Sunday, June 02, 2013

Siapa N/Presiden PAS Pemantau Di S'ngor? Datu Husam?

Ir Iskandar Abdul Samad


Datuk Husam Musa
SHAH ALAM – Seorang Naib Presiden Pas perlu ditugaskan memantau urusan harian Selangor sekiranya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail benar-benar dilantik sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor.

Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad berkata, ini kerana, Selangor juga merupakan ‘negeri Pas’ memandangkan jumlah kerusi parti Islam itu di Dewan Negeri yang dimenangi adalah hampir sama dengan rakan komponennya, PKR dan DAP.

“Selangor adalah unik kerana selain menjadi ‘negeri Pas’ ia juga ‘negeri DAP’ dan ‘negeri PKR’. Tidak ada parti yang boleh mengakui negeri ini ‘negeri mereka’ kerana jumlah kerusi Dewan Negeri setiap parti adalah hampir sama. Ia adalah ‘negeri Pakatan Rakyat (PR) ’ yang sebenar.

“Pas di Selangor pada PRU13 telah memenangi 15 kerusi Dewan Negeri, sama banyak jumlah kerusi Pas di Terengganu dan melebihi kerusi PAS di Kedah,” katanya dalam satu kenyataan kelmarin.

Dalam pada itu, Iskandar yang juga Timbalan Pesuruhjaya I Pas Selangor berkata, ahli dan pimpinan Pas seluruh negara juga mesti menganggap Selangor sebagai sebuah ‘negeri Pas’ sebagaimana di Kelantan, Kedah dan Terengganu.

“Oleh yang demikian, pimpinan Pas terutama pimpinan tertinggi parti mesti memberi tumpuan yang sama kepada Selangor sepertimana tumpuan yang mereka berikan kepada Kelantan, Terengganu dan Kedah.

“Isu-isu negeri Selangor mesti turut dibincangkan dan dibahaskan secara panjang lebar pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Muktamar sepertimana dilakukan pada mesyuarat pimpinan tertinggi dan Kongres PKR atau DAP,” katanya.

Menurutnya, ahli parti sudah bekerja keras mengukuh dan mengembangkan pengaruh Pas di Selangor dan mereka mengharapkan lebih perhatian dari pimpinan tertinggi.  (SH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Seorang Naib Presiden Pas perlu ditugaskan memantau urusan harian Selangor sekiranya Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail benar-benar dilantik sebagai pegawai perhubungan politik di Pejabat Menteri Besar Selangor. Kata Yang Dipertua Pas Kawasan Pandan, Ir Iskandar Abdul Samad.

Kalau hal ini berlaku, siapa yang layak dipilih duduk di tempat itu? Setakat ini Naib Preesiden PAS yang masih belum diberi peranan penting dengan tugas-tugas khas,(pada pandangan weblog ini) ialah Datuk Husam Musa... Banyak sebab mengapa dikatakan beliau layak...

6 comments:

Anonymous said...

Janganlah bebankan si misai kontot ini..Sebab dia dan konco-konconya sedang sibuk untuk lawan Presiden TGHH dalam muktamar kali ini.Bagilah dia cukup ruang dan tenaga untuk jatuhkan TGHH,bukan senang nak capai matlamat yang disokong oleh DSAI ini.

Anonymous said...

Memang puak2 ni geng gila kuasa..bila menang sepatutnya tak timbul ini negeri siapa...PAS ka, PKR ka, DAP ka....yg ada hanya negeri PAKATAN RAKYAT...bodo punya statement dan bodo piang punya pemikiran...tunggulah next election kami semua akan pangkah BN pulak..rupa2nya geng PAS ni sudah lupa diri dan gila kuasa....

Anonymous said...

PR mesti bersatu jangan bergaduh negeri siapa.Kalahkan BN pukimak makan duit rakyat tu. jangan bisiing negeri siapa yang penting bersatu membawa pnji PR.

Anonymous said...

Anon di atas,
Boleh kritik, tapi mencarut buat apa?
Kritik itu gaya UMNO. Musang berbulu ayam.

Anonymous said...

inilah pas tak relevan langsung. tak bersih langsung kepala otak. kalau pemantau tu free ok. kalau diberi elaun lebih dari seorang aku tak halalkan. membazir duit rakyat. pru 14 pas akan tumbang semua negeri. otak kolot, hati berkarat, fikiran bercelaru.

Anonymous said...

Rasa hasat dengki dan iri hati serta gila dunia masih banyak dan berbenak dalam otak pimpinan PAS...walaupun mengaku perjuang dan amalkan Islam...bila menang baru kita nampoak wajah sebanr pimpinan PAS....rupa2nya lebih teruk daripada Ameno......lain kalilah pangkah BN pulak...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails