Wednesday, August 19, 2015

Hollywood ‘gam’ Artis Penelope Cruz Hanya Kerana Simpati Pada Gaza.

Sokong Gaza, Penelope Cruz Dikecam Artis dan Bos Hollywood
HALAMAN HIBURAN
ARTIS Penelope Cruz dan suami, Javier Bardem akan menanggung tempias akibat bahang kemarahan dari kalangan penerbit Hollywood, yang berjanji akan bertindak untuk menyingkirkan pasangan berdarah Sepanyol itu, dari industri hiburan mereka.
Pasangan pemenang anugerah Oscar itu, didapati turut serta menurunkan tandatangan pada surat terbuka yang menyuarakan bantahan berhubung ”pembunuhan bagi menghapuskan penduduk Gaza yang dilakukan oleh tentera penjajah rejim Israel, sekarang.”
Menurut IB Times/Days of Palestine, surat terbuka itu mendakwa penjajah rejim Israel itu, ” semakin memasuki wilayah Palestin yang sepatutnya mereka perlu berundur dari garis sempadan 1967 ” dan ” kehidupan yang terpaksa dilalui penduduk di Gaza sungguh sengsara … sedangkan masyarakat antarabangsa tidak berbuat apa-apa. ”
(sumber : http://www.imemc.org/
penterjemah : zainudin mhd ali)a

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails