Monday, June 29, 2015

Beli Kalungan Bunga RM50-RM1,000 Dapat Perempuan..

Sebahagian GRO seksi warga China yang ditahan polis dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Kaskas, Cheras semalam.

KUALA LUMPUR – Pembelian kalungan bunga membolehkan pelanggan memilih gadis-gadis gebu warga China untuk melayan mereka antara taktik yang digunakan sebuah pusat hiburan di Jalan Kaskas, Cheras di sini bagi merancakkan kegiatan pelacuran.

Bagaimanapun taktik itu terbongkar selepas sepasukan polis dari Skuad Taktikal Tiga Perjudian, Maksiat, Kongsi Gelap Bukit Aman dan dibantu anggota pasukan Bahagian Kongsi Gelap, Judi Dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Daerah Cheras menyerbu premis itu pada pukul 12.30 semalam.

Ketua Operasi, Deputi Superintendan Mohd. Shokri Abdullah berkata, hasil serbuan mendapati, pusat hiburan terbabit menyediakan kalungan bunga dengan nilai harga antara RM50 dan RM1,000. (Kosmo!)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails