Monday, June 29, 2015

Industri Rokok Elektronik Semakin Berkembang, Mana Fatwa Ulama & Doktor Resmi?

PENGGUNA


KEWUJUDAN kedai penjualan rokok elektronik tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan di negara ini. Malah, pengusaha rokok elektronik di negara ini mendapat pulangan lumayan apabila produk tersebut dieksports ke Jepun dan Taiwan.
 
Sementara itu, Kementerian Kesihatan mengambil berat mengenai peningkatan trend penggunaan alat tersebut dikalangan remaja bawah umur di negara ini. Industri rokok elektronik di Malaysia merupakan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Amerika Syarikat (AS) selain dianggap sebagai industri terbesar di Asia.
 
Perkara itu didedahkan Ibrahim Mohamed, penganjur bersama Konvesyen Vaporizer Kuala Lumpur 2015, baru-baru ini. Anggaran tersebut adalah berdasarkan permintaan terhadap produk rokok elektronik buatan Malaysia.
 
Vaper atau pengguna rokok elektronik akan menggunakan sistem penghantaran nikotin elektronik (ENDS) atau e-rokok untuk menyalurkan cairan kimia berwap ke dalam paru-paru mereka. Setiap alat itu mempunyai sistem pengewapan elektronik dan kawalan, bateri boleh cas semula dan katrij mengandungi pelbagai cecair nikotin yang akan menghasilkan wap.
 
Apabila pengguna menyedut rokok e-elektronik, cip elektronik akan mengesan pengaliran udara di dalamnya.  Ibrahim berkata, trend ini bermula di Lembah Klang dan Johor tetapi semakin berkembang di Ipoh, Kedah dan Pulau Pinang.
Beliau percaya terdapat satu juta vaper di seluruh negara dengan kira-kira 10 peratus daripadanya berusia di bawah 18 tahun.
 
"Kami mempunyai 35,000 tetamu yang menghadiri konvesyen vaporiser yang pertama di Malaysia.
"Terdapat sekurang-kurangnya 1,000 kedai menjual produk tersebut di seluruh negara dengan lebih 400 alat rokok elektronik tempatan dan pelbagai jenis cairan nikotin.
"Produk buatan Malaysia mempunyai permintaan tinggi dari negara luar," katanya.
 
Beliau berkata rokok elektronik versi premium boleh mencecah RM4,000 dengan cairan nikotin berkualiti berharga RM300 setiap 30ml. Walaupun kebanyakan ibu bapa berpandangan bahawa ia sekadar satu trend remaja,vaper mendakwa ia boleh membantu perokok untuk berhenti merokok.
 
Aimran Abdul Rajak, rakan kongsi di Vape Empire, pengedar terbesar produk tersebut di negara ini berkata, pasaran di Malaysia mungkin lebih besar berbanding AS dan sedang berkembang dari segi jenama dan produk yang dijual. Katanya, kos bagi kit permulaan berharga antara RM200 dan RM400.
 
"Ia adalah satu industri yang besar, bukan bersifat sementara," katanya.
 
Beliau berkata vaping mempunyai ramai pengikut di sini walaupun kekurangan pengiklanan kerana ia membantu perokok seperti dirinya untuk meninggalkan tabiat itu. Kini, pengedar mempunyai beratus-ratus penjual dibawah mereka dan mengambil pesanan melalui media sosial atau telefon bimbit.
 
Ibrahim turut menggesa agar produk tersebut dikawal selia seperti industri alkohol. Katanya, keadaan pada hari ini semakin berbahaya kerana kita tidak tahu siapa yang membeli, menjual, membuat rokok elektronik dan cairan nikotin.
 
Aimran, bagaimanapun, merasakan bahawa hanya cairan yang mengandungi nikotin perlu dikawal selia. Dia berkata, cairan tersebut diperbuat daripada bahan tambahan pada makanan biasa.
 
"Sekiranya 'apa sahaja yang pelik' dicampur, ia tidak akan menghasil wap ketika disedut.
"Kita memerlukan beberapa jenis peraturan kerana vaping benar-benar boleh menyumbangkan kepada sektor kesihatan dan ekonomi," katanya.
 
Walaupun menyedari kesan jangka panjang vaping tidak diketahui, dia berkata, kesan negatif rokok telahpun didokumenkan.
 
"Jadi, tidakkah vaping menjadi alternatif yang lebih baik?," soalnya. (mStar)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Industri rokok elektronik semakin berkembang, mana fatwa ulama dan doktor rasmi kerajaan?



Lihat sebelum ini..

1 comment:

Unknown said...

Hi nama saya Jeanne Xavier dan saya seorang wanita dari Kanada, saya bekerja dengan pemerintah Kanada untuk jangka waktu yang sangat lama dan saya mampu untuk mendapatkan begitu banyak uang selama waktu saya di kantor yang dibuat berjumlah $800,000,000. dan karena itu saya memutuskan untuk berinvestasi pada pinjaman pribadi bisnis untuk membantu memecahkan masalah-masalah keuangan saya sesama manusia. saya memutuskan untuk memberikan pinjaman apapun di 2%, jadi jika Anda tertarik untuk mendapatkan manfaat dari perusahaan saya Anda dapat menghubungi perusahaan saya melalui email: jeannexavier111@gmail.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails