habis mengapa sorot fakta ini dalam mengulas isu baiah ini?

....bersambung

Anonymous said...

Islam adalah Islam...pas adalah parti berpegang pada dasar Islam ...tidak ada tolak ansur...ikut kalau mahu ...kalau tidak mahu jangan ikut sama... pergi main tempat lain, jauh-jauh ...apa susah..??? bila ada tolak ansur dalam pegangan Islam, Islam akan diperdagangkan dengan harga yang sangat murah...itu tegahan dari Allah SWT sendiri .....!!!!!!!!!!!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails