Monday, June 29, 2015

Info Backpackers Di Australia. Ladang Anggur, Peluang Kerja..

 Pusat bandar Mildura

CATATAN SANTAI IBNU HASYIM

Berkerja di Australia..
Siri 1:  Peluang Kerja Kutip Buah Di Australia, Gaji RM40-4... 
Siri 2:  Inikah Rahsia Melancong Ke Australia, Demi Islam &...

Siri 3:  Paling Sikit 30 Serangan Terhadap Muslim Australia...
Siri 4:  Gadis Australia Ini Pula Diserang Islam.
Siri 5:  Wanita Pertama Bertudung (Melayu) Bawa Bas Di Pert...
Siri 6:  Renang Bogel Di Cuaca 11 Darjah Celsius.. Austral...

MASIH ramai pembaca blog ini, yang bertanyakan info mengenai kerja-kerja di ladang Australia, kerja apa dan bagaimana, bagaimana dapatkan permit secara sah, kewangan, pendapatan, perbelanjaan dan sebagainya.

Saya akan terangkan sedikit demi sedikit sekadar yang termampu, sebagai melanjutkan usaha kawan kita (Kalau ada sesiapa yang nak tumpang, sila hubungi buat masa ini..ABBU - 014 2225865, katanya dalam tulisan Siri Pertama) yang kini sudah berada di Australia. Saya akan menjawab bagi pihaknya.

Jenis-jenis kerja di ladang.

Saya cuba kongsi pengalaman dengan penulis Harry Jayne http://backpackersdiaustralia.blogspot.com/


Tulisnya..

"Anda akan memperolehi diversiti pekerjaan yang berbeza mengikut tempat anda bekerja. Saya juga pernah bekerja di Robinvale selama 3 bulan. Lokasi pekan ini terletak di antara dua daerah yang agak popular, iaitu Swan Hill dan Mildura. Bagi saya Robinvale adalah pekan pedalaman yang kurang menyediakan kemudahan kepada penduduknya.

"Hanya ada satu sahaja pasaraya iaitu IGA , itu pun dengan masa operasi yang sangat singkat. Pukul 7 malam pekan ini akan menjadi sunyi seperti tempat yang tidak berpenghuni. Tempat yang agak bosan bagi saya. Oleh itu, saya berganjak ke sebuah bandar pedalaman bernama Mildura, The Rural City.

Kawasan yang tertakluk di bawah Daerah Mildura

"Bagi saya, Mildura lebih luas berbanding Swan Hill. Lebih banyak kemudahan yang disediakan. Perkara yang paling penting sekali ialah capaian sumber bekalan makanan yang murah. Di Australia ni, terdapat satu supermarket yang berfungsi seperti Tesco di Malaysia. Supermarket ni namanya COLES. Ia dibuka pada lokasi pusat bandar di satu-satu kawasan berkepadatan penduduk yang tinggi sahaja.
 
"Apa yang menarik pasal pasaraya ni ialah sumber makanannya sangat la murah. Setiap minggu mesti ada offer. Beras pun ada offer sehingga 60%, pada masa tu, $5.00 untuk 5 kilo. Dengan berbekalkan duit $50.00 sahaja, anda mampu membeli sumber makanan untuk kegunaan seminggu, penuh trolley dengan makanan, memang puas....heheheheh.
 
 
"Tetapi berbeza keadaannya jika saya membeli belah di pasaraya lain seperti WOLWORTH dan IGA. Relatif harga makanan di pasaraya ini agak mahal sedikit. Tidak sepuas anda membeli belah di COLES. Tesco sendiri pun tidak semurah apa yang ditawarkan oleh COLES. Produk atas jenamanya sendiri pun sangat murah dan berkualiti, jauh bezanya dengan kualiti barangan Tesco di Malaysia. Hurrrmmmm....
 
"So, dengan adanya COLES, bujet makanan saya hanya $50.00 sahaja seminggu, selalunya kurang daripada itu sebab stok bekalan makanan daripada minggu sebelumnya masih ada lagi. Jimat lagi menjimatkan. Saya tidak pasti COLES ada di Swan Hill ataupun tidak, untuk kepastian anda bole melayari laman sesawangnya,  di sini www.coles.com.au." Tulis Harry Jayne.

Info Ladang Anggur Di Mildura.
 
Di Mildura, ladang yang paling popular ialah Anggur dan Citrus.  Anggur musim kerjanya adalah tiap tahun seperti berikut:
 
Januari ke June : Picking Table Grape dan Dried Fruit
June ke September : Prunning, Pulling dan Rolling Table Grape, Dried Fruit, dan Wineries (Kadang-kadang ada kerja seperti Suckering, Planting, dan MinimumPrune untuk Wineries. Kerja ni memang buat duit, cuma agak payah.)
September ke December : Plucking, Bunch Trimming, Cleaning, dan Covering.

Berikut adalah kerja-kerja yang dilakukan untuk sebuah ladang Anggur:

PICKING
Tulis Harry Jayne lagi..
 
"Bagi saya, musim ni adalah musim untuk buat duit. Kebiasaanya kerja ini bermula pada awal musim panas dan berakhir diakhir musim luruh, sekitar awal bulan June. Di Quensland, akhir bulan 10 picking anggur jenis Flame dan Menindee akan bermula. Selalunya berlangsung selama 3 bulan. Akhir bulan Januari pula saya akan ke Mildura semula untuk mulakan picking anggur jenis Sable, Sultana, Red Globe, Crimson, Thompson, dan Carlmera.
 
"Ada lagi yang lain, tapi dah lupa namanya...hahahhaha. Kebanyakan kerja ini dibayar secara kontrak. Setakat ni, yang saya jumpa, hanya 2 syarikat sahaja yang dibayar secara hourly. Kalau kontrak, biasanya kerja dilakukan secara pick and pack. Kita akan diberikan sebuah trolley bersama penimbang dan kotak. Buah yang kita pick tu, kita kena pack di dalam kotak yang disediakan.
 
"Kalau hourly pula, pekerja akan dibahagikan kepada dua kumpulan besar.
 
"Kumpulan pertama, berada diladang. Mereka akan pick semua buah dan dimasukkan kedalam kotak kabus polistrine untuk dibawa ke dalam bangsal, dipanggil Shed.
 
"Di dalam Shed tersebut, kumpulan kedua akan melakukan kerja-kerja pack buah yang telah di-pick tadi. Sepanjang lebih kurang 7 ke 8 bulan saya bekerja sebagai Pickers, pendapatan minimum yang saya pernah dapat ialah 350.00 dolar seminggu, sebab keadaan cuaca yang kurang baik dan di minggu terakhir musim picking berlansung.
 
"Itu pun dalam 35 minggu saya bekerja, hanya sekitar 3 minggu sahaja saya berpendapatan sedemikian. Maksimum yang saya pernah capai ialah 1200.00 dolar seminggu. Purata pendapatan sya secara mingguan ialah 800.00 dolar seminggu. Maknanya, pendapatan kasar saya ialah 3200.00 dolar sebulan. Ini adalah perkiraan berdasarkan tahun pertama saya bekerja disini.
 
"Tahun ini adalah tahun kedua, dalam beberapa bulan lagi, musim picking anggur di Emerald akan bermula. Ini adalah kerja kemahiran, pengalaman akan menjadikan kita pickers yang baik dan laju. Kawan yang saya kenali disini, sudah bekerja 2 tahun, dan tahun ini adalah tahun ketiga beliau,  purata pendapatan beliau seminggu ialah 1200.00 dolar.
 
"Sebulan 4800.00 dolar. Memang sangat lumayan. Jika ditukar kepada matawang Ringgit, maksudnya, gaji beliau sebulan ialah 13,000.00."
 
Begitu kisah kongsi pengalaman kita dengan Harry Jayne.
 
 
Menurut Harry Jayne lagi..
 
PRUNNING
 
"Tahun ini saya baru sahaja melakukan kerja Prunning. Kepada newbies, kerja ini tidak akan ditawarkan melainkan kontraktor or owner ladang berkeyakinan kepada anda. Kerja ini akan bermula di akhir musim luruh, sekitar awal bulan June dan berakhir dipertengahan musim sejuk, sekitar awal bulan August. Gap antara kerja Picking ke Prunning ialah seminggu. Maknanya kita akan bercuti seminggu dalam tempoh tersebut. Kerja prunning ini akan berlangsung selama 10 minggu. Bagi yang berkemahiran, kerja ni memang boleh buat duit. Selama 8 minggu saya lakukan kerja ni, purata pendapatan saya ialah 900.00 dolar seminggu.

PULLING
 
"Setelah kerja Prunning bermula selama seminggu, Pulling akan bermula pula. Secara peribadi, saya kurang mengemari kerja ni. Terlalu banyak menggunakan tenaga. Caranya mudah sahaja, setelah ranting-ranting anggur yang berselirat dan sangat tebal itu dipotong (prunning), maka kita kena pull. Kerja ni berakhir pada akhir bulan Julai. Semasa saya melakukan kerja ni tahun lalu dan satu minggu di tahun ini selepas prunning, purata pendapatan sya ialah 500.00 dolar sebulan.

ROLLING
 
"Kerja ini akan bermula seminggu selepas kerja pulling dilakukan. Kerja ni berakhir pada pertengahan bulan August. Rolling untuk Dried Fruit lebih mudah berbanding Table Grape. Tahun lalu selepas pulling saya buat rolling Table Grape. Pendapatan saya lebih kurang seperti pulling juga. Tetapi tahun ni, saya buat rolling Dried Fruit, pendapatan saya sekitar Prunning, malah pernah seminggu pendapatan saya mencecah 1500.00 untuk kerja-kerja rolling Dried Fruit ni. Mulai tahun hadapan, plan saya, saya akan utamakan kerja-kerja rolling Dried Fruit berbanding Prunning dan Pulling. Sebab, ia lagi lumayan...heheheh

TRIMMING
 
"Kerja ni hanya dilakukan sekiranya ada Table Grape Young Vines, pokok muda. Saya tidak pernah buat kerja ni. Tapi berdasarkan temuramah saya bersama kawan-kawan yang pernah buat kerja ni, ia senasib dengan Pulling juga. Pendapatan seminggu lebih kurang 500.00 ke 600.00 dolar jer. Kerja ni berlansung serentak dengan pulling. Tetapi dalam 2 ke 3 minggu sahaja.

SUCKERING
 
"Kerja ni dilakukan untuk wineries Young Vines sahaja. Semasa pokok wine ditanam, terdapat banyak tunas pokok yang tumbuh. Dalam satu vine tersebut, kita hanya perlukan satu tunas sahaja, yang tumbuh paling tinggi dan sihat. So yang lain kita kena potong habis. Pendapatan dan tempoh kerja lebih kurang kerja trimming.

PLANTING
 
"Kerja ni pun tidak panjang tempohnya. Malah jarang berlaku. Tetapi yang saya tahu, ia dibayar secara hourly....

MINIMUM PRUNE
 
"Saya suka kerja ni. Saya gelar ia kerja berjalan dan dapat duit. Ia dilakukan untuk grape wineries sahaja. Prunning akan dkakukan oleh mesin, min prune maksudnya, ranting yang tidak terpotong oleh mesin kita kena kerat secara manual. Dalam satu row, purata wineries ialah 200 vine se-row, hanya 20% sahaja ranting yang tidak terpotong, itu pun pendek-pendek dan sebasar jari jemari jer. Sehari paling rendah kita boleh buat 15 ke 20 row. Sehari paling minimum kita dapat 90 dolar. Kerja ni berakhir pada pertengahan bulan september, masa tu musim bunga baru bermula.

PLUCKING, BUNCH TRIMMING, CLEANING
 
"Saya satukan kerja-kerja ni sebab ia kerja yang dilakukan pada musim yang sama iaitu, pertengahan musim bunga hingga ke pertengahan musim panas. Plucking kita akan memetik tunas-tunas baru yang tidak diperlukan dan rapat antara satu sama lain. Bunch trimming kita lakukan untuk mengawal saiz bunch anggur bilamana ia membesar nanti agar ia membesar dengan saiz yang diinginkan. Cleaning boleh juga dikenali sebagai leaves plucking. Kita akan mengurangkan jumlah daun yang tumbuh pada vine agar buah yang tumbuh mudah untuk di-pick nanti. Saya kurang gemar kerja ni, sebab itulah, semasa musim ini bermula, saya akan ke Emerald untuk kerja-kerja picking, sebab saya lebih mengutamakan picking berbanding kerja-kerja yang lain.

COVERING
 
"Kerja ni dilakukan pada bulan December. Ia dibayar mengikut jumlah ekar tanah yang kita buat. Saya tak pernah buat kerja ni. Tapi kata senior boleh buat duit, cuma masa ni saya berada di Quensland buat picking Flame dan Menindee.

Begitulah perincian jenis-jenis kerja dalam sebuah ladang Anggur. Diharap sedikit penjelasan di atas akan dapat membantu anda untuk memahami pecahan kerja di ladang anggur sepanjang setahun." Sekian Harry Jayne lagi.
Memetik buah demi keuntungan  Panen anggur di Hobart, Tasmania. (Foto: Flickr CC, Stefano Lubiana)
 
Terima kasih Harry Jayne atas info anda,
dari Weblog Ibnu Hasyim.
 
  
Ibnu Hasyim
Alamat: ibnuhasyim@gmail.com        
28 Jun 2015 KL

7 comments:

Malaysiabaru said...

Pg kerja anggur

Mlm anggur sendiri kena squeeze

Bukankah pas benci org kapir harbi...

Anonymous said...

kamu yg ckp tu kafir harbi?

Anonymous said...


Kalau begitulah otak pemikiran Malaysia Baru (June 28, 2015 at 1:34 PM) hancurlah Malaysia.

Anonymous said...


Saya Most warga Indonesia sedang kerja di Malayisa, daerah keramat KL. Saya nak kerja di Australia. Bagaiman caranya. Nak hubungi siapa?

Ibnu Hasyim said...

Sila hubungi nombor ini 014 2225865

Anonymous said...

Nampak macam menarik sangat, niat hati nak kerja di sana tp tinggal keluarga di sini (Bera), isteri kata cek betul2 ada kerja tu jangan nanti kena jd mcm buruh paksa pulak, sekarang ni saya sedang cuba cari info lebih untuk kepastian.

Mohamad said...

Nak tau detail..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails