Saturday, August 22, 2015

BERSIH 4: PAS S'gor Tidak Melarang Ahlinya. -Iskandar Abdul Samad.


PAS Selangor tidak melarang ahlinya menyertai himpunan aman BERSIH 4 yang akan diadakan pada 29 dan 30 Ogos ini di ibu negara, tegas pesuruhjayanya Datuk Iskandar Abdul Samad.
"Ada tuduhan mengatakan PAS halang ahlinya turun, tetapi itu tak benar.
"PAS Selangor tak pernah halang ahli untuk turun menyertai himpunan BERSIH 4. Tidak ada masalah untuk mereka sertai himpunan itu. Apa yang penting ialah ia selamat dan aman," katanya kepada pemberita selepas majlis pendaftaran dan pelancaran Rumah Selangorku, di Setia Alam hari ini.
Diminta mengulas berhubung penyertaan Unit Amal PAS pada himpunan itu nanti, Iskandar berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenainya.
"Itu saya tak tahu sebab saya bukan dalam unit tersebut," katanya ringkas sebelum berlalu meninggalkan majlis.
Perhimpunan BERSIH 4 dijadualkan berlangsung pada 29 dan 30 Ogos ini di tiga kota besar, iaitu Kuala Lumpur, Kota Kinabalu dan Kuching.
Kuala Lumpur menjadi lokasi terbesar himpunan itu di mana penganjur BERSIH 4, Maria Chin Abdullah menjangkakan lebih 100,000 akan menyertai mereka.
Malah, Maria Chin juga merancang berarak daripada lima tempat tumpuan pelancong di sekitar bandar raya Kuala Lumpur menuju ke Dataran Merdeka dan bermalam di sana. (MK)

5 comments:

Anonymous said...

Nampaknya tuan dah melawan amaran presiden kita,Presiden mahu hanya hantar 3 wakil sahaja ,tetapi stuan seolah2 menggalakan ahli Pas ikut serta Bersih 4.apa kata tuah hj hadi nanti .Berani tuan Iskandar tanggung d risiko di pecat

Anonymous said...

Tuan yg komen diatas dengki ka?? Tuan president kami masih tak pecat geng ghb walaupun geng ghb membuat onar..

bat8 said...

Tuan Haji

Siapa Iskandar ni nak buat statement nacam ni? Dalam PAS sekarang statement yang bukan datang dari HH atau Haron Din memang xboleh pakai. Itu dulu masa PAS tergelincir dari landasan Islam sebenar senasa zaman UFN dan TGNA boleh le sbb depa dua org tu xbetul perjuangan Islam.

Sekarang HH dan geng UG dah kembalikan perjuangan PAS ke landasan sebenar. Jadi hanya HH dan HD sahaja yg boleh beri kata pemutus dlm semua perkara. Kenyataan sesiapa pun, jawatan apapun dlm PAS, jangan ambik serius kerana xtentu betul atau tidak dgn perjuangan PAS yang dah diperbetukkan oleh Hh dan geng UG. Tak mau pakai kangsung pun xpe sebab HH dan HD tak bagi kata muktanad kagi

Anonymous said...

Iskandar ni suka sangat bau babi dan lendir china doll,sebabtu beria2 sangat nak sertai bersih4.

Anonymous said...

Bat8 & Ano 6:42,

Jangan buat fitnah dan tuduhan melulu. Tak takut ke kamu kpd Azab Allah?

Ucapan Dato' Iskandar adalah selari dgn arahan PAS.

Rujuk Harakahdaily.net. PAS tidak pernah melarang ahlinya menyertai Bersih4, cuma PAS tidak mengerahkan ahlinya dan Unit Amal ke perhimpunan tersebut. Mana-mana Ahli bebas menyertainya jika mereka mahu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails