Thursday, August 20, 2015

400 Ahli, 3 Kawasan Letak Jawatan Di S'gor. Hancurkah PAS?


Kira-kira 400 ahli dan pemimpin PAS dari tiga kawasan PAS di Selangor hari ini mengumum meletak jawatan sama ada dalam parti atau jawatan yang mereka sandang, sementara menunggu untuk berpindah menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Ia termasuk 183 ahli dari kawasan Kota Raja, 227 ahli kawasan Kapar dan tiga orang dari kawasan Klang.

Naib Ketua PAS Kawasan Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata langkah itu bagi mengelak berlaku keadaan tidak menentu melanda PAS sebaik sahaja GHB menjadi sebuah parti politik dan lebih ramai ahli PAS keluar dan menyertainya.

Di Kota Raja, ketua kawasannya Jaafar Samsuddin dan timbalan ketua, Norhalim Sirome dan Siti Mariah mengumumkan peletakan jawatan mereka dalam satu sidang akhbar.

Ketua sembilan cawangan PAS dalam kawasan Kota Raja juga turut melepaskan jawatan masing-masing dalam parti itu.
Turut menyertai mereka ialah ahli jawatankuasa (AJK) kawasan Kapar, Razak Abdul Rashid dan AJK PAS kawasan Klang, Abdul Rashih Abdul Latiff.
GHB berkata peletakan jawatan beramai-ramai hari ini itu adalah sebagai permulaan di Selangor - mulai hari ini sehingga akhir bulan ini.
Penyelaras GHB Selangor, Izham Hashim mendakwa kawasan Shah Alam dan Kelana Jaya akan melakukan perkara yang sama, masing-masing esok dan dua hari kemudiannya.
Bagaimanapun, mereka yang meletak jawatan itu akan kekal sebagai ahli parti sehingga GHB rasmi menjadi sebuah parti politik.
Mereka kemudiannya akan menyertai entiti baru itu, yang secara automatik, menyebabkan keahlian PAS mereka terbatal, kata Izham. (MK)
Komen Weblog Ibnu Hasyim: Akan hancurkah PAS? Sejarah PAS membuktikan sudah 2 pemimpin nombor 1 PAS, lari keluar PAS dengan pengikut-pengikutnya, namun perjuangan PAS tidak mati.. Tambah kuat, ada!
Pemimpin boleh datang dan pergi, namun perjuangan Islam tetap berjalan terus.. Allahu Akbar!
(ahli PAS kini makin pesat bertambah) (IH)

13 comments:

bat8 said...

Tuan Haji

PAS tidak akan hancur. Persoalan yg timbul hanya adakah ada kesan penghinrahan nanti kepada PAS? Saya tak tahu. Kita tengok selepas Parti Amanah ditubuhkan. Bagi masa 6 bulan untuk menilai bagaimana kedudukan PAS dan Amanah.

Ibnu Hasyim said...

Ya, perjuangan Islam tidak akan mati. Kalau sama-sama ikhlas, kita akan bertemu dan bercantum balik, insya Allah! Perbedaan dan percambahan pemikiran memang ada, Konsep 'La ilaha illallah' adalah kalimah kesatuan. Kalau kita dilihat tidak bersatu, kerana sebenarnya kita 'berdua'. Mungkin lebih baik.

Cuma, bila berbalah jangan melampaui batas.

Anonymous said...



Selagi ada Siku dan Lutut, Cakar Rimau yg pemalu
Selagi siPONTENG bijak mencari idea fitnah sprt pilKuda, broka serta BARUA
Selagi itu lah PAS memang gagah kuat dan hebat,,dan pasti lah tak akan hancur
Syabass!!...teruskan lah dgn elemen2 ajaib yg diatas tuh

Ibnu Hasyim said...

T. kasih kepada anon August 20, 2015 at 1:05 AM
Anda seolah mengakui PAS berstrategi untuk 'gagah, kuat dan hebat'.

Cuma strategi itu menurut anda ialah 'Siku dan Lutut, Cakar Rimau yg pemalu Selagi siPONTENG bijak mencari idea fitnah sprt pilKuda, broka serta BARUA', yang berupa tuduhan tak berasas.

Ianya jauh lebih baik dari strategi Anwar 'Langkah Kajang' yang cuba merampas jawatan MB Selangor dari ahlinya sendiri, sehingga menjadi punca perpecahan Pakatan Rakyat seperti yang ada sekarang.



Anonymous said...

kerana langkah kajang pr berpecah bermakna ia punca dr pkr, kemudian pas dan dap pecah melalui muktamar pas, kemudian pas pula pecah dua sekarang..jd siapa pula kita nak salahkan apabila pas berpecah..cuma yg kita lihat ade satu makhluk (common figure)berada ditengah2 semua perpecahan yg berlaku ini..siapa boleh teka..

Anonymous said...

Sepatutnya apa juga kita selesaikan sebelum terjadi atau selepas terjadi cepat2 kita selesaikan ,ini tidak sebelum.seanag dan selepas tidak ada langsung tindakan untuk mendamai,menyatukan pula ,memujuk .memohon maaf.malahan ,mengugut,mencabar,menghalau.Dimana peminpin 2ini yang berdasar Islam dan tidak kembali kepad rujukan Quran dan Hadis.Aoakah perkara tersebut tidak ada dalam Quran ,tidak ada dalam Hadis.Disebabkan peminpin sombong ,takabbur,ego.melihat orang tidak setaraf ,INI lah jadinya ,Memang Pas tak akan terkubur tetapi Pas tidak lagi memnjadi subur,malahan kan layu dan tersungkur.

Anonymous said...

Whai Ibn Hasyim,Mulanya aku hormat juga kau sebagai penulis hebat,tetapi apabila pendapat kau tentang Langkah Kajang rupanya pemkiran kau standard dengan AM dalam Umno.Apakah kau tahu Anwar yang Anwar tagu tentang Khalid ,? Apakah itu benar Anwar nak rampas jawatan MB selangor untuk dirinya atau keluarganya? Apa untungnya sekiranya Anwar dan keluarga dia dapat mengusai Selangor,Apakah Anwar kan jadi kaya atau apa yang Anwar mahukan dengan harta? kalau Anwar hendak kaya bukan itu caranya ,Dia bolih membuat pusing U dan berbincang dengan peminpin Malysia ,berjuta anawar bolih dapat ,Apakah dia sanggup duduk dalam Penjara dari lebih baik memiliki harta dunia,Tolong jawab wahai Ibn Hasyim Benar atau tidak Khalid telah membahagikan harta sebanyak 2 juta lebih kepada segelintir kawan2 yang telah lepas ? Jangn ada juga perasan benci pada sesorang atau parti mjadilah Bloger yang sederhana,agar tudak dihamun orang.

Anonymous said...

PAS tak akan hancur. Itu baru 400 orang ahli yang keluar kan presiden kata 4000 orang keahlian terbaru PAS, baru 10% keluar bro... PAS kan kuat...
Saya gembira... saya gembira sangat...

Anonymous said...

Sapa yg masok pas tu. Anak muda, vip, artis? Tk cakap pun. Haha. Bekas umno? Tak hancur tp tk boleh maju. Jd pembangkang sampai kiamat. Haha

Unknown said...

Ya ni memang haramjadah punyaa komen.sepatutnya admin jgn siarkan komen anonymous.

Unknown said...

Ya ni memang haramjadah punyaa komen.sepatutnya admin jgn siarkan komen anonymous.

Unknown said...

Ya ni memang haramjadah punyaa komen.sepatutnya admin jgn siarkan komen anonymous.

Anonymous said...

Tunjuk la gambar yg ratus2 org keluar dr pas.. pinjam gambar muktamar lepas apa kelas... bila bercakap tknak mengalah manusia hebat.. tp sayang akal kureng..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails