Tuesday, August 18, 2015

Cadangan Terbaik PAS-GHP, Bentuk Majlis Tahkim. -Tim Pesuruhjaya PAS Perak.

Oleh USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI

1. Saya berpendapat PAS dan Harapan Baru tidak boleh hanya membuat kenyataan dalam kemelut yang masih berpanjangan ini.

2. Pendekatan terbaik yang tidak merugikan mana-mana pihak hendaklah diusahakan bagi menyelesaikan isu ini.

3. Pendekatan "menang-menang" adalah yang terbaik dalam penyelesaian. 

4. Saya mencadangkan supaya dibentuk Majlis Tahkim yang dianggotai oleh mana-mana pihak atau individu yang saling dipercayai oleh PAS dan Harapan Baru. Majlis Tahkim hendaklah menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian isu ini.

5. Tokoh-tokoh ulama, politik dan gerakan Islam luar negara yang sering menjadi rujukan PAS dan Harapan Baru juga boleh menganggotai Majlis Tahkim. Ulama tersohor seperti Dr Yusuf Al Qardhawi adalah salah seorang ulama terbaik bagi menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu ini.

6. Penglibatan tokoh-tokoh Islam antarabangsa dilihat perlu, kerana mereka juga mempunyai pengalaman dalam menghadapi pergeseran dalam jamaah Islam.

7. Di negara kita, tidak kurang tokoh-tokoh hebat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan untuk menyertai Majlis Tahkim yang dicadangkan bagi mencari penyelesaian ini.

8. Para ulamak, ahli akademik, veteran dan pemerhati politik yang saling dipercayai oleh kedua-dua pihak hendaklah tampil menawarkan diri bagi penyelesaian isu yang merugikan ini.

9. Situasi politik di Malaysia sekalipun panas, tetapi tidaklah sekronik persengkataan politik dunia luar. Masing-masing pihak hendaklah sering menghentikan serangan-serangan politik yang tidak mengungtungkan.

Beristiqamah Hingga Kemenangan
USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

 http://wadahbaru.blogspot.com/

11 comments:

Anonymous said...

Idea yang terbaik untuk menyatukan pengikut TETAPI apakah cadangan ini di persetujui oleh presdien dan Mursidul Am Pas?,nanti idea ini jadi debu2 berterbangan aje,

Anonymous said...

Inilah pandangan dan harapan dari akar umbi keahlian PAS tapi seperti ahli semua sedia maklum hadi awang yang keras kepala dan bongkak itu mahukah menerima sedang TITM sendiri telah menujukkan kesedian untuk berbaik tapi apa yang dijawab oleh hadi bacalah sendiri tek ucapan dia bukan hendak dengar nasehat bahkan boleh kata pula itu pandangan TITM apakah itu pandangan dari seorang yang mengaku presiden,mungkin hadi awang tak faham bahasa orang lain selain dari bahasa orang terangganu loghat terangganu semuan berhunjungkan ang contoh pinggan jadi pinggang talipinggang pun jadi talipinggang juga jadi semua sebutan bunyi ang tuan presiden jadi presidang ,mungkin ini penyebabnya pil kuda semua keluar bila hadi awang bercakap,pil kuda mungkin hadi hadi bermaksud kacang kuda bagi negeri selain dari terangganu.bertambah celarulah sekarang ini .

Unknown said...

Masaalahnya hanya Tuan Ibrahim Tuan Man sahaja yang akan menyokong TGHH dan Mursidul Am sudah mentel block sebab di kelilingi oleh orang yang berkepentingan. Ada eloknya PAS buat keputusan dulu sbb GHB sedia utk berbincang

Anonymous said...

Org GHB jgn dok sibuk la.. jaga president kamu tu elok2
Phuiii...

Anonymous said...

hj hadi lebih baik berehat. dah lama pimpin tp yg terhasil cuma perpecahan. beri peluang org lain pula, tp bukan anak menantu atau kroni dia

Mat Bon said...

Saya sokong, moga2 ada beberapa pemimpin PAS dan GHB - dari peringkat tinggi dan pertengahan, memberi feedback untuk saranan ini. Saya berharap sangat-sangat TGHH dan UHD memberi pandangan mereka.

Anonymous said...

Sy pun berharap mat sabu boleh berehat dr arena politik.. sbbnya mat sabu telah memecah belahkan ahli pas dan idealoginya sudah tidak boleh diterima pakai.. apa ulasan anda?

Unknown said...

( Dlm konteks kelantan). Pas dpt menawan kelantan krn semangat 46. Wibawa dan ketokohan arwah tok guru mengukuh keadaan. Th 2014 pas menghampiri saat nazak. Menang dgn klebihan 2 kerusi. Tahun 2008 pas kembali bernafas segar krn aura anwar ibrahim. Pas menang besar hingga keluar kelantan. Skrng pas nampak angkuh dan ego. Berani bersuara unt bersendirian. Pas hanya beruntung ketika ini kerana umno sedang terpalit dgn kebejatan berskala besar kalau tidak mereka sudah dpt mengatur strategi. Kita tunggu dan lihat pada pru. Tmasuk nasib nik abduh. - ambo pengundi atas pagar.

siapa presiden? siapa yg lebih berkuasa utk menenangkan keadaan dan bertindak secara adil? fikir2 kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails