Wednesday, August 19, 2015

Turki: Gagal Bentuk Kerajaan Campuran, P'raya Mengejut?

REUTERS - Ahmet (kanan) berjabat tangan dengan Devlet semasa rundingan di Ankara, Turki kelmarin
ANKARA – Perdana Menteri Turki, Ahmet Davutoglu kehabisan pilihan untuk membentuk kerajaan campuran dengan negara berkenaan kini berdepan pilihan raya mengejut, beberapa bulan selepas pi­lihan raya umum diadakan pada 7 Jun lepas.
Parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) kehilangan majoriti dalam pilihan raya umum tersebut untuk kali pertama kali sejak AKP mula berkuasa pada 2002 sekali gus memberi tamparan hebat kepada Pre­siden Recep Tayyip Erdogan.
Ahmet sebelum ini menemui pemimpin Parti Gerakan Nasionalis (MHP), Devlet Bahceli di Ankara yang dilihat peluang terakhir untuk membentuk kerajaan campuran.
Namun, Ahmet memberitahu bahawa tiada persetujuan dicapai dengan MHP yang memenangi undi ketiga tertinggi pada pilihan raya lalu.
“Devlet memberitahu bahawa beliau melihat tiada kemungkinan untuk membentuk kerajaan bersama AKP.
“Saya telah melakukan segala-galanya dan mencuba semua formula. Namun, tiada jalan untuk kerajaan campuran,” katanya kepada pemberita di Ankara.
Pada khamis lalu, Ahmet mengumumkan kegagalan rundingan selama beberapa minggu dengan Parti Republik Rakyat (CHP) yang menduduki tempat kedua dalam pilihan raya tersebut.
Menurutnya, situasi terkini memaksa pilihan raya mengejut diadakan sebagai jalan terakhir untuk menyelesaikan kemelut politik Turki.
Tarikh pilihan raya ber­kenaan belum diputuskan, namun beberapa penganalisis menjangkakan ia diadakan pada 22 November depan. – AFP

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails