Monday, June 29, 2015

Rokok Naik 30 Sen Sekotak, Kerajaan Membunuh Rakyat..


Bat Malaysia umum harga enam jenama rokok keluarannya naik 30 sen berkuat kuasa hari ini.– Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan kenaikan harga enam jenama rokok keluarannya sebanyak 30 sen bagi setiap kotak.

Pengarah Urusan BAT Malaysia, Stefano Clini berkata, semakan harga baharu itu mengambil kira Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) yang dilaksanakan kerajaan pada 1 April lalu.

“Syarikat sebelum ini menyerap GST pada harga rokok keluarannya sebaik pelaksanaannya pada 1 April lalu,” kata beliau dalam satu kenyataan akhbar semalam.

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kerana hasil keuntungan yang sedikit dari cukai rokok (berbanding kemusnahan), kerajaan Malaysia sanggup membunuh rakyatnya sendiri melalui pembenaran penjualan rokok. Mulut manis berpura-pura kempen 'Tak nak rokok', tapi bontot disodorkan dengan pisau tajam membunuh dengan 'untungnya hasil jualan rokok tiap tahun'.

Rokok membunuh manusia, maka kerajaan yang membenarkan, itulah pembunuhnya.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails