Thursday, August 20, 2015

1.68 Juta Menderita Mati Pucuk. Perlukan Hospital Khusus..


PENGGUNA
KUALA LUMPUR – Beban kerja yang melampau menjadi antara punca seramai 1.68 juta lelaki Malaysia berusia 40 tahun ke atas mengalami masalah mati pucuk.
Angka itu mewakili hampir 40 peratus daripada kira-kira 4.5 juta lelaki melebihi umur 40 tahun di negara ini.
Pakar Perunding Sakit Puan Universiti Monash, Prof. Madya Dr. George Lee Eng Geap berkata, beban kerja menyebabkan seseorang lelaki mengalami tekanan sekali gus mengganggu kelancaran darah ke alat kelamin.
“Kelancaran aliran darah ke alat kelamin yang terganggu menyukarkan zakar menjadi tegang dan menyebabkan lelaki tersebut menderita masalah mati pucuk.
“Gaya hidup seperti terlalu banyak makan makanan berlemak dan bergula, menghisap rokok dan minum alkohol juga menjadi penyumbang kepada statistik itu,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini semalam. (Kosmo!)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Demi generasi yang sihat, perlukah diwujudkan hospital yang khusus bagi penyakit mati pucuk seperti hospital jantung dan lain-lain?
Ingat pesan Nabi Muhammad SAW darihal cara makan yang sihat, "Aku takkan makan kecuali merasa lapar, dan akan berhenti sebelum kenyang." Cara pemakanan yang tidak sihat, itulah punca menggamit kepelbagaian penyakit, termasuk mati pucuk.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails