Friday, July 03, 2015

PAS Sepatutnya Lebih Kuat Tanpa Pakatan, Kata iLMU


Setiausaha Agung Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU) Ahmad Fazrin Yahya berkata selama ini di bawah PR, pendirian PAS sering dilihat tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kehendak rakan sekutunya. – Gambar fail The Malaysian Insider, 2 Julai, 2015.
PAS sepatutnya menjadi lebih kuat tanpa Pakatan Rakyat (PR), yang dilihat menjadi 'barah' kepada parti itu selama ini, demikian menurut seorang pemerhati politik.
 
Setiausaha Agung Himpunan Ulama Muda Malaysia (iLMU) Ahmad Fazrin Yahya berkata selama ini di bawah PR, pendirian PAS sering dilihat tidak konsisten dan berubah-ubah mengikut kehendak rakan sekutunya.
 
"Kita boleh teliti kembali pendirian-pendirian PAS yang tidak konsisten dalam banyak isu sejak mereka bersama pakatan bahkan ia menjadi modal dalam perbahasan ketika muktamar PAS baru-baru ini," katanya kepada Bernama.
 
Beliau merujuk kepimpinan ulama yang mendominasi barisan pucuk pimpinan PAS yang baharu bagi sesi 2015-2017 dan senario terkini 'perpecahan' yang berlaku dalam PR.
 
Pada 5 Jun, Muktamar Tahunan PAS ke-61 menerima tanpa bahas usul Dewan Ulama yang mahu parti memutuskan hubungan dengan DAP, manakala Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada 16 Jun mengisytiharkan PR tidak lagi wujud.
 
Guan Eng berkata keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP 'membunuh' pakatan itu.
 
Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada keesokan hari mengakui PR tidak lagi berfungsi secara formal.
 
Ahmad Fazrin berkata penguasaan kembali kepimpinan ulama dalam semua jawatan tertinggi parti mampu menjadikan PAS kekal relevan dalam pentas politik tanah air.
 
Beliau berkata pandangan pihak tertentu kononnya tanpa dokongan kumpulan profesional kepada PAS akan menjadikan parti itu mundur, hanyalah persepsi bagi mematahkan semangat pemimpin parti.
 
"Bahkan jika mereka kata PAS kehilangan kepimpinan profesional, pada saya itu keterlaluan. Naib Presiden Datuk Mohd Amar Nik Abdullah ialah seorang profesional dan juga seorang ulama," katanya.
 
Ahmad Fazrin berkata daripada sudut kaca mata iLMU pula, pihaknya gembira dengan perkembangan yang menyaksikan kumpulan ulama menyapu bersih jawatan dipertandingkan.
 
Pada pemilihan PAS, majoriti 1,189 perwakilan memberikan mandat kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk menerajui kepimpinan parti sekali gus menjadi presiden paling lama dalam sejarah PAS iaitu 15 tahun memimpin.
 
Beliau digandingkan Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man sebagai timbalan presiden, Mohd Amar, Idris Ahmad dan Pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Iskandar Abdul Samad, sebagai naib presiden yang juga daripada golongan ulama. – Bernama, 2 Julai, 2015.

15 comments:

Anonymous said...

YA, SETUJU SANGAT PAS AKAN KUAT TANPA PAKATAN ...... "KUAT BERANGAN".

Unknown said...

Memang betul, KITA SEMAKIN KUAT...KUAT MINUM TODI, lepas tu mengarut, memaki hamun dan memfitnah orang lain. Kita lupa JUBAH yang melindungi tubuh dan SERBAN yang membaluti kepala kita. KITA (PAS) DAH KUAT ! (errr tapi kenapa makin ramai kawan2ku berura2 hendak keluar dari PAS termasuk di Kuala Terengganu).

Anonymous said...

Kalau hendak tahu siapa penganalisa inilah dia rupa paras spai UMNOGUK memuji ularmak macam menjilat pipi kak mah jib mantop.

Anonymous said...

Kalau rasa KUAT apa tunggu lagi, isytihar terus keluar pakatan pembangkang...

Anonymous said...

Itu je la modal nk hentam ulama.. jubah, maki, serban.. dah kalah dok diam2 yer.. cermin diri tu dulu sebelum nk hentam org lain.. kalau takut dilambung ombak jgn berumah ditepi pantai..
G18 anda diperhatikan....

Anonymous said...

kami pun akan perhati pas ulamak...... g18

Anonymous said...

Hj hadi dan gang ug lah yg patut di salahkan.
sbb itu pas di terengganu sepenggal aja..
Hj hadi dh tak relevan
lemah..lembab...tak berpandangan tajam...tak enovatif...
Mahu berpolitik..tapi..tak ikut keadaan semasa..
dlm kepala
..asyik berwitir hudud...hudud...hudud..
Ingatkan sampai sanggup gaduh dan bermusuh dgn pkr dan dap nak bawa 100% hukum hudud...tapi..rupanya nak suruh ubah sikit aja undang2 yg ada..
mmg tak berbaloi...
lepas tu ditipu pulak oleh umno
cuba dgr sikit apa nadihat Dr asri pasal hudud.
Ini lah orang kata...ayam terlepas...tangan bau taik

maae said...

Dalam komen2 di sini nampak sangat pemikiran melayu yang menyokong Pas, masih tahap kelas tiga - tidak lain mencaci, menghina, budaya lahiriah Pas sejak jadi serpihah. Berilmu ? Jika bangsa lain membaca, betapa mereka tidak menginginkan kelas minda melayu yang begitu jumud.

Menyalahkan yang lain memang sinonim sekali ! Mengakui kelemahan dan suka berlaku salah, seolah nya "lembu suci !" Islam itu berlawanan dengan Pas lakukan. Di burukkan lagi dari penceramah Pas, buta, tuli dan suka menyebar budaya fitnah songsang, membunuh karakter dengan di ajukan gelaran bermacam-macam kepada musuh meteka. Memalukan bangsa Melayu Islam.

Islam itu universal, progresif dan sentiasa mengimbangi permodenan dengan amalan wasatiyah. Di mana amalan ini dalam Pas ?

Pas juga perlukan transformasi. Berhijrah lah dari kejahilan, korup akhlak kepada yang lebih Sunnah ! Ini mereka sendiri menjadi Nabi palsu dan Wali Syaitan !

Kini masih ada peluang. Gerakkan kerjasama Melayu itu Bersatu.

Anonymous said...

Nelayan tua elok duduk tepi pantai, janganlah merayap ke England atau Jepun waktu Parlimen tengah bersidang. Kalau jawatan sekadar NAIB PRESIDEN KESATUAN ULAMA SEDUNIA berganding dengan dua lagi naib presiden janganlah perasan konon-kononnya TIMBALAN PRESIDEN.... kelak dikata versi jantan ROS SI LAKI BUGIS AL FLOM

KEPIMPINAN CAI ANDA DIPERHATIKAN OLEH SELURUH RAKYAT MALAYSIA MALAH OLEH PENCATAT KANAN DAN KIRI KAMU.

Kepimpinan CAI wheeek, wheeek, wheeeek..... apa macam tak sebut serban dan jubahkan? Cuma buat leceeee je.... eloklah hang pi pikul USTAZ HUSAM ANAK SI MUFTI KEDAH tu.....

Anonymous said...

Nak berjuang melayu pi masuk umno atau pas cai.... sini tak main melayu2... sini tempat perjuangan rakyat MALAYSIA.

hasbull said...

G18 berjuang kerana pangkat dan jawatan je.. lepas ni dlm pas confirm dh tk boleh jadi calon sbb kebodohan sendiri.. sbb tu la nk tubuh parti sendiri yg kononya lebih ekslusif, inklusif bagai.. jgn ingt org bodoh la.. bodoh mcm hang je yg jadi pak turut depa.. kui kui

hasbull said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

Baru rancang nak tubuh parti baru, PAS sudah kecut perut sebab akan ada pesaing yang turut sama berjuang Islam dengan cara yang insyaAllah akan lebih disukai oleh rakyat Malaysia. PAS bolehlah bersiap untuk hilang wang pertaruhan di sebahagian kerusi yang ditandingi.

Anonymous said...

Kecut ke? Hahahahahahaha
masuk maharajalawak mega 2016 confirm kalah.... hahahahahahahaha

Anonymous said...

Betul...betul...betul !!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails