Wednesday, June 05, 2013

Aktiviti Lombong Batu Kuartz Haram, Di Gombak -MB S'ngor

Antara kawasan Permatang Kuartza yang diceroboh yang boleh mendatangkan bahaya

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor tidak pernah mengeluarkan lesen perlombongan batu kuartz di Permatang Kuatza, Gombak bagi menjayakan usaha mendapat  pengiktirafan sebagai Taman Warisan Dunia daripada Unesco.

Justeru, aktiviti perlombongan kuartza yang ada di kawasan Permatang Kuartza di daerah Gombak seperti yang dilaporkan oleh media semalam adalah aktiviti haram. Demikian kata Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dalam kenyataannya hari ini.

"Kita telah mengarahkan Jabatan Mineral dan Geosains menyediakan laporan terperinci jumlah batu kuartza yang telah dikeluarkan dari kawasan itu  dan kerosakkan akibat perlombongan haram ini," katanya.

Katanya, laporan dijangka disiapkan dalam tempoh dua minggu bagi memberi peluang pihak berkuasa menjalankan siasatan lanjut termasuk mengenal pasti kawasan batu kuartza yang mungkin telah diceroboh.

"Kita juga telah mengarahkan Pejabat Tanah dan Daerah Gombak serta Pejabat Tanah dan Daerah Hulu Langat supaya meningkatkan pemantauan di kawasan Permatang Kuartza," katanya.

Mereka yang didapati terlibat menjalankan perlombongan haram ini boleh didakwa atas kesalahan menjalankan perlombongan tanpa lesen, menceroboh dan mencuri. Perlu ditekankan di sini bahawa walaupun mendapat banyak permohonan dari syarikat dalam dan luar negara termasuk China, Jepun dan Korea, Kerajaan Selangor tetap tidak akan mengeluarkan lesen melombong batu kuartza, tegasnya.

Sehubungan itu, katanya, Kerajaan Selangor memandang berat kes perlombongan haram dan komited dalam menjayakan Projek Pemeliharaan Permatang Kuartza Klang Gates yang merupakan permatang kuartza terpanjang di dunia. (Hrkh)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails