Friday, August 21, 2015

Mengembara Gaya Baru, Sambil Berkerja & Mendidik Guna Bas Terpakai.

AGENSI - KELUARGA Rob mengembara ke seluruh Australia sejak tiga tahun lalu menggunakan sebuah bas terpakai.

JOM KREATIF
QUEENSLAND, Australia – Sebuah keluarga di sini sanggup meninggalkan kerjaya dan perniagaan mereka semata-mata mahu mengembara menggunakan bas sekolah terpakai sejak tiga tahun lalu.
Idea itu tercetus apabila Rob dan Michelle Catania mendapati mereka kurang meluangkan masa bersama anak mereka iaitu Jade, 8, dan Henry, 5.
Rob memberitahu, dia sebelum ini banyak menghabiskan masa menguruskan perniagaan pengubahsuaian dapur dan bilik air menyebabkan dia hanya mampu menceritakan mengenai keseronokan mengembara daripada pengalaman orang lain kepada kedua-dua anak mereka.
Selepas berfikir panjang, dia membeli sebuah bas sekolah pada harga A$15,000 (RM45,200) dan mengubah suai menjadi kenderaan karavan yang lengkap untuk kegunaan harian.
“Kami memerlukan sebuah kenderaan yang besar untuk memuatkan seisi keluarga dan sesuai untuk kelas persendirian kerana kami mengajar kedua-dua mereka di dalam bas tersebut,” kata Rob.
Bas tersebut turut dijana dengan sistem solar selain mempunyai kelengkapan dapur bagi memudahkan mereka memasak.
Bagi menampung perbelanjaan, Rob dan isterinya melakukan pelbagai pekerjaan sepanjang perjalanan mereka termasuk membaiki peralatan pertanian, memandu bas dan bercucuk tanam.
Selain itu, mereka turut menyediakan perkhidmatan nasihat menerusi laman web, Free Range Camping bagi membantu pengembara mencari tapak meletakkan kenderaan karavan mereka. – Agensi
Lihat sebelum ini..
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)
E-Buku IH-103: Kisah-kisah Jom Kreatif (4)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails