Friday, June 07, 2013

Mengapa Penghina Agung Lebih Akbar Ini, Tidak Ditahan?

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat   

SHAH ALAM - Ketika negara dihebohkan dengan perbuatan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong,  Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan keengganan mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori sama.

Hal ini kerana, perkara sama pernah dititahkan oleh Sultan Kelantan di dewan negeri agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai yang terdekat.

"Namun malangnya pembangkang di negeri berkenaan membelakangi titah sultan.
"Barangkali ini juga boleh dimasukkan di dalam kategori menghina raja," tulisnya dalam Facebook hari ini.

Seorang wanita yang didakwa menghina Yang di-Pertuan Agong dalam laman sosial Facebook miliknya, kelmarin ditahan pihak berkuasa. Siasatan terhadap wanita itu dijalankan bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, menyifatkan keengganan mengembalikan royalti minyak juga barangkali boleh dimasukkan dalam kategori perbuatan menghina Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.

Ini kerana perkara sama pernah dititahkan oleh Sultan Kelantan di dewan negeri agar dikembalikan royalti minyak dan didaratkan gas yang ditemui di lautan negeri ke pantai terdekat. Namun si UMNO pekak  sebagai pembangkang di negeri berkenaan terus membelakangi titah sultan tersebut. Mengapa mereka tidak ditahan? Bahkan penghinaan mereka lebih akbar lagi, kerana melibatkan hak-hak rakyat miskin!

Mengapa tidak disiasat bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan juga boleh didakwa bawah Akta Hasutan 1948? 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails