Monday, November 24, 2014

Presiden PAS Berucap Di Ijtimak Jamaat Islami, Pakistan

LAHORE: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang diberi penghormatan berucap pada himpunan besar-besaran sempena Ijtimak Jamaat Islami di kota Lahore, Pakistan di sini semalam.

Beliau hadir bersama Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menjadi menjadi tetamu kepada himpunan lebih setengah juta penyokong gerakan Islam tertua di Pakistan itu.

Himpunan itu berlangsung tiga hari sehingga hari ini. Ahli serta penyokong Jamaah Islam datang dari seluruh pelosok Pakistan.

Selain pimpinan PAS, tetamu luar negara lain yang turut hadir adalah dari Parti Nahdah Tunisia, Ikhwan Muslimin Mesir, PKS Indonesia, parti Islam dari Sudan, Iraq dan Jordan.

Ijtimak pada kali ini amat penting kepada gerakan Islam kerana ia akan membincangkan isu-isu antarabangsa termasuk konflik di Timur Tengah seperti perang di Syria, Libya, Iraq dan juga persoalan pencerobohan bumi Palestin dan Masjid Al-Aqsa oleh Zionis Israel.

Tuan Guru Abdul Hadi dalam ucapannya menyentuh persoalan antarabangsa yang sedang mencabar ummah kini. Turut bersama dalam ijtimak kali ini adalah Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan, Datuk Abdullah Ya'kub. - HARAKAHDAILY 23/11/2014

5 comments:

Anonymous said...

Utk TGHH jgn sampai org kata
kuman seberang laut nampak...gajah depan mata nak nampak or tak nampak takapa...!!!!

Anonymous said...

Nak dtg meeting boleh..
tal nak dtg meeting pun boleh....
apa punya standard pak aji presiden ni...
letak jawatan la..kalau malas mau dtg
fh di lantik jd presiiden...nak ikut kepala sendiri pulak....mmg jenis keras kepala

Anonymous said...

Kalo setakat pi miting ngn dap pkr sekadar suruh setuju ja jgn bangkang buat pa dol....buang masa la samdol...baik pi miting utk kebaikan dunia islam sedunia.. oi samdol lu blah pi blog amngok...buat kt sini kalo tak suka jenis spesis makan taik sendiri

Anonymous said...

Himpunan satu dunia Islam pun apa guna kalau tak ada tindakan. Cakap tak serupa bikin.

Anonymous said...

TGHH ni sebagai timbalan pengerusi majlis ulama dunia mungkin sibuk dengan tugas baru beliau sehingga sukar untuk menghadiri mesyuarat pimpinan PR jadi dengan sukacitanya dicadangkan beliau menyerah jawatan presiden PAS kepada penjawat baru kalau tidak ia boleh mengundang fitnah bahawa TGHH sedang sibuk berpakat dengn UMNO. Komitmen dengan PR perlu juga diberi perhatian kalau tak hasrat menawan Putrajaya pada PRU 14 bolehlah dilupakan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails