Tuesday, August 18, 2015

Akar Umbi Harap Khalid Ibrahim Istiqamah.. Dengan Sertai PAS..


Oleh USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT

"Harap TSKI Istiqamah, Pelawa Sertai PAS"

1. Mantan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim (TSKI) dipelawa untuk bersama perjuangan PAS agar terus beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya.

2. Sesungguhnya beliau telah menunjukkan teladan dan pencapaian serta integriti yang dikagumi, cemerlang lagi terpuji semasa mengetuai pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

3. Adalah wajar dengan pengalaman, kesungguhan serta rekod tersebut dilestarikan demi kepentingan rakyat dan negara yang sememangnya memerlukan ahli dan tokoh politik amanah juga gigih seperti beliau.

4. Karier politiknya tidak harus berakhir begitu sahaja apabila tamatnya penggal pilihan raya kali ini, setelah beliau terdahulu meninggalkan dunia korporatnya demi menghambakan diri dalam politik untuk berkhidmat kepada rakyat.

5. Beliau memerlukan satu tapak teguh dan kukuh dalam realiti persaingan politik Malaysia ini di mana kelazimannya menuntut perjuangan individu itu adalah menerusi penglibatan bersama parti politik sedia ada. Sehubungan itu bahtera PAS adalah yang sesuai, selari dan terbaik untuk Tan Sri Khalid.

6. Saya menyeru beliau untuk tidak bertangguh lagi dan khususnya Pemuda PAS Negeri Kedah bersedia memberikan slot khas menerima penyertaan beliau pada Himpunan Anak Muda bersempena Himpunan Tolak BN yang akan berlangsung pada Sabtu, 22 Ogos ini di Kompleks PAS Kedah, Alor Setar.

USTAZ MOHD AZAM ABD SAMAT
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Kedah


Komen Weblog Ibnu Hasyim: Golongan akar umbi, termasuk weblog ini, mengharap Khalid Ibrahim terus beristiqamah membina Malaysia ke arah lebih makruf dan berjaya, dengan menyertai PAS. Insya Allah. Mari kita sama-sama berdoa..

Lihat sebelum ini..

6 comments:

Anonymous said...

Si Khalid ni sudah tidak relevan lagi. Banyak kelemah beliau semasa menjadi MB. Terimalah hakikat ini. PAS pun sudah tidak relevan lagi di Selangor. Selangor mantap sekarang di bawah Azmin Ali. Sebenarnya kes Khalid-Saifuddin diselesaikan dengan campur tangan Anwar. Bukan bererti Khalid benar atau Saifuddin salah. Anwar hanya mahu perdamaian. Apatah lagi Selangor sekarang mantap di bawah Azmin. PAS sudah tak ke mana biarpun Khalid masuk PAS.

Anonymous said...

Khalid masuk PAS?
Kedudukan ADUN selangor jadi PAS-16, DAP-15 dan PKR-13.
Apakah PKR mahu jadi MB lagi?
Atau PAS tak kesah?
Apa kata DAP?

Menarik juga kalau Khalid masuk PAS...

Anonymous said...

PAS dan pemimpin suka bergaduh walau pun dengan pemimpin yang dipimpin itulah sebabnya semua pemimpin tak suka lihat pabila TSKI berdamai dengan Saifuddin mereka lebih seronok masuk mahkamah seperti kes presiden dengan pil kudanya wal presiden itu lebih faham tentang bermaafan sesama islam jika isue yang berlaku itu fitnah .

Anonymous said...

sokong penuh tski masuk pas lepas tu jadikan mb kat mana2 negeri yg pas akan menang (itu pon klau ada menang)tak pun lantik jd mb kelantan ganti mat akop gerenti kelate akan jadi mcm selangor krna tski hebat

Anonymous said...

Ape kau kata Pas tak releven.semenjak Pas putus sgn Dap sokongan Melayu terhadap Pas naik 100%.Tak lama lagi aka asa tokoh besar Cina atau sami Cina yg akan maauk Paa.Jangan terperanjat pulak.

Anonymous said...

Ibnu Hasyim dan pak lebai PAS patut sembahyang hajat dan berdoa supaya Anwar Ibrahim dibukakan hatinya masuk PAS. Kalau Anwar masuk PAS ,parti ini pastinya akan lebih meriah. Dan jangan lupa berdoa semogga Gelaran Peliwat No 1 Malaysia dihilangkan oleh tuhan. Kah...kah..kah....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails