Wednesday, July 01, 2015

Harga Petrol Naik Lagi Mulai Tengah Malam ini?

PETALING JAYA: Harga runcit petrol RON95 dan RON97 dijangka akan mengalami kenaikan mulai tengah malam ini. Sejak lewat petang Selasa, pengguna laman sosial mula heboh memperkatakan mengenai kenaikan harga minyak bagi RON95 yang bakal naik 10 sen manakala RON97 naik 20 sen.

Bagaimanapun dikatakan bahawa harga bagi diesel tidak mengalami kenaikan. Jika kenaikan pada kadar itu berlaku, harga baharu RON95 bagi Julai ialah RM2.25 seliter manakala RON97 menjadi RM2.55 seliter.

Harga diesel kekal pada kadar RM2.05 seliter. Harga RON95 bagi bulan Jun ialah RM2.05 seliter manakala RON97 ialah RM2.35 seliter. (IH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails