Monday, June 03, 2013

Syurga Pusat Maksiat Judi Degil Haram Diserbu..

Foto“Malah, premis ini sudah diserbu empat hari lepas namun masih berdegil dan meneruskan kegiatan haram mereka.

ANTARA banyak pusat-pusat judi di negaa ini.. syurga pusat-pusat maksiat..

Pusat judi degil diserbu lagi
Petaling Jaya: Kedegilan pemilik sebuah pusat judi Internet di Jalan Masjid PJU 6A, di sini menutup operasi walaupun sudah diserbu empat hari lalu menyebabkan polis menyerbu lagi premis itu tengah malam kelmarin.
Dalam serbuan kira-kira jam 12 tengah malam itu, sepasukan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya turut menahan enam lelaki yang sedang leka berjudi Internet.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Superintendan Fadil Marsus berkata, serbuan yang diketuai seorang pegawai dan enam anggotanya berjaya merampas 33 unit komputer yang digunakan untuk perjudian Internet serta turut merampas peralatan snuker.

Menurutnya, dalam serbuan itu pihaknya turut merampas wang tunai RM280 dan hasil pemeriksaan premis yang beroperasi sejak empat bulan lalu turut tidak mempunyai lesen.

Kasino mini pusat servis kenderaan
Maran: Di bahagian luar terpampang papan tanda Pusat Servis Kenderaan, tetapi hakikatnya sebuah premis di Jalan Chendor Baru 2, dekat sini, sebenarnya adalah kasino mini yang menyediakan pelbagai bentuk perjudian.

Kegiatan yang dipercayai bermula sejak tiga bulan lalu itu bagaimanapun berjaya dikesan polis selepas serbuan jam 5.30 petang kelmarin sekali gus merungkai persoalan sering diajukan orang ramai yang hairan melihat pintu depan premis itu tidak pernah dibuka dan pengunjung hanya masuk melalui tirai besar yang dijadikan penutup pintu utama.

Sumber polis berkata, serbuan dilakukan sepasukan anggota Cawangan Perjudian, Kongsi Gelap dan Maksiat (D7) Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pahang selepas menerima maklumat awam berhubung kegiatan haram berkenaan.

“Polis membuat intipan setengah jam sebelum menyerbu. Dalam serbuan itu, lapan kaki judi berusia 20 hingga 25 tahun serta seorang penjaga premis itu ditahan.

“Polis turut merampas 24 komputer dipercayai digunakan dalam kegiatan perjudian serta wang tunai RM1,300. Siasatan awal mendapati premis terbabit mula beroperasi jam 9 pagi hingga lewat malam,” katanya.

Sumber itu berkata, kesemua barang rampasan termasuk individu ditahan dibawa ke Balai Polis Maran untuk siasatan lanjut. (IH/myMetro dll)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails