Wednesday, June 05, 2013

Nik Abduh Fan Club: PAS Tak Perlu Sekularis, Humais, Sosialis..?


Laman sosial Nik Abduh Fan Club yang tercatat kenyataan berkenaan, namun identiti pihak bertanggungjawab tidak dikenal pasti.
 
KOTA BHARU - Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Abduh Nik Abdul Aziz menafikan terlibat dalam mengeluarkan kenyataan di laman facebook ‘Nik Abduh Fan Club’.

Sambil tidak tahu menahu siapa dalang di sebalik kenyataan itu, menurut Nik Abduh yang juga Timbalan Pemuda Pas Pusat, beliau tidak pernah menulis kenyataan tersebut dan turut tertanya-tanya tentang pihak yang bertanggungjawab menggunakan namanya untuk tujuan itu.

“Saya menafikan apa yang tercatat itu dan tidak pernah menulis kenyataan tersebut,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Nik Abduh berharap rakyat negara ini lebih bijak menilai selain mengkaji maklumat diperolehi sebelum mempercayainya agar tidak mudah terpedaya dengan sebarang kenyataan disebarkan media sosial.

Dalam laman sosial Nik Abduh Fan Club semalam tertera kenyataan ‘Pas tidak memerlukan undi daripada golongan sekularis, humanis dan sosialis daripada DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) untuk menang. Sebaliknya DAP dan PKR memerlukan undi Pas untuk menang, dan pemimpin PR diharap sedar dengan kekuatan Pas'.

Dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu menyaksikan Nik Abduh yang juga anak bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menewaskan calon Bebas Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dengan majoriti 8,047 undi. (SH)

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails